My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, July 01, 2010

Lost and Found

Semalam hari terakhir persekolahan bagi tahun ini untuk Alfaim yang telah setahun mengikuti pendidikan Kindergarten. Oleh kerana, dia anak paling kecil, selalu nya ada menjadi tugas kakak untuk menghantar ke sekolah dan mengiringi Faim balik ke rumah. Kami menasihat Faim supaya selalu mengikut kata dan arahan kakak dan jangan sekali-sekali menyusahkan kakak kerana kakak kurang boleh berbahasa Inggeris. Mungkin susah untuk kakak meminta bantuan sekiranya ada apa-apa kekeliruan yang berlaku di sekolah. Kadang walaupun kakak banyak kerja di rumah, tapi kalau Faim ingin bermain di 'playground' terlebih dahulu, kakak akan dengan tenang dan sabar menunggu, walaupun hampir satu jam.

Tapi semalam, Faim, mungkin yakin diri oleh kerana dah hampir setahun bersekolah atau atas rasa ehsan kepada kakak yang selalu menunggu, telah mengambil keputusan untuk berjalan terus ke rumah dengan sendiri. Sebaik dilepaskan oleh guru, Faim telah berjalan terus tanpa mencari kakak yang sentiasa menunggu dipojok. Setelah beberapa ketika menunggu, kakak yang kerisauan terus menemui guru dan cuba dengan menggunakan tangan dan mimik muka yang ketakutan memaklum yang Faim tiada. Maka, berlakulah satu gerakan mencari Faim di sekitar sekolah oleh para guru dan Ibu bapa.

Setelah berlaku keributan yang pastinya merisaukan, seorang bapa menjumpai Faim sedang dengan tenang berjalan semula ke sekolah. Alasannya, dia tidak dapat masuk ke rumah kerana pintu berkunci. Setelah itu baru dia teringat yang kakak mungkin menunggu di sekolah.

Aku hanya diberitau oleh ibu akan kejadian pada pagi ini. Faim tidak mau ibu memaklum kepada aku semalam kerana dia mungkin malu atau takut. Aku belum lagi bercadang untuk bercakap dengan dia tentang perkara ini kerana aku nampak dia memang seperti merasa sangat bersalah. Cukuplah dengan ibu menasihat terlebih dahulu. Nanti apabila aku rasa masanya sesuai, akan aku bercerita dengan Faim.

4 comments:

Anonymous said...

ayah, i've been reading ur blog. and soon to be a father. and.. do u believe on canning ur son will make them better?

haish, takut betul nak jadi bapak ni.

anyway, thanks for providing free education and knowledge how to raise my future kids.

karim

Ayah said...

karim,

different father has different approach at parenting. it is you who have to decide which method to use under which circumstances, what kind of characters are your children, will it be useful in the long run and would you have alternative methods to fall back on if any method employ is not as effective... nobody has that answer for everyone else...

Anonymous said...

thx Ayah.

bapa saya penah pukul saya sekali sebb saya pnh amik duit dia tanpa kbnaran untuk beli barang tahapahapa. sejujurnya, the bitter lasts longer sampai saya besar.

saya baru faham yang abah buat begitu sbgai satu cara mendidik setelah saya dewasa.

nanti, kalau boleh, saya tak nak pukul juga anak. diplomasi.

eh Ayah, i am expecting for my first baby too...boleh kasi sikit gidance untuk sambut newly born baby?

Ayah said...

sdr incredible hulk...

tak mau bagi guidance la. biar anda experience sendiri. then anda boleh cerita pengembaraan anda sebagai ayah...

Post a Comment