Muhammad Alfaim telah selamat lahir pada 15 Oktober 2004.
Zaim dan Naim nampak gembira dengan kedatangan adik mereka.
Buat kali keduanya, aku bersama-sama Ibu dalam bilik bersalin. Dulu semasa Naim dilahirkan, aku berada di Osaka dan hanya dapat pulang seminggu selepas Naim lahir. Berada bersama-sama Ibu, aku menyaksikan betapa susahnya .. peritnya membawa seorang manusia ke dunia. Kebesaran Allah sahaja lah yang membolehkan semua itu.
Melihat semua itu, aku dapat memahami mengapa seorang Ibu itu lebih bereaksi kalau sesuatu berlaku berkaitan anak-anak itu. Lebih tegas dalam mendisiplinkan anak. Lebih kecewa kalau anak tidak memakan masakannya. Lebih marah kalau anak tidak mendengar kata. Lebih hampa kalau anak kecewa. Lebih gembira kalau anak berjaya.
Sebagai Ayah, aku bagaimana? Entahlah.... ada kalanya aku tidak bersetuju dengan Ibu kalau terlalu memarahi Zaim dan Naim atau terlalu tegas dengan mereka. Aku rasa aku perlu lebih menghormati keputusan Ibu.
Zaim, Naim dan sekarang Faim... tentu tugas Ibu lebih berat dan mencabar. Dan semestinya, tanggungjawab aku juga.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment