My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, November 09, 2011

IN SICKNESS AND IN HEALTH

Faim tak sehat hari ni. Kata Ibu dia selsema dan sore throat. Aku balik dari pejabat dan dapati dia sudah tidor dengan lenyak. Seketika aku mandi dan solat Isya, aku dengar suara menangis dari bilik air. Rupanya Faim dah bangun dan sedang buang air kecil tapi dia merasa tidak selesa dan sedikit merengek. Aku beritau Ibu dan Ibu dengan segera membawa ubat kepada Faim dan menemankan Faim tidur semula.

Faim sudah mencapai usia 7 tahun bulan lepas. Dia semakin bijak dan semakin galak mengusik Abang Naim. Tapi bila dia tidak sehat, Faim kelihatan seperti anak kecil yang aku kenali beberapa tahun dahulu. Yang perlu dimanjakan dan diberi sepenuh perhatian. Dalam hal ini, aku bersyukur kerana walaupun aku kurang dapat lebihkan masa untuk bersama Faim atas desakan komitmen tertentu masa kini, tapi Ibu tetap ada untuk terus memainkan peranan seperti biasa. Walaupun aku tau, masa untuk Ibu juga turut terhad kerana Ibu juga sudah mula berkerja.

Kini aku sangat menghargai hujung minggu. Waktu itu aku dapat tumpukan lebih sedikit masa untuk Faim dan abang-abangnya. Faim suka dibawa ke taman di waktu pagi untuk menemani aku beriadah sedikit. Dia lebih suka kalau aku dapat membawa dia melalui tingkap  'drive thru' Mcdonalds walau apa ketika pon.

Satu kegemaran Faim sekarang ialah dia suka mengumpul duit. Memang satu tabiat yang baik tapi cara dia mengumpul ini sangat membawa kemusykilan kepada aku dan Ibu. Pertama, duit syiling aku dan Ibu dalam kereta selalu kekurangan. Kedua, duit raya atau elaun Naim yang selalu ditinggal merata-rata juga selalu lesap tanpa dapat dikesan langsung. Dan, ketiga, beg duit Faim sentiasa gemuk dan terus berkembang walaupun aku tidak pernah memberi dia apa-apa elaun atau duit belanja. Semalam aku panggil Faim dan beritau dia bahawa adalah salah untuk menyimpan sesuatu barang berharga yang kita temui tanpa terlebih dahulu memeriksa dengan orang lain yang mungkin kehilangan barangan tersebut. Faim faham dan mengganguk-angguk tapi di akhir dialog dia tetap berkata  ' but I found it and no one owns it '. Rasanya kesedaran yang cuba aku tanamkan mungkin perlu lebih masa untuk bercambah.

Aku masuk melihat Faim bila Ibu selesai memberi ubat. Aku lihat dia cuba untuk tidur dengan sedikit kesulitan kerana selsemanya. Aku duduk sekejap dan termenung mengenang semasa dia masih lagi kecil dari sekarang.

Friday, October 07, 2011

MY TIME YOUR TIME

Penat aku berkeliling menyusur Times Square, 5th Avenue, Union Station dan segala pelusuk dan ceruk, namun semua kedai Swatch yang ada mengatakan barang yang aku cari sudah 'out of stock'. Bila aku sampaikan kepada Abang, dia sedikit kecewa tapi dia tidakmerungut panjang. Sepatutnya aku ingin dapatkan jam idaman dia sebagai hadiah hari lahir dia. Mungkin aku beli jam yang lain.

'I am sorry Abang. I couldn't get you the watch. I really wanted to because I know you want it so much', aku cuba memujuk Abang walaupun dia nampak tidak berapa kisah dengannya.
'It's ok. it's just a watch. It doesn't have to be fancy watch. All they do is to tell time, that's all', jawab Abang selamba.
'What do you mean Abang?', aku bertanya kehairanan.
'Well let say if someone is asking the time from two guys, one wearing a Timex and the other a Rolex, that person will get the same time say 4 o'clock from both', Abang  menjelas pada aku.
'Oh like that. That's true. it's not like the Rolex will tell you a different time or anything. Then maybe I should just get you a Mickey Mouse watch', usik aku pula.
'You can, but I am not Baby Faim you know!', Abang jawab lagi dengan selamba.
Betul la tu sahut aku dalam hati.

Monday, August 29, 2011

MENUNGGU

Esok nak raya tapi aku masih duduk kat opis tunggu bos. Ramai yang datang menjenguk dan ucapkan selamat. Aku cuma mengganguk aja sambil mata memandang ke bilik bos kalau dia dah selesai dan aku boleh pula teruskan tugas dari dia.

Sebelum ke pejabat, aku duduk merenung Faim yang tengah tidur selepas sahur. Sedap dia lena dalam kesejukan hujan. Abang masih di atas berchatting dengan kawan sementara Adik entah tengah menggangu Atuk rasa aku. Ibu dan Nenek sedang sibuk mengemas dan menyiap juadah untuk esok. Ibu kata esok masak ringkas aja sebab lepas solat raya kami nak terus pulang ke JB sehari sebelum ke Melaka jugak sehari. Aku tak kisah asalkan ada masakan kesukaan aku : nasi himpit dengan sayur lodeh. Balik rumah Bak nanti adalah ketupat dan rendang serta sayur goreng kering. Adik aku akan balik dari Muar jadi aku rasa sayur goreng tu mesti ada.

Aku tanya Faim samada dia akan kenal Atuk Johor dia. Maklumlah dah lebih empat tahun dia tak jumpa Tok Bak. 'Yes, Ayah. It's your father and he is older than Atuk', jawab Faim pandai.
Sebenarnya umur Tok Bak dengan Atuk sama sahaja, tapi memang Tok Bak Johor nampak tua sikit sebab dia kerja keras masa muda.
'What will you do when you see Tok Bak dik?', aku bertanya kepada Adik.
'Ask for duit raya?', jawab Adik.
'No Dik, I think we shouldn't. Tok Bak is old and not working. In fact we should buy for him something', jawab Abang.
'That's a good idea Bang', jawab aku sambil memikir apa nak aku sampaikan kepada Tok Bak.

Suasana raya memang tak begitu terasa walaupun kami sudah sebulan lebih di tanah air. Aku cuba juga untuk menghidup suasana. Aku beli lampu kelap-kelip untuk gantikan yang aku gantung 5 tahun dulu. Dah kerepot dan patah-patah. Tapi bila memikirkan beberapa wiring yang perlu di sambung, aku batalkan aja niat nak menggantung lampu baru. Dalam dok mengemas store, aku terjumpa pulak 3 pelita minyak tanah yang besar dengan kayu sekali. Segera aku cari minyak tanah tapi dah tiada. Aku pergi ke kedai runcit di bawah tapi Apek kedai kata,' aiyooo sikalang minyak manyak mahat ooo, tala manyak mau jual. Lu amit satu botot, pakai kasi jimat aaa, semilan lingit!'  Aku hanya mengganguk tapi gembira sebab dapat juga memasang 3 biji pelita pada sebelah malam.

Malam tadi sekali lagi aku teman Atuk ke masjid untuk terawikh. Atuk sekarang tak berapa boleh memandu malam. Dan kalau ke masjid, dia tak boleh berjalan jauh. Aku selalu turunkan dia di depan masjid sebelum meletak kereta jauh sedikit kerana ramai pengunjung berdekatan yang sudah meletak kereta masing-masing dekat dengan pintu masuk. Lepas tu aku bawak kerusi untuk Atuk duduk waktu nak sembahyang nanti sebelum aku sendiri masuk ke dalam. Itu pon kalau Atuk sehat. Kadang lepas berbuka, Atuk akan mengadu lemah badan atau sakit perut dan terus meminta maaf kerana tidak jadi ke masjid untuk berterawikh. Aku hanya mengganguk.

Bulan Puasa ni hanya dua kali aku membeli juadah buka puasa di Pasar Ramadan. Tu pon pada hari Sabtu sebab Nenek dan Ibu selalu sibuk dan letih kerana banyak perkara dan kerja rumah yang perlu diurus. Di Pasar Ramadan aku cuba membeli benda-benda yang tidka keterlaluan dan pastikan bukan yang dibuat secara ala-kadar yang kadang-kala tidak bermutu langsung dari segi rasa berbanding harga. Letih kalau beli buha melaka, tapi gula merahnya macam dicampur gula pasir. Letih kalau makan nasi ayam kalau, ayamnya sekecik tangan Faim, sopnya tawar dan nasinya keras. Lebih sedap kalau Ibu sendiri yang buat nasi dan sopnya dan ayamnya beli di Ayamas.

Insyallah, hari ini hari terakhir berpuasa. Aku seronok kerana Faim insyallah akan dapat berpuasa penuh kecuali dua hari sewaktu dia masih belajar puasa sekerat hari masa mula-mula itu hari. Setiap berbuka, kami duduk bersama 7 orang da Abang akan membaca doa buka puasa dengan diaminkan oleh kami semua atau kadang dengan rengekan Adik kalau Abang baca terlalu dengan terlalu perlahan dan dia sudah kelaparan.

Tahun depan, aku harap dapat lagi berpuasa dan berbuka bersama. Selepas itu, Abang mungkin sudah mula merantau mencari ilmu dan keluarga kecil kami akan semakin mengecil.

Monday, August 08, 2011

FASTING SO FAST

Termasuk hari Ahad, Alfaim anak kecil ku sudah berpuasa penuh selama 5 hari. Satu pencapaian yang sangat aku banggakan. Hari pertama dia susah bangun sahur jadi sampai tengahari aja dia dah kelaparan. Hari kedua, dia cuba puasa tapi rupanya dia ada kena jumpa doktor dan doktor sudah bagi satu injection. dalam kesakitan Ibu sudah bagi dia makanan dan minuman yang lazat-lazat. Hari ketiga baru dia dapat berpuasa sepenuhnya.


'Congratulations, Faim! You managed to complete a full day fasting. After several tries', aku memuji Faim di depan anak-anak yang lain. Faim tersenyum memakan juadah kegemaran dia, chicken nugget Mcdonalds. Itu atau Maggi Kicap Indomie. Berpuasa pon tidak susahs etakat ini bagi Faim. Alhamdulilah. Kalau Naim dulu puas aku kena fikir cara nak lalaikan dia dari mengingat makan, Faim ni tak perlu pon. Rasa aku Faim sangat bangga bila dapat duduk berbuka dengan kami dan memakan juadah buka puasa satu meja dengan ahli keluarga lain yang juga berpuasa sama,

'So, how was it. How is fasting to you?', tanya Abang yang turut bebangga dengan pencapaian Faim.
'It's not very hard Along. It is very fast.', jawab Faim sambil terus mengunyah.
'What do you mean so fast?', tanya Along kehairanan. Atuk dan Nenek pon mengganguk kerana ingin tahu sama.

'Oh.. here we can eat at 730. Over there so long, we wait until 930. It's so longgggg', jawab Faim panjang.
'Ooooooo', serentak semua Abang, Atuk, Nenek, aku dan Ibu menyahut panjang jua. Hanya Adik yang seronok sibuk menyerang ayam percik AyamMas.

Wednesday, June 22, 2011

BIRDS FLY, HUMAN FLIES TOO

Aku duduk berbual dengan Faim sambil melihat Abang bermain Playstation. Tiba-tiba   Faim terpandang sesuatu di luar lantas dia melompat dan menunjuk-nunjuk sambil berteriak, 'Ayah, the birds are back!!!'.

Aku pon memandang keluar pintu dan nampak beberapa ekor burung sedang memakan 'bird seeds' yang digantung oleh kakak.

'It's true Faim. They are moving back north. Remember in the winter they migrated south to find better place to live and food to eat. Now the weather is better, so they return', jawab aku menerangkan prisnsip migrasi haiwan secara ringkas kepada Faim. Itu pon aku rasa pengetahuan setakat kelas Rampaian Sains sekolah rendah.

'Yeah, I know Ayah. Not only birds, Even buffaloes and goats move away when it was cold. Only bears stay inside the caves. They hibernate', terang Faim kepada aku. Wah, ini musti hasil pengetahuan dari Discovery Channel.

'But, do you know what we say back home? No matter how far the birds fly, to the back of the buffaloes they will return', aku cuba berkias dengan Faim. Entah dia faham ke tidak.

'Do you understand?', tanya aku.

'Never', jawab Faim ringkas.

Abang tetiba menyampuk,'It means that no matter where we go, we always want to be home. Home is like the back of the buffalo to the birds'. Habis bercakap Abang memandang kepada aku sambil tersengeh. Berlagak le tu.

Aku pon mengganguk.

'But, I never see a house on a buffalo's back', jawab Faim.

Alamak. Aku dan Abang saling menepuk dahi.

Friday, June 10, 2011

YOU SHOULD BE HAPPY

'Are you happy, Ayah?', tiba-tiba Faim bertanya sedang aku menatap wajah komputer di depan mata.

'Huh? Happy? Yea maybe a little but I am more worried about all the things I have to do now!', jawab aku kepada Faim sambil tidak memandang sedikit pun ke sebelah.

'You have so many things to do now?', tanya Faim lagi.

'Yup', jawab aku.
'Look here. There are too many toys. And our other stuffs too. I don't think I can  packed them up so fast. Maybe I have to give them away to some poor kids. You are too big to play with them anyway', jawab aku selamba mengusik.

'But, I think you should be happy, soon!', sahut Faim lagi.

Aku berhenti membaca dan memandang ke Faim. Aku lihat dia tersengeh-sengeh. Mesti ada sesuatu pikir aku.

'Errmm.. can you tell me why I should be happy', aku tanya ke Faim.

'Well.. this Sunday is Father's Day. You should be happy', jawab Faim.

'Oh yea.. thank you for reminding me. I am so happy now', jawab aku.
Ingat pulak dia. Aku sendiri pon dah terlupa atau tak berapa endah sangat dah. Rasa aku lagi seminggu, tapi takpala dah dia ingat!!!

Thursday, May 26, 2011

TRENDY TREND

Aku potong rambut sebulan sekali. Aku masuk, tunggu kejap, duduk dan angguk bila tukang gunting tanya ' macam biasa?'. Aku diam sepanjang guntingan dan bayar bila selesai dan balik. Abang sekarang mengunting rambut di salon tempat ibu selalu potong. Dia tak mau gunting tempat aku selalu pergi.

Minggu lepas waktu aku cuti panjang, aku teman Ibu hantar Abang bergunting. Sebaik duduk di kerusi, Abang keluarkan kertas dan beri kepada Tukang Gunting. Aku tengok dari jauh Tukang Gunting membelek sekejap dan kemudian mengganguk. Rupanya Abang tunjuk gambar stail rambut yang dia hendak. Aku tengok gambar budak korea rambut terjulur ke depan. Aku pon diam aja. Dalam kereta waktu memandu balik, aku bertanya ke Abang :

'Why do you want to cut your hair like that?'
'Oh.. it's just the style I am comfortable with', jawab Abang.
'OK.. but I hope you don't mind me saying.. but it looks like 'diskang'', aku mengusik.
'Hah? what is diskang Ayah', tanya Zaim balik.

Aku termenung sebentar. Aku pon tak ingat maksud sebenar. Tapi rasa aku diskang merujuk kepada stail rambut atau seluar zaman muda mudi tahun 80an dengan rambut terjulur hasil solekan sekati gel rambut. Lama sungguh rasanya zaman tu dulu. Aku selalu gelak bila nampak dalam Bas KL-Klang No 63 atao Bas Sri Jaya No 338.

' I am not sure too la Abang. Your hair style sure looks like one to me, hehehehe', jawab aku.

Tuesday, April 12, 2011

GREAT RELIEF

Ibu cerita dengan aku.

'Faim tanya. "Ibu, when they cut your tummy, did it hurt?"
" When did they cut my tummy, Faim? Who did?"
"Well, the doctors when they want to take me out."'.

Ibu kata soalan Faim buat Ibu termenung sekejap sebelum menjawab.

" Yes, it was painful, Faim."
"Oh no. I don't want any doctor to cut my tummy"
Ibu tersenyum. "Boy won't have baby in their tummy"
"Oh, ever?. That's good. What a relief"'.

Aku hanya tersengeh sedikit membayang situasi semasa dialog Ibu dan Faim. AKu dapat merasa muka Faim berkerut memikir doktor potong perut manusia. Hari tu masa dentist nak cuci gigi dia pon dia dah menangis air mata berbesen-besen.

Wednesday, March 09, 2011

7 TAHUN

Setahun lagi sudah berlalu bermaksud kini aku sudah menulis selama 7 tahun. Aku masih mencuba menulis secara tetap tentang anak-anak dan kehidupan mereka. Dari dahulu sewaktu mula menulis hingga sekarang, aku tetap seronok mengikuti telatah mereka dan cuba mencatitkan diruang ini supaya aku tidak terlupa di masa yang lain. Aku bukan sahaja mencatit gelagat, tutur kata, pemikiran dan sikap yang semakin berubah apabila mereka semakin dewasa tetapi juga yang masih kekal walau apa jua yang berubah di sekitaran mereka.

Abang sudah aku anggap anak remaja yang semakin dewasa. Pemikiran dan tingkah lakunya semakin matang. Pertuturannya semakin dewasa dan melihat Abang aku merasa seperti seorang petani yang tidak bergantung kepada hujan untuk menyirami ladang yang sedang tumbuh. Setahun yang lalu aku dan Ibu khuatir yang Abang sedang melalui masa yang sukar untuk mengadaptasi  dengan  pendewasaan dirinya. Setiap pagi atau petang, aku dan Ibu tidak melepas peluang untuk bertukar pandangan dan berusaha memahami perubahan pada diri Abang, anak sulong kami. Alhamdulilah, Abang tidak pergi jauh, dan Abang yang kami kenali menunjuk sosoknya kembali kepada kami. Kami bersyukur  Abang  dapat menempuh sungai remaja yang deras dan masih menghulur tangan kepada kami yang menunggu di tebing seberang. Aku tambah bersyukur yang Abang nampak sedia bersama kami menghulur tangan kalau ada yang akan mengikut jejaknya di masa hadapan.

Adik pula semakin membesar dan akan mencecah jiwa remaja dalam sedikit hari lagi. Adik sudah melebihi ketinggian aku. Ibu kata suaranya sudah sekuat aku kalau dia menjerit atau memanggil. Anak bujang kedua aku ini, walau lebih manja perwatakannya namun sudah mula menunjukan personalitinya sendiri. Kebelakang ini aktif sudah mula aktif bersukan. Basketball, badminton, berenang, lumba lari.. semua ingin dicubanya. Walaupun tidak secekap Abang, dia masih terus giat melibatkan diri. Aku juga lihat dia sudah mula pandai menjeling-jeling kepada anak gadis orang lain. Mungkin yang ini cabaran dari Adik untuk aku dan Ibu. Oh, ya.. Adik sudah mula menulis pula(tapi masih tidak suka membaca). Dalam sebulan dua ini, aku lihat dia rajin menulis di dalam buku serupa diari. Sesekali dia bertanya aku benda benda teknikal, jenis pesawat pejuang, senjata api dan sebagainya. Minat dia kepada benda-benda ajaib dan misteri masih ada. Jadi aku takut untuk membaca apa yang dia tulis. Alhamdulilah, dia tidak benarkan kami membaca apa yang dia tulis tersebut.

Akhir sekali, Baby Faim akan berusi tujuh tahun pada tahun ini dalam beberapa bulan lagi. Seusia penulisan aku disini. Walaupun sudah besar, kami masih meyayangi dia sebagai Baby yang kecil, yang sentiasa aku peluk dan cium. Sehinggalah dia melarang aku, malah memarahi aku kalau aku cuba begitu kepada dia. Tetapi kemanjaannya masih ada. Kuat menonton TV tapi konsisten dengan persekolahan. Bila waktu petang atau sedikit senja, dia akan datang kepada Ibu minta masa untuk bersama membaca buku. Dan dia sudah mula boleh membaca ayat-ayat mudah pada buku kanak-kanak yang dibawa dari perpustakaan sekolah. Aku mengucap syukur.

Jadi, setahun lagi berlalu dalam kehidupan kami. Tujuh tahun sudah aku menulis. Banyak yang aku syukuri dan berterima kasih. Dan aku tunjukkan kesyukuran aku kepada anak-anak dengan aku menyebutnya satu persatu dalam doa bila ketika kami berkesempatan berMaghrib bersama. Selagi Allah masih memberi berpeluang ini.

Friday, February 18, 2011

BE SPORTING

Antara Abang dengan Adik, aku anggap Abang lebih ahli dalam bidang sukan. Begitu juga kalau aku cuba banding Adik dengan Faim. Pada aku Faim lebih pandai bersukan dari Adik. Aku tak tau kenapa tetapi mungkin sebab pada anggapan aku Adik ni lebih manja dari Abang dan Adik dia dengan kami.

Bila Adik beritau yang dia ingin menyertai lebih banyak aktiviti sukan di sekolah, aku hanya mengiyakan nya aja, sebab aku anggap itu satu lagi cita-cita tinggi melangit Adik yang mana minatnya akan hilang dalam sekejap masa sahaja kerana dia mudah jemu. Apatah lagi dua bulan kemudian dia beritau yang dia tak dapat menyertai pasukan volleyball sekolah kerana dia terlupa hadir sesi pemilihan. Ini menguatkan telahan aku yang dia tidak begitu serius.

Tapi sekarang, Adik merupakan anggota pasukan bolakeranjang sekolah dia. Adik nampak begitu dedikasi sekali. Tidak sekalipun aku mendengar rungutan dari Adik walaupun dia harus selalu hadir lebih awal atau balik lambat dari sekolah kerana perlu berlatih.Tak ada pulak komen-komen negatifnya yang aku selalu dengar bila dia menolak atau gagal membuat sesuatu. Pasukan bolakeranjang sekolahnya yang baru ditubuh, telah kalah 4 atau 5 kali pada musim ini, namum Adik masih setia untuk terus berjuang. Tidak ada luahan rasa Adik seperti ingin menarik diri atau menyalahkan sesiapa.

Setiap Rabu, Adik akan bertanya aku kalau aku boleh menghantar dia ke tempat perlawanan akan berlangsung. Dan setiap kali aku akan berkata bahawa itu waktu kerja dan aku mungkin tidak dapat membantu. Adik dengan tenang menjawab, ' OK, my coach can send us '.

Semalam, aku bercakap dengan Adik.
 ' You had a game today? How was it?', tanya aku.
'Oh, we lost by by one point', Adik jawab selamba.
' What happened', aku cuba menunjuk minat.
'I was about to shoot the basket and somebody fouled me. We didn't get a free throw for that', Adik jelaskan sedikit.
'Oh, I see. At least the score was very close, unlike your previous losses', aku menambah untuk menyedapkan hati dia.

Tapi, Adik tak kesah sangat pon. Dia selamba sahaja dan memaklumkan aku minggu depan dia akan ada perlawanan lagi, kali ini di sekolah dia sendiri. Untuk memberi semangat, aku kata aku cuba meluang masa minggu depan untuk perlawanan itu.
Adik mendongak dan bersuara, ' What when I need a ride, you cant make it. Now, we are playing at school you can?'.
Aku tersengeh sedikit, ' 'I want to watch your game la Adik. To see how you play'. Pendek aja aku cuba jelaskan.
'Oh, OK Ayah', jawab Adik.

Aku cuba fahami Adik. Kalau begini Adik adalah seorang 'team player' yang bagus. Kalah menang tidak menjadi penghalang, dia akan terus memberi yang terbaik. Tidak seperti abang yang sentiasa menceritakan kehandalan dia mengelicik atau menanduk bola selepas setiap perlawanan. Adik tidak pernah cuba untuk mengagung-agungkan dirinya bila bercerita tentang permainannya yang telah berlangsung. 'Bagus karekter ni', fikir aku.

Mungkin aku boleh cuba alihkan minat dia kepada bolasepak bila di Cheras nanti.

Saturday, February 12, 2011

THE HOUR OF THE WOLVES

"The Hour of the Wolf is the hour between night and dawn. It is the hour when most people die, when sleep is deepest, when nightmares are most real. It is the hour when the sleepless are haunted by their deepest fear, when ghosts and demons are most powerful. The Hour of the Wolf is also the hour when most children are born."

Tuesday, February 08, 2011

WHAT WOULD SHE SAY

Faim dan Naim berjalan disamping aku. Sesekali mereka berhenti untuk meneliti sesuatu dengan lebih dekat. Aku mengikuti gerakan mereka sambil menolak troli dan sesekali membelek kertas ditangan.

'Ayah, can we get AERO?', tanya Faim sambil memegang coklat kegemarannya.
'Sure, pack it in', jawab aku sambil membiarkan mereka memasukkan barang tersebut ke dalam troli.

'Ayah, we need two apple juice. SUNRYPE', kata Adik pula.
'OK', jawab aku sambil mencoret senarai yang tercatat di kertas.
'What about my mango tangerine?', tanya Faim pula.
'Take it', jawab aku, mencoret lagi.

Sampai di laluan lain, Faim menjerit lagi,' Oooo Pringles, I want one'.
'Me too. Sour cream', sahut Naim pula.
'OK, I take the red one for myself', tokok pula Faim sambil tersenyum girang memenuhkan troli. Kami terus berjalan.

Akhirnya setelah memilih telur dua dozen, susu 2 liter, dua carton Mango juice Oasis dan roti putih, kami pon menghampiri kaunter membayar.
'Oh, Ayah. Can we go back to the toy section', pinta Faim.
'No Faim. We are not buying toys here. We only get groceries',  aku melarang.
'Hooo.. please Ayah. Or can we get these gums? I like them', Adik pula menambah.
'Yea Ayah; please... please.. please...', suara Faim pula muncul. Macam koir pulak.
'I don't think Ibu like you chewing gums', balas aku ringkas.
'How would she know ha Ayah?', tanya Adik.

Aku pandang muka Faim dan Naim.
'Well, I keep the receipts for her. She will see what we buy when she got back', jawab aku sambil mengerling Makcik di depan. Persis Angelina Jolie.
'Oh really?', Adik seperti tersentak. Kedua Faim dan Naim saling pandang memandang. Aku hanya mengganguk.

'Faim, you go put back one Pringles. I return the AERO. And I think we just keep one Mango Tangerine and one Apple Juice.Right Ayah?', Adik memberi arahan sambil cuba mendapat persetujuan aku.
'It's up to you. It doesn't bother me', jawab aku tersenyum.

Tuesday, February 01, 2011

MY BABY BE MINE

Aku cuba temankan Faim tidur malam tadi. Aku baring sebelah dia dan tepuk-tepuk belakang dia supaya mudah tidur. Lampu sudah aku tutup dan Naim sudah aku suruh diam di katil sebelah supaya tidak menggangu Faim yang cuba hendak lena.

'Ayah, I don't think I can sleep. It is so hard', kata Faim kepada aku.
'Why Faim? Is it so hot?', tanya aku. Heater rumah aku ni pelik sikit. Tak semena-mena dia jadi panas sangat. Tapi kalau kita turunkan sikit, cepat sangat pulak dia turun jadi sejuk dan anak-anak akan mengigil kesejukan apabila tiba pukul 2 atau 3 pagi. 'No, Ayah. I don't know. Maybe it is because the bed is crowded. Can you sleep in your own bed?', tanya Faim sangat diplomatik.
'OK, I go to my room,. You sure you will be OK, right?', aku akur dan bangun berjalan ke bilik.

Di bilik, aku baring sendirian dalam kegelapan mengelamun dan cuba untuk melelapkan mata. Susah juga aku nak tidur sebab tadi selepas Isya aku ada terlelap lebih kurang 20 minit. Ini yang susah sedikit. Lagipun aku terasa seperti ada kekurangan atau tidak kena pula.

Dalam aku hampir terlelap, aku terasa Faim masuk ke bilik dan berdiri di tepi katil.
'Ayah, I still can't sleep. Can I sleep with you here?', dia bertanya dengan suara lemah.
'Of course. Come, hop in. You sleep on Ibu's side, OK', aku menjemput Faim naik. Kali ini aku tidak menepuk dia lagi tetapi membiarkan dia cuba untuk tidur sendiri. Selang dua tiga minit Faim berpusing dan bertanya,' Did you mail my letter to Ibu, Ayah?'.
'Yes', jawab aku pendek.
'When will she be home?', tanya Faim lagi.
'After Nenek is OK. Three weeks time', jawab aku dengan mata tertutup.
OK', jawab Faim.

Saturday, January 22, 2011