My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, November 04, 2015

MEI LING

Aku memandang muka Mei Ling. Dia tunduk seketika. Dia mengambil sapu tangankecil dan mengesat matanya yang sedikit berair.

‘Kau sungguh nak balik ke Muar?’, aku ulang pertanyaan aku tadi bila melihat dia masih ragu untuk menjawab.

‘ Ya, pakcik aku nak pindah ke Singapura. Sudah tiada siapa nak menjaga Ibu-bapa aku selepas Abang aku lari masuk ke hutan’, jawab Mei Ling akhirnya. Aku masih ternampak sedikit keraguan pada raut mukanya.

Aku faham keputusan Mei Ling. Semenjak Abangnya lari ke hutan mengikut rakan-rakan pejuangnya, tiada siapa yang menjaga kedua ibu bapa dia di Ulu Muar. Sebagai anak yang bertanggung jawab, Mei Ling rasa perlu untuk pulang. Walaupun aku yakin keadaan tidak akan selamat bagi dia dan keluarga dalam masa seminggu dua. Jepun sudah mendekati Kuala Lumpur dan penyuluh-penyuluh British menjangka mereka akan menunjukan diri di Mersing line dalam kurang dari seminggu. Semua bala tentera British sudah berundur dan mula membuat benteng pertahanan si Sungai Muar.

‘Mei Ling, kau janji pada aku. Kau balik dan bawa ibu bapa kau ke sini. Ke Johor Baru. Kemudian kita usahakan untuk kau sertai Pakcik kau di Singapura. Kau tak selamat di sini. Lihat apa yang mereka dah buat di Nanking.’, aku tegas kepada Mei Ling. Aku nak dia setuju terus. Aku tenung wajahnya lagi. Masih ada keraguan.

‘Jangan risau. Aku akan minta sahabat-sahabat aku untuk mencari Abang kau dan beritahu tentang keluarga kau. Malah aku rasa mungkin dia lebih selamat dengan rakan-rakan itu’, aku cuba tambah keyakinan kepada Mei Ling.

Lama dia berdiam menunduk muka memikirkan semua yang aku sampaikan. Tak lama kemudian dia perlahan menganguk sambil mengangkat muka menantang mata aku.

‘ Bagaimana tentang Alexi? Kau tau dia di mana? Baik kah dia?’, Mei Ling tiba-tiba bertanya. 

‘Terakhir maklumat aku dapat dari rakan wartawan aku di Kuala Lumpur, Alexandra dan pasukan Palang Merahnya sudah mula berundur dengan tentera-tentera India ke selatan. Insha Allah, dalam sehari dua, aku yakin dia akan sampai ke sempadan Johor’, aku beritahu Mei Ling dan pada masa yang sama juga meyakinkan diri aku sendiri.

Mei Ling akhirnya bangun dan melepas tangan dari gengaman aku.