Selingan - TELEFON
Zaim telefon aku kat opis tadi dari rumah.
"Just to check on how you are in the office Ayah. Are you ok, do you need anything from us here?", nyaring suara dia kat telefon tu.
"I am fine. Is there anything important you want to tell me?" jawab aku sambil mencoret draf depan mata.
"Nope, like I said, just to see how you are. Ok bye!" cepat dia meletak telefon sebelum sempat aku berkata apa-apa lagi.
Aku termenung sejenak. Apa kena anak aku ni.
Kemudian, pelan-pelan aku angkat balik telefon dan dail satu nombor yang aku dah lama tak dail.
Sebaik saja telefon yang dituju diangkat, aku terus berucap, " Hello!, hah .. saya sini. Bak, apa kabar? Sehat ke? Bagusla...ya...Hujung bulan ni mungkin kalau saya free saya balik Johor .. ya ya cucu Bak sekali, ok. Keluarga semua sehat ke? Kemsalam pada semua!"
"Takda, tak ada apa apa, saja nak tau Bak macam mana? Sehat ke apa ke, itu sahaja. Ok, Assalamualaikum".
Aku letak telefon.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment