My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, August 04, 2016

AKU DAN IKAN

Semalam aku berjumpa
se ekor ikan di sungai tenang
berenang bebas di lubuk sepi
riang tertawa sangat gembira
menyapa aku dengan siraman air
memercik ke muka membuka mata

melihat aku ikan bertanya
tuan di sini mencari apa
ikan yang ada hanya sahaya
ikan lain sudah pergi
ke laut luas mencari hidup
tanpa pamitan tanpa salam

Ini tempat aku kan bahagia
walau hanya terkadang dibanting ke batu
walau mungkin sesekali dihumban ke dasar
aku tak mengapa
kerana aku tahu di laut sana
airnya masin penuh gelora