Tubuh Alexandra terbaring kaku.
Darah berlumuran memerah pakaian jururawat yang ditubuhnya. Aku campak raifel Arisaka yang sudah kehabisan peluru dan kepanasan ditanganku. Segera aku merangkul tubuh Alexi yang masih bernapas perlahan.
' Alexi ini aku. Bagaimana kau?', cepat aku bertanya sambil cuba menahan darah yang telah lama mengalir.
' oh... Johan, benar kah engkau? Kau lambat lagi, Seperti biasa ', ujar Alexi sambil cuba membuka mata dengan sangat sukar sekali.
Itu cerita hidup ku. Tapi aku akan sentiasa ada.
Alexi batuk. Aku tau dia akan pergi meninggalkan aku.
' Bertahan la. Biar aku bawak kau mendapat rawatan', kata ku perlahan kepada Alexi. Sangat ironik kerana kami memang sedang di dalam hospital sebenarnya.
' Tidak mengapa. Aku rasa tidak perlu lagi. Kau harus pergi sebelum mereka datang lagi. '.
' Johan...' , Alexi memanggil halus.
Aku terdiam menunggu.
' John tiada denganku. Aku sudah beri kepada Uncle Maurice untuk dibawa ke Darwin ', Alexi memaklum kepada aku. Dia tahu aku ingin mengetahui.
' Kau sepatut ke Darwin dengan John ', jawab aku.
' Ya tetapi Ismail adik kau ada di sini. Dia sudah naik ke Bukit semula waktu aku sampai. Macam kau, dia degil. Ingin terus berjuang walaupun penuh luka-luka', Alexi memberitahu.
' Jadi aku jangka kau pon ada berdekatan sini', tambah Alexi lagi.
' Aku baru turun dari sana juga. Bukit itu berkeliaran dengan anak buah Mutaguchi ', jawab aku tanpa perlu bercerita lebih panjang.
' Johan aku mahu kau berjanji. Kau cari John dan jaga dia dengan sepenuh hati. Tunjukkan dia tempat kelahirannya. Timbulkan kasih sayangnya kepada tanah air ini. Dan bisikkan selalu bahawa ibunya sangat sangat menyayangi dan akan sentiasa merindui dia. Boleh Johan?' , Alexi meminta aku berjanji.
' Jangan berkata begitu. Kau akan pulih. Aku akan bawa kau berjumpa dia. Mari... ', aku cuba membujuk.
' Kau tak pandai berbohong Johan. Kau selalu lambat dan kau paling tidak pandai berbohong. Tapi kau mempunyai senyuman yang sangat menawan. Senyum pada aku Johan. Sebelum aku mati di sini. Di tanah kelahiran aku. ', lemah sekali suara Alexi.
Aku cuba senyum. Tapi mulutku terasa pahit. ' Aku berjanji ', jawab aku.
Alexi senyum memandangku. Dan terus menghembus napas terakhir.