My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, March 30, 2005

Senin lepas Zaim tanya aku,' Ayah, what time did you leave for work today?'.

'Early' jawab aku ringkas sambil mata aku memandang kepada TV. Everybody loves Raymond sedang dipertontonkan.

'And, err normally you'll come back when we are about going to sleep?' Zaim tanya lagi.

'Umm' kata aku. Aku teruskan menonton sampai selesai. Bila aku toleh, Zaim dah tiada disebelah. Dah naik tidur rasanya.

Malam sebelum aku tidor, aku teringat kepada dialog dengan Zaim tadi.

Dan, pagi Selasa dan pagi ni tadi aku pergi kerja lambat dari biasa. Selepas aku pastikan Zaim dan Naim telah selamat bertolak ke sekolah dengan Atok.

Monday, March 21, 2005

‘Ayah, it’s so noisy la Ayah’, kata Adik.

‘Wait a while la Adik, You’ll get used to it’, kata aku. Aku pasangkan payung besar supaya kami berdua terlindung dari panas.

Adik diam.

Minggu lepas Adik mempelawa untuk mengiringi aku. Abang dah lama menyerah. Bising dan panas katanya. Dua perkara dia kalah. Jadi memang aku tak mau bawak dia. Adik pula memang minat menonton macam aku dengan Abang juga.

Sekejap kemudian Aku perhati pada Adik. Dia lesu tertunduk ke bawah. Bibir Adik kering. Peluh menitik dari hujung rambut dia yang basah. Titik-titik peluh jua menghias pipi dia yang memerah. Badan dia melepek atas tikar plastik di sebelah aku.

Hati aku tak tahan melihat Adik. Aku bergegas mengemas dan mengajak dia balik. Dia ikut tanpa banyak bercakap. Kami ambik bas ke KLIA.

Dalam ERL balik ke Putrajaya, aku termenung. Adik memang berbeza sedikit dengan Abang. Dia tidak merengek hendak balik walaupun dia terpaksa berpanas dan mengalami bunyi bising. Dia faham aku sangat minat kepada sukan tersebut dan tidak mau ‘spoil’ minat aku. Adik dah menunjuk satu sikap orang dewasa iaitu tidak mementingkan diri sendiri. Aku mau sikap ini tetap ada dengan dia.

Aku melihat Adik dengan pandangan sedikit berbeza.

Friday, March 18, 2005

INHERITANCE

Zaim masih lagi dengan mimpi millionaire dia.

Sambil membuka gate untuk aku pagi tadi dia mengumumkan,'Ayah, the no.1 richest man in the world is now Bill Gates'.

'I know' jawab aku, ' he has always been like that for several years'.

'No la Ayah. He used to be at no 2 or 3. Last year, the guy from IKEA was no 1' Zaim terangkan pada aku.

'The guy from IKEA? The brother that we scolded last time because he didn't know what is what?' aku tanya cuba mengusik.

'Not that guy la Ayah. It's the owner of IKEA' Zaim mula nak menyampah.

'Ooo.. hmm. I wonder what number I am' kata aku.

'You Ayah? What is the world's population ummm 5 billion?' tanya Zaim.

'Yup' kata ku ringkas.

'Then you are no 499999999999999999.........' sengeh Zaim.

'And you must be the 5 billionth richest person?' tanya aku balik.

'of course, since I inherit everything from my father' Zaim ketawa. Aku pon ketawa.

What a refreshing talk to start the morning.

Tuesday, March 15, 2005

'Ayah, do you work hard?' tanya Zaim bila aku sampai rumah semalam. Baru aja aku nak buka sepatu.
'I try!' jawab aku.' Why?'
'Ustaz said that Allah will give us a lot of things if we work hard' jawab Zaim.
'I think that is correct. If you work hard and always usaha and ikhtiar, Allah will bless us with not only material things, but also health'.

'Most times I just hope for good mannered children', tambah aku.
Aku dah berkali-kali kata kepada anak-anak aku jangan terlalu berfikiran materialistik.

Zaim renung aku. 'Well, could you please work very very hard from now on, Ayah?' Zaim separuh pleading.
' Why?', tanya aku berkerut dahi.
'If you work hard from now, I could hope to be a millionaire by the time I'm 21' jawab Zaim selamba.

Aku terdiam sebentar. 'Hey... If you want to be a millionaire, you gotta earn it by yourself', aku dah sedar arah perbualan ini.
Zaim sengeh.

'Apparently I have not work hard enough' keluh aku sambil menjeling ke Zaim.

Zaim termenung sekejap sambil aku melangkah masuk.
Tiba-tiba dia mendongak bersuara,' What do you m..... Hey!'. Dia pon tersedar.

Wednesday, March 09, 2005

SETAHUN BERLALU

prologue
Monday, March 08, 2004
Ini kisah aku dan anak aku.
# posted by Ayah @ 5:35 PM
----------

Hari ini sudah genap setahun aku menulis. Ianya bermula dengan hanya mengikut dua rakan aku yang juga bergiat dalam blogging. Weblog ini pon kawan baik aku yang set upkan.

Aku hanya menulis untuk anak-anak aku. Aku harap bila mereka sudah dewasa dan dapat membaca, mereka dapat menghayati semula pengalaman mereka semasa membesar. Dan dari itu, akan sentiasa ingat sejarah dan asal usul mereka. Aku minat sejarah dan aku sangat hormati sejarah. Aku inginkan mereka juga demikian. Aku juga cuba selitkan perkembangan semasa. Seperti mengenai pilihanraya, penderaan pembantu rumah, Hari Raya dan sebagainya. Kadang aku ada selitkan sekali pandangan aku tentang sesuatu yang tak boleh resist nak komen. Entah.

Aku tidak menulis langsung kepada anak-anak aku. Tetapi seolah kepada pihak ketiga walaupun aku memang tujukan untuk mereka. Ini semata-mata supaya aku tidak menjadi terlalu preachy. Aku juga tidak terlalu menunjuk mana yang betul dan yang mana yang salah. Setahu aku anak-anak ini kalau kita terlalu menunjuk dan mengarah akan bertindak bertentangan dengan yang kita inginkan.

Tentang anak-anak aku. Mulanya aku cuma tumpukan kepada Abang/Zaim kerana dia yang paling tua dan aku rasa kelakuannya yang aku paling mengerti. Tapi aku dapati bahawa Adik/Naim juga sedang membesar dan mula menunjukkan kesendirian pemikiran dan pembawaan diri. Kemudian, Baby Faim pula. Aku cuba selindung dulu dan perkenalkan secara 'in passing'. Sehinggalah dia lahir.

Ada yang bertanya kenapa mereka bila berdialog berbahasa Inggeris. Memang pon begitu. Mereka kurang berbahasa Melayu kerana bersekolah aliran Inggeris semenjak kecil. Aku pon di rumah berbahasa Inggeris lebih kerap dengan mereka. Zaim boleh berbahasa Melayu sebab aku bertutur dengan dia semasa dia lahir sehingga aku ke luar negeri. Adik membesar dalam persekitaran asing dan Bahasa Inggeris menguasai dia. Itu sahaja. Lagipun, aku rasa sedikit unik bila dialog tu dalam bahasa Inggeris dan penulisan umum Bahasa Melayu. Kedua-duanya penting pada aku.

Dan iya Zaim memang begitu gaya pertuturan dia kalau dengan aku. Aku lebih liberal dalam cara pertuturan anak-anak kepada aku. Tetapi tidak kepada pertuturan mereka kepada orang lain.

Mulanya aku kenalkan tulisan aku kepada teman-teman dekat yang aku kenal. Dan yang mengenal anak-anak aku. Mungkin ada idea dari mereka. Mereka juga Ayah dan Ibu dan ada anak atau anak saudara.

Dalam pada itu aku juga mula mengenal teman-teman yang lebih aktif dan serius dalam memblogging ini. Secara tak sengaja pada mulanya. Kemudian lebih disengajakan dan lebih kerap. Walaupun sehingga kini, aku tak pernah bersua muka. Tetapi rasanya seperti sudah mengenal. Kalau tidak pon, dalam minda sudah terbentuk satu persepsi tentang mereka atau tentang kami.

Setahun sudah berlalu. Aku tak yakin kalau aku dapat menulis secara konsisten. Tapi aku akan cuba kerana sumber penulisan aku berada di sekeliling aku setiap hari. Insyallah.

---------

epilogue
Tuesday, March 09, 2004
Terima kasih kepada teman baik ku yang menolong menyediakan blogspot ni... ruangan ni hanyalah saja untuk mengomentari apa sahaja yang berlalu di pemikiran ku setiap detik dan saat aku mengingat kehidupan yang semakin pantas dan cepat berlalu...semoga tidak menjadi panduan kepada sesiapa pon..
# posted by Ayah @ 8:41 AM

Monday, March 07, 2005

ABANG MISSES ADIK

Adik berlepas dengan Atuk dan Nenek ke Bali malam semalam. Aku dengan Abang sacrifice opening of Formula One sebab nak menghantar depa pergi epot. Tapi kami tape lumba tu.

Di epot macam biasa Abang and Adik main dekat playground kapalterbang depan KFC tu. Dan diorang main pon macam biasa. Sampailah akhirnya Adik nak masuk. Lepas salam semua, aku tengok Adik diam aja. Bila Ibu panggil nampak dia beliakkan mata dia. Ibu kata dia nak tahan air mata. Entah. Ibu tahu la kot. Aku tak ingat pulak kalau dulu Ibu ada beliakkan mata masa aku nak keluar negeri. Ada kot. Kami lambai sampai kat viewing deck dan nampak Adik duduk kat belakang skytrain tu.

Masa dalam perjalanan balik ke rumah, aku usik Abang kalau dia rindu Adik dah. Abang kata tidak.

' But, remember in that essay of yours, you said you missed him when he left you' kata aku masih nak mengusik.

' No lah Ayah. Those thing I wrote just for the grades only ' Zaim masih bersikap macho.

' Ow come Bang, don't be shy ' aku balas walaupun heran dengan retort dia.

Zaim tukar topik. 'Eh! Ayah! You got white hairs la. There and there and .... ' terus aja dia cakap.

Aku bengang. Aku alih Baby Faim ke bahu kiri dan memandang ke Ibu yang sedang memandu. Ibu sengeh.

Malam kami telefon Adik. Pagi, aku tengok Zaim tido pelok Baby Faim.

Friday, March 04, 2005

SCARY THING

Aku tak sangka. Ianya terjadi kepada keluarga aku petang semalam.

Zaim, Adik, Baby dan Kakak tinggal di rumah. Atok ada di atas. Ibu dan Nenek dah turun ke Pasar Malam di bawah.

Masuklah ke rumah seorang lelaki kerana pintu pagar dan pintu grill depan tidak dikunci. Cuma di rapat. Motorsikalnya ditinggal di luar pagar dengan enjin masih hidup. Zaim cuba menghalang dia masuk tapi dia paksa dan terus kata bahawa aku telah melanggar dia hingga jatuh luka. Dia tunjuk tangan dia yang luka. Kakak masuk ruang depan dan diarah ambil air sebab nak cuci luka. Kakak ikut kata sambil dia protes. Orang jahat tu suruh Zaim telefon aku dan minta tulis nombor telefon rumah. Masa semua itu berjalan dia kebas tiga jam tangan aku, DVC Sony aku dan handphone Zaim. Zaim cuba menahan lagi tapi dia terus cabut dan lari naik motor.

Aku terus balik selepas Ibu telefon. Aku bertegas melapor ke polis walaupun Ibu dan Nenek kata bahawa sekurang-kurangnya bebudak selamat dan barang yang hilang tidaklah terlalu mahal. Aku pergi lapor juga. Aku risau sebab jarang ada kejadian seperti ini di kawasan rumah aku. Memang pon Sarjan tu kata begitu. Aku risau penjahat itu akan menjadi lebih berani dan kawasan aku akan menjadi tidak selamat. Mungkin lain kali dia bawa kawan. Mungkin dia bawa senjata.

Selepas melapor, aku ke kawasan Pasar Malam. Aku melilau melihat sana-sini kot ternampak sesuatu yang mencurigakan. Aku pesan sama Adik 7-Eleven, Brader jual burger dan mamak kedai gunting, bahawa kalau ada sesiapa nak jual Video Camera murah, kontek aku. Aku nak beli. Taulah Mamat tu nanti.

Aku balik rumah dekat pukul sepuluh. Zaim masih menunggu. Dia bertanya apa yang berlaku di balai polis. Aku katakan polis marah kepada dia kerana tidak menangkap pencuri tersebut. Dia termangu-mangu. Kemudian aku senyum dan katakan everything should be ok. Aku nasihat dia lain kali jangan biar pintu tidak terkunci dan panggil Atuk kalau ada orang tak dikenali masuk. Aku suruh dia tidur dan pergi kunci semua pintu.

Aku tidur dengan tenang. Semua tindakan yang aku dah buat menenagkan perasaan aku. Memanglah tidak dapat dielakkan. Tapi aku rasa laporan polis aku dapat menyumbang supaya ianya tidak berulang. Jadi aku rasa tenang walaupun masih marah kepada keberanian orang jahat itu. Memang aku bersyukur tiada kecederaan atau yang lebih buruk. Tapi aku tak suka keluarga aku diambik kesempatan seperti itu.

Aku bangun pagi nak pergi kerja. Ibu kata dia tak boleh tidor sepanjang malam. Dia kata nak pasang pintu gate otomatik.

Tuesday, March 01, 2005

Adik terjaga tengah malam dan menangis di luar bilik. Adik dan Abang tidur dengan Atok dan Nenek semenjak ada Baby Faim. Tak tau kenapa. Bilik diorang kosong aja memalam. Kadang aku tidor bilik diorang.

Aku, Ibu, Nenek dan Atok tak dapat memahami kenapa Adik menangis. Dia cuma sepertinya terkejut dan menangis. Aku cuba bertanya tapi dia hanya terus menangis. Akhirnya, aku terus pikul Adik, masuk bilik dia dan aku tidur dengan dia. Dia nyenyak sampai pagi.

Pagi aku cuba berfikir kenapa Adik menangis. Baru petang semalam dia tiba-tiba memohon dari Nenek supaya dia dapat dibawa bersama ke Bali. Nenek dan Atuk setuju. Aku rasa satu perkembangan baik sebab tu aku benarkan walaupun sedikit mahal. Tapi kalau itu penyebabnya, sepatutnya dia terkejut tertawa gembira bukan menangis. Buntu sekejap aku.

Sebelum aku keluar, aku bisik ke telinga Adik supaya sebelum tidur dia baca Alfatihah macam Abang. Aku nampak dia seperti mengganguk.