My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, May 17, 2007

APPRECIATION DAYS

Baby Faim tak sehat. Demam panas dah tiga hari. Semalaman dia menangis. Ibu susah nak jaga sebab dia tak mau makan ubat. Nak kena paksa baru masuk. Itu pun kadang dia boleh muntah. Aku tak sampai hati. Kadang aku cuba bantu Ibu. Pagi buta semalam, aku terjaga dengar suara Ibu memujuk Baby Faim makan ubat. Sabarnya Ibu. Lama aku diam mendengar dekat 20 minit Ibu memujuk sebelum aku ambik Faim bawak turun dan pujuk stail aku.

Malam sebelum tidor, aku tanya Ibu pasal pujukan Ibu kepada Baby pepagi buta tu. Ibu kata memang dengar kelakar tapi dia tak mau marah-marah Baby. Bila aku tanya kenapa, dia kata sebab aku selalu tegur dia kalau dia marah anak-anak dia. Aku termenung sejenak.

Susah betul nak jadi Ibu. Nak nasehat bebudak. Kadang Ibu ni pun macam guru jugak, perlu mengajar dan menjaga. Nak jaga hati suami. Itu yang penting komunikasi antara suami dengan isteri. Dalam hubungan ni, memang sangat perlu la kita semua menghargai dan menyambut Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Telekomunikasi Sedunia.

btw : Baby Faim nampaknya dah kurang sikit demamnya. Malam tadi dia minta tidur dengan Abang dan Adik.

Tuesday, May 15, 2007

FORK IN THE ROAD

Abang berjaya terpilih untuk mengikuti program Space Camp sekolah dia. Dia akan bersama-sama pelajar-pelajar lain melawat Florida dan kawasan berdekatan untuk mempelajari aspek-aspek sains angkasa lepas yang memang dia minati.

Aku memang menyokong usaha dan minat dia ini. Malah, aku yang mendorong dia mendaftarkan nama walaupun ianya bermaksud yang aku mungkin akan perlu berpisah dengan dia buat sementara waktu.

'You think carefully. If you decide after your conference today that you really want to go for the Space Camp, I will support you all the way. If you decide otherwise, i'll support the same, regardless.', kata aku untuk menyenangkan Abang membuat keputusan.

Aku mau dia pergi dan menimba ilmu. Aku mahu dia mengalami satu pengalaman yang tak ramai anak-anak sebaya dia akan berpeluang. Walaupun pada masa yang sama aku dan kami sekeluarga akan terpaksa berjauhan dari Abang.

Aku perhati Abang. Dia nampak seperti berbelah-bagi. Dia inginkan pengalaman dan pengetahuan. Pada masa yang sama dia tak mau berjauhan. Beberapa hari yang lepas, ketika kami berbincang tentang perkara ini, Abang datang tidur dengan Baby Faim. Kadang dia berbisik dengan Ibu tentang dilemanya. Dia tidak berapa berbincang dengan aku sebab percakapan aku lebih mengutamakan peluang menimba pengalaman dan menimba pengetahuan.

Tapi, sebenarnya dalam hati aku, semuanya sama sahaja. Ditelan mati emak diluah mati bapak. Biarlah dia yang berkeputusan. Aku hanya seorang Ayah yang dapat menunjukkan jalan tetapi dia perlu memilih jalannya.