Senin lepas Zaim tanya aku,' Ayah, what time did you leave for work today?'.
'Early' jawab aku ringkas sambil mata aku memandang kepada TV. Everybody loves Raymond sedang dipertontonkan.
'And, err normally you'll come back when we are about going to sleep?' Zaim tanya lagi.
'Umm' kata aku. Aku teruskan menonton sampai selesai. Bila aku toleh, Zaim dah tiada disebelah. Dah naik tidur rasanya.
Malam sebelum aku tidor, aku teringat kepada dialog dengan Zaim tadi.
Dan, pagi Selasa dan pagi ni tadi aku pergi kerja lambat dari biasa. Selepas aku pastikan Zaim dan Naim telah selamat bertolak ke sekolah dengan Atok.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment