My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, December 21, 2004

TURN THE RADIO UP

Aku selalu ditegur oleh Ibu kerana selalu mengomentari cara pemanduan orang lain di tengah jalanraya. Kenapa aku sangat cerewet dengan pemanduan orang, aku pon kurang arif.

Semalam aku memandu untuk ke bank dengan seluruh anak-beranak aku pada sebelah malam. Aku pasang radio tapi mata aku masih melilau ke sana sini melihat cara orang lain memandu. Aku tidak berapa sedar yang aku mengomen itu ini kerana mungkin aku hayal mendengar radio.

' Ibu, where's the off switch to this thing?', aku dengar Zaim bertanya.

Aku mencelah,' hey, i want to listen to this ok, i like this song'. AKu menjawab sambil menjeling Zaim.

Zaim diam seketika. Dia menoleh ke belakang dan berkata perlahan, ' I didn't mean that radio, Ibu'.

Aku melihat Zaim.

Aku diam.

No comments:

Post a Comment