selingan - BANGUN TIDOR
Aku bangun tidor nak mandi. Sebelum tu masuk bilik anak ku.
Zaim sedang lenyak tidor. Di tepi kiri dia ada mainan kereta Hotwheel. Mungkin terlepas dari tangan dia sewaktu lena.
Terlintas di kepala bahawa anak aku masih lagi kecil dan masih lagi kanak-kanak. Tengok mukanya tenang dan aman. Tahukah dia hari ni menjanjikan lebih banyak persoalan baru yang lebih merungsingkan.
Aku kutip mainan dan genggamkan di tangan Zaim.
"Biarlah dia melalui zamannya dengan ketenangan dan kebahagiaan yang dia layak", kata hati ku.
Aku berlalu ke toilet selepas mencapai tuala mandi
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment