My photo
Stories for my three heroes.

Friday, September 13, 2013

ADIK AND THEATER

Minggu lepas Ibu minta aku hadir persembahan teater Adik di sekolah kerana Ibu perlu bawa Faim ke majlis ulangtahun kawan Faim di seberang KL, jauh dari sekolah. Oleh kerana aku memang minat teater, terutamanya yang bersifat 'experimental', maka aku pon bersetuju.

Mengikut programnya, Adik diarah berada di sekolah selama 24 jam untuk mempersiap diri bagi latihan kepada Teater tersebut yang dipanggil 24hr Theater. Ke semuanya ada sebanyak 14 mini teater yang berdurasi antara 5-10 minit. Aku dapati Adik terlibat secara langsung dalam 2 persembahan yang mana salah satunya dia memain peran utama. Dan, sememangnya aku menikmati ke semua teater yang dipersembahkan di samping cuba memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan.

Aku memang lama ingin Adik melibatkan kegiatan seni teater dan seni lakon ini. Pada hemat aku, Adik ada ketokohan dalam bidang ini kerana dia mudah membuat kami terhibur dengan kelakuan dia semasa dia sedang membesar dahulu. Lagipun, pada aku Adik ni jenis yang suka kepada benda-benda ringan dan menghiburkan tidak seperti Abang yang lebih serius dan intens perawakannya. 

Selesai semua persembahan, aku menunggu Adik di kereta. Nampak dia berjalan dengan kawan-kawan sambil tersenyum riang dan bergurau senda. Aku dapat merasa kebangaan Adik dan kawan-kawan ke atas kejayaan penghasilan teater tersebut. Dalam kereta aku cuba mengukur sejauh mana minat Adik kepada bidang teater ini.

' Dik, that was a great show. I enjoyed it so much especially your second performance. Can you explain a bit to me', tanya aku.

' Thank you Ayah. The second one where everyone seemed to carry the boxes and moving them to different places on the stage refer to the competing demands and priorities we put on our lives. Sometimes, we put education up front. or Health and maybe security. At other times, they are at the back. Ocassionally we put two or three boxes together to show how equally important they are to us at certain particular time in our life', jawab Adik panjang lebar. 

' Oh, yea. I guess that much also. Umm will you continue with this. You can make a career out of it you know ', aku cuba menduga sedalam mana minat Adik.

'I am not sure. Maybe. But what is important is that I have done this', jawab Adik.

'You know, sometimes the play call for a kissing scene and you have to do it', aku cuba mengusik Adik dengan menambah 'inducement' yang tak lojik.

' What are you trying to say, Ayah ', jawab Adik menjeling tajam kepada aku.

' Well, at the rate you are going, that could be the only way you get a girl to kiss you. Only through a teater. HAHAHAHAHAHAHA', aku gelak sebesar-besarnya.

' Hey, that's not fair', jawab Adik sebelum tergelak sama.