My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, June 13, 2017

FASTING



Ibu sibuk di dapur.

' Faim, what would you like to drink?', tanya Ibu.
 ' Anything would be fine, Ibu', jawab Faim senang.
'Ayah?', tanya Ibu menoleh kepada aku.

Aku pandang kepada makanan atas meja dan pinggan mangkuk kotor dalam sink.
'Takpa, air putih je dulu. Nanti, I drink the juice', jawab aku.

Begitulah rutin seharian. Berpuasa di sini sangat la berbeza. Siangnya sangat panjang. Pukul dua pagi dah kena berhenti sahur. Buka puasa dekat-dekat pukul 9 malam.

Aku risau samada Faim dapat menunaikan puasa penuh. Dengan tempoh puasa yang sebegitu ditambah dengan cuaca yang semakin panas dan sangat kering, aku risau kalau dia terjejas kesihatannya. Bagi aku sendiri, rasanya memang paling mencabar tahun ini. Mungkin sebab-sebab di atas atau mungkin saja sebab aku semakin berumur. Entahlah.

Tapi dalam semua keluhan aku, Ibu tampak biasa je. Tabah. Selain melayan kerenah kami, Ibu juga ada banyak benda lain nak urus. Sempat jugak dia curi masa buat kueh-kueh raya. Yang simple-simple aja, kata Ibu tanpa hilang senyum.

Tapi aku tau, Ibu juga penuh kerinduan untuk berbuka puasa dengan dua lagi anak bujangnya. Mereka sudah besar dan mengurus sendiri hidup berpuasa dengan atuk dan nenek di Cheras. Aku pon tak berapa tau samada mereka mengurus dengan baik atau lebih banyak mengharap kepada nenek. Tapi aku tau, bahawa kadang sewaktu aku sedang terbongkang tidur di waktu pagi atau petang, Ibu akan skype atau video call dengan adik dan bertanya tentang hari hari mereka di bulan puasa. Aku tau sebab bila kadang-kadang aku bertanya tentang mereka, Ibu sedia dengan jawapan-jawapan terkini.

'Ayah, it's time already. Ibu come sit down', Faim memanggil dan memberitahu sudah masuk waktu untuk berbuka. Kami pon duduk dan Faim membaca doa berbuka puasa sebelum kami meneguk air minum dan menjamah juadah simple yang ibu sediakan. Tiada suara azan berkumandang. Tiada bunyi kentung dipalu dan tiada bunyi meriam buluh berdentum. Hanya suara Faim memanggil kami duduk dan bacaan doa buka puasa.

Simple.