Sewaktu membeli-belah di Tyrrell Museum, Adik dan Abang maklum kepada aku yang mereka ingin juga membeli hadiah untuk kawan-kawan sekolah mereka. Aku tak ingin bertanya kawan lelaki atau perempuan kerana tak mau menjadi cerita panjang langsung mengiyakan aja. Kemudian Adik bertanya samada aku masih ingat akan kawan-kawan aku semasa aku di sekolah dahulu. Aku termenung sebentar.
Saat sekolah di mana aku seronok berkawan pada aku ialahs emasa aku berada di Tingkatan 2. Aku teringat Charanpal Singh. Ketua Tingkatan kami. Tinggi lampai dan waktu itu baru sahaja bertukar dari memakai toncit kecil kepada sarban. Sangat baik hati pada aku dan sangat pandai berbahasa Inggeris dan sedia mengajar aku tanpa apa-apa syarat. Dia juga memperbetulkan dialog aku dari ' Steve Austin, a man VERY alive' kepada ' Steve Austin, a man BARELY alive', dua perkataan hampir serupa bunyinya tapi mempunyai maksud bertentangan.
Kemudian aku teringat kepada Poon Keng Yuen. Master of Mathematics, Ilmu Hisab dan Kira-kira. Kami panggil dia Spoon. Tapi walaupun dia sedikit pelat dan kekok berbahasa Melayu. persahabatan aku dengan dia sangat luhur dan akrab. Poon juga dilantik sebagai pengawas sekolah. Walaupun aku kawan baik dia, namun dari segi peraturan sekolah, dia sangat tegas dengan aku. Kalau aku tak pakai lencana atau tanda nama, akan ditulis juga nama aku. Tapi, dia juga baik hati kerana kadang dia akan secara senyap menghulur kepada aku lencana tambahan yang dia simpan dipoket kalau dia lihat aku terlupa memakai lencana sekolah.
Aku ingat R. Selvarajan. Budak Larkin. Boleh tahan dari segi pelajaran dan petah berbahasa Melayu tanpa sedikit pelat atau telo pon yang dapat dikesan. Selvarajan tidak berapa tinggi dan mempunyai rambut sedikit kerinting. Lemah lembut orangnya dalam pergaulan dan juga pertuturan. Aku tak ingat sabjek apa kelebihan Selvarajan tapi aku merasa dia cerdik dalam hampir semua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Inggeris.
Ini rakan-rakan yang aku ingat. Sudah tentu aku juga berkawan dengan Rosli, Zali, Ain, Razid dan sebagainya. Kami akan berkumpul di bawah pokok di hujung padang bermain bolasepak menggunakan bola tenis mengisi masa menunggu sekolah bermula. kami akan bermain bola dan meminum air teh yang dibawa oleh Charanpal sedikit-sedikit. Kemudian sama-sama memasuki kelas. Sehingga sebelah petang dan berpisah di tengah jalan menuju ke tempat menunggu bas masing-masing.
Aku tak pernah cuba mengambil lebih tahu akan perihal mereka. Siapa dan apa bangsa atau kedudukan mereka. Mungkin aku perlu lebih mengenal. Tapi aku tak yakin kalau semua itu patut menjadi faktor persahabatan. Kami sama-sama bersahabat atas perasaan sama-sama kawan sekolah berdasarkan apa yang kami lalui dan rasai bersama.Kalau berkebun dalam kelas sains pertanian, kami sama menyangkul, menyemai dan menyiram. Ke reban ayam, kami bersama membersih reban ayam dan meletak makanan untuk ayam-ayam tersebut. Sama-sama mengambil radas-radas dalam kelas Sains Paduan, sama-sama mencatit dan membuat ujikaji. Sama-sama berlari 100 dan 400 meter, melompat jauh dan tinggi masa hari sukan. Sama-sama kecewa dan sama-sama gembira apa mengalami kegagalan atau satu kejayaan. Pada aku itu lah persahabatan yang jujur.
'So, Adik friendship is mostly not about material things. Friendship is more than that about sharing your experience together. Not by buying toys for them', kata aku memandang Adik yangs edang mengengan beberapa soft toys dinasours. Kemudian Abang pon sama tercegat depan aku memegang dua soft toys besar.
Aku menggaru kepala sambil akhirnya bertanya, ' err I don't think your friends might want that. These are not the kind of things you give to male friends'.
Abang pon dengan selamba pulak menjawab, ; no they are not'.
Instagram
6 years ago
12 comments:
salam.....selalu juga terkenang kawan2 lama...entah di manakah mereka...walaupun tidak berhubung, coz they are leaving beautiful footprints on my heart
memang.. kawan yang bermakna yang berkawan kerana kita.. itulah yang akan kita sentiasa mengingat...
selamat berpuasa ayah!
sama sama ye kita... rabu ni baru puasa... buka kul lapan lebih...
Ayah : Selamat berpeluh sejuk handling the raging teenage hormones...hehe
should be OK... they got a pro to help them navigate these treacherous rapids of 'peluh sejuk' ... matters of the heart or so they say!!! hehehe
Kau ni buat aku sedih je. Aku kalau bab kawan ni lemah lutut sikit. Memang betul kawan ni sangat penting kepada kita. Sungguhpun kita ada adik-beradik segala, tak semua perkara kita kongsi bersama keluarga kita.
Tempat ini diambil oleh kawan kita. Mereka ini seakan ahli keluarga kita walau tiada pertalian darah.
Moga persahabatan dengan kawan kawan kita berkekalan. Kawan menangis memang tak ramai oiii.
amboi bukatutup.. bolan posa ni kemain lagi penulisannya...
Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
kawan... apa erti kasih
jika kau tersalah pilih..
kalau tersalah pilih nanti kena masuk Shutter Island... baru tau!!!
ahahaha...kantoi! kawan pompuan rupanya. Salam to your Ibu dengan pesanan, "they all tu practice beli hantaran ke?"
p/s kawan2 kat KPP x ingat?
mungkin le Ibu. Tapi bila bab tu, depa kena rujuk ke kami la. tak boleh suka-suka depa sendiri je... kawan-kawan KPP lagi la ingat..
Post a Comment