My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, June 30, 2005

WAR AND PEACE

Lepas tengok cerita Kingdom of Heaven hari tu, Zaim tanya aku,' In the battle, the Muslims killed the Christians. I thought we cannot kill one another, even if we are of different religions?'

Aku tercengang sebentar. Aku memang dah fikir satu hari nanti, Abang akan bertanya sesuatu macam ni. Tetapi aku jangka soalannya akan lebih kepada kenapa ada pengamal intifada mengebom orang Yahudi, yang serentak membunuh diri dan membunuh orang. Sekarang konteks pertanyaan dia dah lain. Aku kena lihat aspek sejarah.

'Zaim, war, battles and violent killings were the common things of those days. When an empire grew, a government or a kingdon would have to go to war against another to protect its people, property and to gain wealth. The Persians attacked the Byzantine who were in return attacked by the Goths or whoever la. The great Abbasid caliphate was destroyed by Mongols.'

'Even the Crusades was actually an effort to relieve the knights, lords and vassals of the prevailing poverty in Europe, not really a fight for religion, at least not to me. The Dark Ages remember?'. Panjang aku cerita. Kalau sekerat-sekerat, dia tak akan berpuas hati pulak nanti.

Zaim mengganguk, 'So, war is a tool?'
'If you look at it that way, yes!' kata aku. 'A tool to satisfy humanity immediate needs. The bottom part of Maslow's hierachy', kata aku menatap tepat muka Abang. 'Maslow what?', muka Zaim berkerut. 'Never mind', kata aku.

'So, war is justified?', .... Laaa dia belum selesai lagi.
'At that time, probably yes', kata aku sambil berfikir cepat. 'But, personally, I don't think it should be. Violence begets violence. You'll destroy a century of civilizational gain in an act of madness'. Aku mengakhiri. Letih dah.

'Then, Ibu is always right. Violence is bad', kata Zaim.
'Yup, another fact you should know is that IBU IS ALWAYS RIGHT!', aku menutup cerita.

Abang termangu-mangu, ' Errr.. I should go mandi now?'.
'You should know the answer', aku sengeh kat Abang.

Monday, June 27, 2005

Beberapa hari yang lepas, gigi depan Adik yang dah lama bergoyang akhirnya tercabut jugak. Adik tunjuk kepada Atok giginya yang tanggal.

'See, Atok! My tooth fell out', kata Adik seraya menunjuk-nunjuk giginya ke muka Atok. Gigi Adik, samada yang tanggal ke atau tidak, bukannya macam ratu cantik, nak di tayang-tayang.

Jadi Atok pon kata, 'Haaaaaaaa, good. Now go and throw it away la Adik'.

Adik jegil mata kat Atok.
'Are you crazy Atok? I gotta put this under my pillow to get money'.

Atuk tercengang sekejap sebelum ketawa.

Malamnya masa Adik tidor, Nenek letak duit seplo inggit bawah bantalnya. Malangnya, Nenek kurang arif tentang peranan 'Tooth Fairy'. Selepas letak duit, Nenek terlupa ambik gigi tersebut untuk dibuang. Bila Adik bangun pagi, dia sangat suka hati dapat duit. Kemudian bila dia nampak gigi dia masih ada, sebagai Adik yang sangat prihatin, dia pun offer pada Abang.

'Abang do you want some money? Tonight you put my tooth under your pillow, then you'll get money like me'.

Abang diam aja. Malas nak melayan rasanya.

Wednesday, June 22, 2005

ASK HIM ASK HIM

Aku tengah berkerja dekat opis bila dapat panggilan telefon.

'Ayah, can I ask you something', lembut aja suara Adik. Di belakang terdengar suara hingar-bingar dan suara Abang berkata, 'Ask him, ask him' berkali-kali.

'Where are you?' aku tanya dulu ke Adik.

'Errr Jejusco', jawab Adik. Pada waktu yang sama dia kata ke Abang, 'Wait Abang, I'll ask him. Er.. Ayah what kind of perfume you think is the best?'.

'All perfume are the same', kata aku. Aku mengesan sesuatu.

'Just tell me one, Ayah', Adik merayu.

Aku bersemangat nak mengusik, 'I don't like perfume. I already smell good, Dik! Why?'.

Adik diam sebentar. Aku dengar dia cakap ke Ibu pulak, 'Ibu, Ayah don't like perfume, how Ibu'. Aku dengar Ibu kata ke dia,' Ask him about .........'

'Ayah, what perfume you have at home on the table tu?', suara Adik muncul kembali. Lembut.

Aku cuba berdolak-dalik lagi tapi akhirnya aku kesian Adik dan beritahu nama perfume aku. Kemudian aku letak telefon sambil tersengeh-sengeh sendirian.

Hari Ahad lepas aku di'surprise'kan dengan sebotol minyak wangi baru yang indah aromanya. He he he..

Friday, June 10, 2005

Abang dengan Adik start cuti sekolah hari ni. Depa akan bercuti sehingga pertengahan Ogos di mana kedua-duanya akan naik darjah.

Ibu tunjukkan pada aku laporan pencapaian Abang dengan Adik. Ibu dah bincang dengan cikgu-cikgu kebaikan dan kelemahan Abang dan Adik. Aku hanya mengganguk sambil meneliti komen cikgu-cikgu.

'Looks like Adik needs more stringent supervision from us', kata aku kepada Ibu sambil menutup laporan-laporan.
'The teacher said he is ok, only for his concentration. His math is good. But,I think he spends too much time with the computer. We better do something', kata Ibu dan aku setuju.

Aku panggil Abang dengan Adik. Mereka datang dan berdiri tegak depan aku.

Kepada Abang aku beri perangsang. ' Next term you will enter Grade 6 where you will face harder task and duties as well as responsibilities. Your results are ok, in fact you teachers seemed to praise you no end. But, I know who you are, so I am reminding you now that things are going to be much much tougher next term. So you better work twice as hard than you have done this year, ok'. Abang hanya mengganguk.

Aku toleh Adik sambil geleng kepala tetapi masih tersenyum. 'Adik actually teacher said you are good. But, why you always don't concentrate at school. She said you need to read more books'. Aku pandang muka dia monyok. Dia harap aku puji dia.

'From now on, I am buying you any books you want from the bookstore. We'll make weekly trips to Borders when possible, and get a book for you which you must finish reading. Just like Abang', kata aku. ' Grade 2 is difficult, Dik. If you don't study properly, Patty will be cleverer than you'.

Adik bukak mulut lembut,' Ayah!'.
'Yes', jawab aku.
'Ok, I will read more books. But, after that can I play computer?', Adik mesti nak selit bab ni dalam negosiasi.
'No, you computer time will be severely limited. Only when you show some progress will I let you play a little bit', kata aku bertegas.

Sebenarnya pencapaian Adik dah memadai. Cumanya cikgu kata dia tak berapa gemar buat karangan dan membaca buku semasa di sekolah. Sebabnya dia tak mau membuat sesuatu tugasan yang terlalu lama. Pada aku ini masih OK sekarang tapi kalau dah dibiar sampai dah besar nanti buleh menajdi masalah. Mungkin perlu sedikit perhatian. Aku harap begitulah.

Thursday, June 02, 2005

PRAYING

Nenek kata ke aku hari tu, ' If you are home during Maghrib, maybe should encourage sembahyang jemaah dengan Abang and Adik'. Jadi semalam aku ajak Abang dengan Adik sekali.

Sebelum sembahyang Adik ditugas membentang sejadah. Abang nak aku ajarkan berQamat.
'Ayah, how does it go, maybe i know already', kata Zaim.
Bila aku mulakan dia terus menyahut,' Yeah, I remember we always did that in the Jakarta Mosque'. Dah lama dah tu, fikir aku.

Sebelum bermula juga aku ingatkan Adik, 'Adik, no making funny thing or funny noises or disturbing Abang. You just look down and no sudden movement'. Adik sumber ketawa bagi Abang. Kalau Adik batuk sekalipun, boleh mengundang tawa Abang.

Rakaat pertama berjalan dengan baik. Rakaat kedua aku perasan seperti ada bunyi dari mereka dan gerakan-gerakan yang tak sepatutnya. Rakaat ketiga aku dengar ketawa dengan jelas.

Selesai selepas doa(termasuk juga doa supaya dikurangkan keinginan bermain komputer dan lebih rajin membuat kerja rumah) , aku bertanya kenapa ada ketawa.

Abang dengan muka bersungguh-sungguh berkata, ' Adik kentut in the second one , Ayah. I cannot tahan!'

'Really?' kata aku sambil tak berapa percaya dan menoleh kepada Adik.
Adik dengan muka Adik yang biasa mendongak dan berkata, 'I got so many air'.

Kali ni aku pulak yang tertawa.