My photo
Stories for my three heroes.

Friday, September 18, 2009

Truth and Reconcialition

Faim datang terhegeh-hegeh kepada Ibu. Nampak macam gelisah. Sampai ke Ibu, dia terus melapor sesuatu. ' Ibu.. Ibu, I did something. I am scared Ibu' , katanya sambil merangkul Ibu. Aku pon mengalih pandangan dari Robert Langdon dan mendengarkan perbualannya.

'I broke Acik's wall and I am scared. Acik will scold me', dia memaklum ke Ibu lagi. Nampak sangat dia merasa bersalah. Dan nampak sangat dia takut. Ibu bercakap dengan tenang. 'Is it the wall Acik made from his LEGO?'. Faim mengganguk. 'It's Ok. We'll explain to Acik you accidently did it, OK?'.

Ibu memujuk. Faim mengeleng-ngeleng kepalanya. DIa terus berlari masuk ke bilik dan menutup pintu. Aku pandang ke Ibu. 'Ala Acik tu left his toys on the floor so maybe Faim terlanggar la tu'. Ibu menjelas kepada aku.

'Tapi budak ni takut sangat. Cuba kalau dia tak sengaja buat sesuatu dan takut dan lari entah ke mana. Susah jugak', sahut aku. Ibu mengganguk. 'I will talk to Acik', katanya sambil berjalan keluar dari bilik mencari Naim.

Aku pun bangun dan cuba membuka pintu bilik tidor Faim. Aku dapati pintu tertutup rapat seolah Faim menahan dengan badannya. Aku pun turun melihat apa yang terjadi kepada LEGO tersebut.

Pada aku sikit aja. Aku pun duduk berdekatan 'wall' yang rosak. Sekejap kemudian, Naim masuk dan melihat LEGOnya. Dia cuma mengganguk sikit.

Aku bertanya, 'Ibu talked to you Dik?'Adik mengganguk.
'Then, you better talk to Faim because I think he is really scared. I don't want him to be like that and hide from small mistakes like this', aku menerangkan.

Adik terus naik dan aku dengar sayup-sayup suara dia bercakap dengan Faim, memujuk-mujuk. Sekejap kemudian Adik turun balik ke bilik dan berpura-pura mengeluh. 'Oh.. look Faim, it's Ayah who did it '. Faim mengintai-ngintai dari pintu bilik.

'Oh Sorry Dik, I will repair it back', kata aku berlakon sama.
Adik terus berdialog, 'See, there's nothing to worry about'.

Faim pon terus masuk dan duduk sebelah Adik. Bila aku nampak Faim dah selesa sikit aku pon terangkan kepada Faim yang sebenarnya kami tau dia yang buat. Tapi dia tak perlu takut kalau dia buat sesuatu kesilapan yang tak sengaja dan mesti berani mengaku kesilapan dan membetulkannya. Dan aku maklumkan kepada Adik, bahawa dalam hubungan adik-beradik, kita perlu bertolak-ansur dan sentiasa bersedia untuk sesama memaafkan kalau berlaku sedikit perselisihan.

Adik dan Faim mengganguk sama. Sekejap kemudian waktu berbuka, Adik berkongsi makan bubur ayam dengan Faim dalam satu pinggan yang sama.
Amazing.

No comments:

Post a Comment