Aku sedang bersiap untuk ke pejabat bila aku sedari bahawa rumah aku sunyi sepi tiada kedengaran suara anak-anak bersiap untuk ke sekolah. Aku masuk ke bilik dan dapati Faim sedang lenyak tidor siap terbungkus dengan selimut. Aku bergerak menghampiri katil untuk mengejutkan Faim sambil berkata kepada Ibu, ' Eh Faim still asleep. It's already 8 oc'clock'.
Kemudian aku teringat bahawa hari ini sekolah bercuti kerana Pro-D Day. Lantas pun berpatah balik sambil berkata , ' Oh, I just remembered, it's not a school day today'. kepada Ibu yang mungkin cuba menahan aku dari menggangu tidur lena Faim. Ibu mengganguk.
Tiba-tiba Faim bingkas bangun dan terus bercakap, ' Oh yea, today is a holiday. I can watch TV now'. Terus dia terjun dari katil dan berjalan keluar bilik.
Aku pandang Ibu. Ibu pandang aku. Kami pandang Faim menuruni tangga menuju ke bilik TV.
Instagram
6 years ago