Adik mengalami hari yang jongkang-jongket.
Petang Sabtu dia minta aku bawa dia ke kolam renang pada hari Ahad supaya dia boleh belajar berenang. Walaupun merasa berat kerana berpuasa, Ayah setuju untuk membawa juga. Adik nampak gembira dengan persetujuan Ayah.
Pagi Ahad. Hujan. Ayah tak dapat bawa Adik ke kolam renang. Adik sangat sedih. Untuk pujuk dia, ayah beri dia main komputer selama 25 minit. Dia senyum balik.
Adik terlajak. Dia main komputer satu jam. Ayah tegur Adik dengan keras dan tak benarkan dia menyentuh komputer lagi hari ini. Dan Ayah beri Abang peluang guna komputer sejam. Adik sedih semula.
Pukul sebelas tengahari, Adik dah restless. Ayah ajak Adik dan Abang ke Aquaria untuk tengok ikan-ikan. Dulu kami dah cuba ke sana dua kali tetapi oleh kerana panjangnya barisan yang menunggu, kami batalkan hasrat dua kali. Untuk kali ini, langsung tiada barisan. Adik sukahati dapat lihat ikan dan beli souvenirs.
Lepas Formula 1, Ayah ajak Ibu pulak ke Jaya Jusco beli google dan baju renang untuk kelas berenang Adik. Balik rumah Adik gembira dapat alatan renang. Tapi Abang beritahu Adik ada buat salah melanggar peraturan yang Ibu selalu ingatkan. Adik dikurung dan tak dibenarkan keluar dari bilik sampai waktu berbuka. Adik sedih.
Waktu buka Adik sangat gembira. Sambil makan dia nonton kartun jepun dari meja makan. Dia pasang suara TV kuat supaya dia boleh dengar. Ibu tegur Adik suruh perlahankan suara. Adik perlahankan TV dengan berat hati dan marah ke Ibu. Dia kata satu ' really bad word'. Ayah naik angin.
Lepas buka puasa, Adik kena panggil. Ayah tanya apa Adik kata ke Ibu. Ayah letak cili ke bibir mulut dia supaya dia sentiasa ingat untuk tidak berkata-kata yang tidak senonoh dan biadap. Mulut Adik pedas dan dia menangis tak henti-henti. Ayah kesian.
Ayah suruh Abang tolong cuci mulut Adik dan beri minum sirap. Abang juga beri Adik gula-gula. Adik janji tak mau ulang lagi kesalahan dia. Adik sedih. Abang pon sedih.
Malam lepas Harry Potter, Adik dah ngantuk. Ayah angkat Adik ke bilik dan tidurkan Adik. Ayah baring sebelah Adik sampai dia terlena. Ayah renung muka Adik yang sedang tidur. Ayah sedih.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment