Ibu beritahu berita kurang enak tadi pagi.
Walaupun Abang score dalam semua math exams dia, tapi overall results pertengahan penggal kali ni menunjukkan bahawa dia di tahap 'B'. Menurut cikgu markah keseluruhan dia turun disebabkan oleh kecuaian dia dalam menyelesaikan kerja rumah. Kerja rumah dia ada kesilapan di sana sini walaupun pun dia faham konsep dan teori matematik yang diajarkan.
Aku beritahu Ibu, aku sangka Zaim sepatutnya menjadi juara matematik. Sebab dia diperkenalkan kepada matematik lebih awal dari sabjek-sabjek lain oleh Nenek. Ibu kata dia buat kerja rumah secara terburu-buru dan tidak pernah menyemak semula kerja yang disiapkan. Ini mungkin disebabkan dia hendak cepat bermain dengan Adik. Atau mungkin dia memang kurang masa sebab banyak kerja rumah lain yang perlu dibuat.
Kalau dalam hal kerja sekolah anak, aku selalunya serah kepada Ibu. Sebab Ibu lebih meticulous dari aku. Kalau bab kerja kreatif seperti lukisan dan mereka sesuatu selalunya aku volunteer kalau aku ada masa. Tapi aku rasa Ibu pon mempunyai masa yang terhad untuk memberi perhatian kepada semuanya, apatah lagi dengan Adik dan Baby Faim sekali.
Sebelum memandu keluar, aku masih memikirkan perkara ini. Aku beritahu Ibu yang aku akan bercakap dengan Ibu lagi sebelum aku bercakap dengan Zaim.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment