My photo
Stories for my three heroes.

Friday, August 27, 2010

FAST TIME SO MANY

Selesai berdoa, kami pun menghadap juadah buka puasa. Seperti biasa la, kalau makan bersama ni macam-macm cerita keluar. Suasana ruang makan kami sendiri.

'Eh apa banyak sangat Ibu masak ni?', tanya aku sambil menceduk bihun goreng special Ibu.

'Bihun tu sebab Ayah minta semalam kan. Nasi goreng tu sebab Abang kena makan nasi, kalau tidak tak cukup makan dia', kata Ibu.

'Ni mana dapat siput sedut ni? Jagung pon ada', aku tanya lagi, buat-buat heran pon ada jugak.

'Sipu sedut tu ada kat kedai cina tadi. Teringat dulu Adik suka masa kita selalu beli di pasar Ramadan dulu', terang ibu sambil menyuap bihun ke mulut dengan tenang.

'Ayah, the corn is my favorite too. See, I eat it like this', Adik mencelah sambil menunjukkan gaya memakan jagung seperti Bugs Bunny.

'Oh OK dik. But, eat nicely', jawab aku kepada Adik. Dengan Adik sekarang kena
berkeras sedikit. Semenjak dia dah nak menjadi teenager ni, kena tegur dia selalu supaya kelakuan macam budak besar sikit. Asyik nak main cara Faim aja dia.

'Faim makan apa tu?', tanya aku pelik melihat dia mengunyah dengan bersungguh-sungguh.

'Biasa dia la 'grilled cheese' tu kakak buat untuk dia. Tiap kali buka puasa kena ada 'grilled cheese' dia', jawab Ibu sambil tertawa sedikit. Tangan Ibu mengambil sekeping kertas tisu dan secara otomatik mengesat cebisan roti di pipi Faim.

'But, Faim did you fast today. ', aku bertanya kepada Faim.
'Yes, I did. Many times!', jawab Faim dengan selamba.
'Eh many times?. But I thought I saw you drinking chocolate milk just now', aku hairan.
'Of course Ayah. After I drink, I fast again. After this, I will also fast another time', jawab Faim dengan sangat-sangat tenang.
'Oh, patut la many times. Mana boleh macam tu Faim', kata aku sambil terus disambut gelak ketawa oleh Ibu, Abang dan Adik. Nampaknya lepas ni kena perjelas kepada Faim lagi ni bab puasa.

Friday, August 06, 2010

Friends and ......

Sewaktu membeli-belah di Tyrrell Museum, Adik dan Abang maklum kepada aku yang mereka ingin juga membeli hadiah untuk kawan-kawan sekolah mereka. Aku tak ingin bertanya kawan lelaki atau perempuan kerana tak mau menjadi cerita panjang langsung mengiyakan aja. Kemudian Adik bertanya samada aku masih ingat akan kawan-kawan aku semasa aku di sekolah dahulu.  Aku termenung sebentar.

Saat sekolah di mana aku seronok berkawan pada aku ialahs emasa aku berada di Tingkatan 2. Aku teringat Charanpal Singh. Ketua Tingkatan kami. Tinggi lampai dan waktu itu baru sahaja bertukar dari memakai toncit kecil kepada sarban. Sangat baik hati pada aku dan sangat pandai berbahasa Inggeris dan sedia mengajar aku tanpa apa-apa syarat. Dia juga memperbetulkan dialog aku dari ' Steve Austin, a man VERY alive' kepada ' Steve Austin, a man BARELY alive',  dua perkataan hampir serupa bunyinya tapi mempunyai maksud bertentangan.

Kemudian aku teringat kepada Poon Keng Yuen. Master of Mathematics, Ilmu Hisab dan Kira-kira. Kami panggil dia Spoon. Tapi walaupun dia sedikit pelat dan kekok berbahasa Melayu. persahabatan aku dengan dia sangat luhur dan akrab. Poon juga dilantik sebagai pengawas sekolah. Walaupun aku kawan baik dia, namun dari segi peraturan sekolah, dia sangat tegas dengan aku. Kalau aku tak pakai lencana atau tanda nama, akan ditulis juga nama aku. Tapi, dia juga baik hati kerana kadang dia akan secara senyap menghulur kepada aku lencana tambahan yang dia simpan dipoket kalau dia lihat aku terlupa memakai lencana sekolah.

Aku ingat R. Selvarajan. Budak Larkin. Boleh tahan dari segi pelajaran dan petah berbahasa Melayu tanpa sedikit pelat atau telo pon yang dapat dikesan. Selvarajan tidak berapa tinggi dan mempunyai rambut sedikit kerinting. Lemah lembut orangnya dalam pergaulan dan juga pertuturan. Aku tak ingat sabjek apa kelebihan Selvarajan tapi aku merasa dia cerdik dalam hampir semua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Inggeris.

Ini rakan-rakan yang aku ingat. Sudah tentu aku juga berkawan dengan Rosli, Zali, Ain, Razid dan sebagainya. Kami akan berkumpul di bawah pokok di hujung padang bermain bolasepak menggunakan bola tenis mengisi masa menunggu sekolah bermula. kami akan bermain bola dan meminum air teh yang dibawa oleh Charanpal sedikit-sedikit. Kemudian sama-sama memasuki kelas. Sehingga sebelah petang dan berpisah di tengah jalan menuju ke tempat menunggu bas masing-masing.

Aku tak pernah cuba mengambil lebih tahu akan perihal mereka. Siapa dan apa bangsa atau kedudukan mereka. Mungkin aku perlu lebih mengenal. Tapi aku tak yakin kalau semua itu patut menjadi faktor persahabatan. Kami sama-sama bersahabat atas perasaan sama-sama kawan sekolah berdasarkan apa yang kami lalui dan rasai bersama.Kalau berkebun dalam kelas sains pertanian, kami sama menyangkul, menyemai dan menyiram. Ke reban ayam, kami bersama membersih reban ayam dan meletak makanan untuk ayam-ayam tersebut. Sama-sama mengambil radas-radas dalam kelas Sains Paduan, sama-sama mencatit dan membuat ujikaji. Sama-sama berlari 100 dan 400 meter, melompat jauh dan tinggi masa hari sukan. Sama-sama kecewa dan sama-sama gembira apa mengalami kegagalan atau satu kejayaan. Pada aku itu lah persahabatan yang jujur.

'So, Adik friendship is mostly not about material things. Friendship is more than that about sharing your experience together. Not by buying toys for them', kata aku memandang Adik yangs edang mengengan beberapa soft toys dinasours. Kemudian  Abang pon sama tercegat depan aku memegang dua soft toys besar.

Aku menggaru kepala sambil akhirnya bertanya, ' err I don't think your friends might want that. These are not the kind of things you give to male friends'.
Abang pon dengan selamba pulak menjawab, ; no they are not'.

Wednesday, August 04, 2010

Halcyon Days

We were sitting on the sand. Rocks and debris were around us. The sun was really testing our ability to absorb the nutrinos. The kids were sifting sands looking for something. To the left and right are hills with exposed surface due to erosion. Multi-layered and multi-colored, they appear beautiful indeed. In front of us are gaping wide land depression. I smiled absorbing the surrounding.

Another. Walking down Center Street, we crossed 2nd Avenue with nary a soul around. No traffics passing by. Not even any parked on the ubiquitous and free curbside parking lots The public library looked empty and deserted. So was the Fire Department and the Police Station. Nobody entered or exited any of the similarly quaint looking shops and restaurants. It was 930 am. And again, I smiled to myself.

And another. Slow blowing wind caress our body, face and hair. The wind swept yellow field in front of us as far as the eyes could see, seemed to be dancing to a certain rhythm, too subsonic for human ears, but it was there. The only snag was the constant itch of the newly born mosquitoes biting our exposed arms and necks. but, I was taking it all with full smiles on my face.

Finally, one of the kids couldn't stand it and asked me. 'Ayah, why are you smiling all the times?', asked Naim. I just smiled back and answered 'Halcyon days, Dik. Halcyon days', and continued walking to the car.

At the corner of my eyes I could see Adik shaking his head to Abang who showed an inquiring face.