Semuanya sakit. Demam. Batuk. Selsema. Abang. Adik. Baby Faim. Ayah. Nenek. Atok. Kakak. Yang belum kena cuma Ibu seorang. Insyallah, aku harap Ibu terus sehat dan buleh jaga kami.
Aku mula terjangkit hari Khamis lepas. Abang pula sebaik sahaja dia sampai dari Iran. Adik kena sama waktu dengan aku. Baby Faim dah mula semenjak Khamis atau Jumaat. Yang aku ingat dia termuntah tengah malam hari Jumaat. Atok dan Nenek kena hari Ahad, Hari Raya Haji.
Aku memang kelemahan aku kalau kena sakit selsema. Sebab paling tak selesa bagi aku dan selalunya mengambil masa yang lama untuk pulih. Itu pon kadang selang sehari dua dia datang balik. Jadi kalau Ibu beri anak-anak penadol biasa dan Ubat Ibu Anak atau Kelapa Laut Afrika, aku kata aku kena dapat ubat yang serius dari Doktor.
Aku jumpa Doktor petang Jumaat bila aku dah tak tahan. Bila doktor tanya sakit apa, aku suruh dia tengok rekod aku. Memang aku selalu jumpa Dr Cheah bila batuk dan selsema. Sakit-sakit lain takda. Dia nak bagi ubat antibiotik seminggu, aku kata baik bagi 3 hari punya dan yang paling kuat. Bukan apa, selain nak cepat baik, aku tak kuat disiplin makan ubat. Takut lama-lama aku tertinggal makan ubat.
Sabtu merupakan hari permulaan. Batuk dan selsema yang teruk. Satu hari aku tak buleh nak bangun dan terbaring samada di atas atau kat bawah. Sampai aku tak tau kepala aku sakit sebab banyak batuk atau banyak baring. Ubat yang kuat pula memang membuat pemikiran aku terawang-awang. Pagi tu jugak Baby Faim dan Adik bibawa jumpa Dr. Bavani untuk rawatan. Batuk Abang pulak dah mula berkurang.
Ahad aku dikunjungi pula oleh demam. Aku tambah panadol sendiri. Aku tak pergi Solat aidil adha. Atok dan Nenek pula kena serangan selsema dan batuk waktu tengahari lepas balik open house anak lelaki dia. Batuk Abang datang balik.
Senin aku ada jemputan open house. Aku masih lemah. Aku minta maaf ke kawan aku. Aku lihat anak-anak aku jugak dah boring sakit dan terkurung di rumah. Aku minta Ibu bawa kereta keliling kawasan rumah sambil bukak tingkap untuk dapatkan fresh air. Ibu masih kuat.
Waktu petang aku dah terasa kesan ubat tu dan rasa boleh berjalan betul. Aku ajak Adik main kat halaman. Bebudak ni walaupun sakit, kalau bermain tu masih kuat. Dekat nak Maghrib, Atok pulak dah tak tahan dan minta jumpa Doktor. Aku gagahkan diri memandu Atuk ke outpatient Pantai sebab klinik dia tutup dan Dr Bala kat Taman Midah charge sama je dengan Pantai.
Selasa, pagi-pagi aku dah dengar kakak terbatuk-batuk waktu mengemas rumah. Bila aku cakap dengan Ibu, dia setuju bawak gi klinik hari Rabu.
Hari Rabu datang. Aku rasa dah mula sehat balik. Walaupun ada sedikit aja batuk lagi.
Hujung tahun 2006 aku sengaja tak ambil cuti sebab ada 4 hari cuti umum panjang. Tapi... 'What a way to usher in the new year'.
Instagram
6 years ago
1 comment:
[img]https://i.imgur.com/DEBnKj9.jpg[/img]
Bosan tidak punya penghasilan lebih? coba main di Àgens128
banyak bonus dan keuntungan yang bisa didapatkan disini.
dengan deposit minimal hanya 10rb untuk poker dan 50 untuk permainan menarik lainnya. bisa juga melalui aplikasi OVO dan pulsa serta banyak game menarik yang ada disini
tunggu apa lagi, buruan join bersama kami sekarang juga.
Contact Kami :
WhatsApp : 0852-2255-5128
Line id : agens1288
Telegram : AgenS128
Poker Deposit Pulsa
Poker Pulsa
Sabung Ayam Online
link sbobet
Post a Comment