Adik masuk sekolah hari ni. Sekolah tempat baru. Seminggu lepas, aku sibuk mendaftar nama Adik untuk masuk sekolah di Jabatan Pelajaran Tempatan di sini. Mereka siap bagi suntikan imunisasi sekali pada Adik. Menangis Adik, dia ingat datang nak daftar aja.
Sekolah Adik dekat aja dengan rumah. Boleh jalan kaki. Adik suka berjalan tapi dia minta basikal. Aku risau sebab walaupun dekat, dia kena lintas jalan besar. Lagipun kalau Adik naik basikal, kena siap dengan training wheels, buat malu aja. Setakat ni, Ibu je teman Adik jalan ke sekolah. Bila dah sejuk nanti susah jugak.
Balik sekolah tadi, Adik nampak biasa aja. Takda pon nampak takut ke apa. Aku rasa dia pandai menyesuaikan diri.
'So, what did you do today?', aku tanya Adik.
'Nothing much. Just playing and writing down what I do well', jawab Adik tersenyum.
'What are they?', aku bertanya pelik.
'Playing computer and.. errrr dancing under the disco ball!!', jawab Adik termalu-malu.
'Hah what? Disco?', aku kehairanan. Bila masa pulak dia kenal disco. Aku berfikir. Walaupun Adik seorang yang manja, aku rasa dia akan cepat membesar di sini. Susah le aku nak membagaikannya.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment