My photo
Stories for my three heroes.

Monday, September 13, 2004

FRIDAY SERMON

Jumaat lepas aku ajak Zaim solat Maghrib di Masjid Kampung Cheras Baru. Zaim pernah ke Masjid tersebut waktu sembahyang raya dan sembahyang Jumaat. Selalunya dengan Atuk.

Setibanya di sana, aku melihat gelagat Zaim dan merasa bahawa aku perlu lebih kerap bawa Zaim ke Masjid.

Melihat bahawa hanya segelintir manusia aja yang hadir untuk sembahyang Maghrib, Zaim bertanya,'How come the mosque is not full ayah? Last time I came there were so many people coming.'

'Well, you came last time for Friday or during Sembahyang Raya. Those times people all come to pray together, sembahyang jemaah. Actually for all the five daily prayers, people are encouraged to pray in the Masjid too. But some of them has other matters they have to do as well... so we end up with just a few here', aku cuba menjawab panjang. Aku faham jawaban aku tak mencukupi tetapi aku rasa itu sahajalah yang dapat aku jawab masa tu. Kerana aku pun jarang, malah sangat jarang pergi ke masjid untuk berjemaah kecuali kalau Jumaat atau Hari Raya.

No comments:

Post a Comment