Antara Abang dengan Adik, aku anggap Abang lebih ahli dalam bidang sukan. Begitu juga kalau aku cuba banding Adik dengan Faim. Pada aku Faim lebih pandai bersukan dari Adik. Aku tak tau kenapa tetapi mungkin sebab pada anggapan aku Adik ni lebih manja dari Abang dan Adik dia dengan kami.
Bila Adik beritau yang dia ingin menyertai lebih banyak aktiviti sukan di sekolah, aku hanya mengiyakan nya aja, sebab aku anggap itu satu lagi cita-cita tinggi melangit Adik yang mana minatnya akan hilang dalam sekejap masa sahaja kerana dia mudah jemu. Apatah lagi dua bulan kemudian dia beritau yang dia tak dapat menyertai pasukan volleyball sekolah kerana dia terlupa hadir sesi pemilihan. Ini menguatkan telahan aku yang dia tidak begitu serius.
Tapi sekarang, Adik merupakan anggota pasukan bolakeranjang sekolah dia. Adik nampak begitu dedikasi sekali. Tidak sekalipun aku mendengar rungutan dari Adik walaupun dia harus selalu hadir lebih awal atau balik lambat dari sekolah kerana perlu berlatih.Tak ada pulak komen-komen negatifnya yang aku selalu dengar bila dia menolak atau gagal membuat sesuatu. Pasukan bolakeranjang sekolahnya yang baru ditubuh, telah kalah 4 atau 5 kali pada musim ini, namum Adik masih setia untuk terus berjuang. Tidak ada luahan rasa Adik seperti ingin menarik diri atau menyalahkan sesiapa.
Setiap Rabu, Adik akan bertanya aku kalau aku boleh menghantar dia ke tempat perlawanan akan berlangsung. Dan setiap kali aku akan berkata bahawa itu waktu kerja dan aku mungkin tidak dapat membantu. Adik dengan tenang menjawab, ' OK, my coach can send us '.
Semalam, aku bercakap dengan Adik.
' You had a game today? How was it?', tanya aku.
'Oh, we lost by by one point', Adik jawab selamba.
' What happened', aku cuba menunjuk minat.
'I was about to shoot the basket and somebody fouled me. We didn't get a free throw for that', Adik jelaskan sedikit.
'Oh, I see. At least the score was very close, unlike your previous losses', aku menambah untuk menyedapkan hati dia.
Tapi, Adik tak kesah sangat pon. Dia selamba sahaja dan memaklumkan aku minggu depan dia akan ada perlawanan lagi, kali ini di sekolah dia sendiri. Untuk memberi semangat, aku kata aku cuba meluang masa minggu depan untuk perlawanan itu.
Adik mendongak dan bersuara, ' What when I need a ride, you cant make it. Now, we are playing at school you can?'.
Aku tersengeh sedikit, ' 'I want to watch your game la Adik. To see how you play'. Pendek aja aku cuba jelaskan.
'Oh, OK Ayah', jawab Adik.
Aku cuba fahami Adik. Kalau begini Adik adalah seorang 'team player' yang bagus. Kalah menang tidak menjadi penghalang, dia akan terus memberi yang terbaik. Tidak seperti abang yang sentiasa menceritakan kehandalan dia mengelicik atau menanduk bola selepas setiap perlawanan. Adik tidak pernah cuba untuk mengagung-agungkan dirinya bila bercerita tentang permainannya yang telah berlangsung. 'Bagus karekter ni', fikir aku.
Mungkin aku boleh cuba alihkan minat dia kepada bolasepak bila di Cheras nanti.
Instagram
6 years ago
4 comments:
salam ayah,
welcome back to Malaysia :)
wasalam
owh ayah dah kembali ke malaysia? same wif me..cant stop eating...heaven! owh bagus la adik..sentiasa berfikiran positif..kalah menang adat bertanding...yg penting semangat kesukanan...
belum lagi...
Post a Comment