Abang dah bertolak pagi tadi. Dia ikut Nenek ke Seam Reap nak tengok Angkor Wat. Ibu, Adik dan Baby Faim hantar depa kat airport pagi tadi. Aku tak ikut sebab aku kerja dan aku nak cuti hujung minggu ni. Maksudnya aku kena selesaikan banyak yang tertunggak hujung tahun ni.
Adik kata dia tak mau ikut walaupun berkali Nenek ajak sama. Aku tak tau kenapa tapi rasanya Naim ni kurang rapat dengan Nenek. Mungkin sebab dia membesar dengan kami kat luar negeri dulu. Abang dibela dan dibelai oleh Nenek sejak lahir. Abang dengan Adik walaupun mempunyai minat yang hampir sama tetapi mempunyai karektor berbeza. Namun demikian, mereka masih mengambil berat tentang hal mereka adik-beradik.
Ibu cerita tentang perbualan dalam kereta menuju KLIA pagi tadi. Abang dan Adik bertengkar dan tolak menolak. Sekejap kemudian Adik diam.
'I don't want Abang to go!', kata Adik.
'That's why we ask you to go with Abang and Nenek', kata Ibu menasihati.
'But, I don't want to go and I don't want Abang to go too', jawab Adik.
Aku tak tau kalau muka Adik sedih semasa dia berkata-kata. Ibu tak cerita. Aku rasa Adik mengambil perangai aku bab ini. Tak suka perpisahan, ditinggal atau meninggalkan.
Ibu cuba mengusik Adik. ' Why do you want Abang to be around? You will only quarrel with Abang day and night', tambah Ibu.
Adik mencelah, ' That's why... if Abang go away, I cannot quarrel with him...'
Selamba jawapan Adik. Tidak langsung membayangkan yang dia akan merindui Abang atau akan kesunyian. Tapi dari cerita Ibu, aku boleh menangkap rasa hati Adik. Dia takut kesunyian. Dan, malam ni aku rasa dia akan tunggu aku balik untuk bercerita tentang sehari yang dia lalui tanpa berkelahi dengan Abang.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment