My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, August 10, 2004

selingan - Mencari Arah ( Work in Progress )

Dengan fikiran kusut dan berkecamuk aku terus melangkah jauh. Nun dibelakang aku masih dapat mendengar kebisingan dari Pit Stop di seberang jalan.

Angin sejuk kutub utara bertiup kencang. Anehnya aku tidak berasa dingin langsung. Malah aku berasa badan aku semakin panas. Aku buka zip baju tebalku. Uwekkk ... tetiba aku muntah lagi. Habis keluar semua yang aku makan dan minum tadi di Pit Stop dengan Zach tadi.

Tapi kepala aku masih terasa berat. Aku rasa seolah-olah semua masalah di dunia ni terletak di atas kepala aku. Aku punya masalah dengan sekolah, masalah dengan kawan-kawan. Masalah dengan kematian. Masalah yang kecil dan besar. Semuanya menghimpit-himpit. Mendesak-desak dan menghentak-hentak. Aku tak tahan semua itu. Tapi aku tak tahu macam mana nak rentikan semua itu.

Entah macam mana kaki aku tersandung batu dan aku tergolek jatuh. Tersembam muka aku di atas tanah yang keras, basah dan dingin tersebut. Aku dapat rasakan darah panas mengalir dari luka di dahiku. Aku batuk dan muntah lagi. Aku cuba bangun dua tiga kali tapi entah apa yang memberatkan badan aku. Aku masih terbaring. Akhirnya aku mengalah dan terus terbaring meniarap. Bau busuk muntahku menusuk hidung. Sejenak aku terbaring diam.

Kemudian entah kenapa dengan perasan geram, aku menjerit, ' Is anybody out there? Help me. I can't get up. Help me!' Suara aku mengema dalam kedinginan malam. Aku tak rasa ada sesiapa pon malam-malam buta begini. Jadi aku terus berbaring kembali.

Kemudian dari arah belakang, tiba-tiba angin sejuk bertiup masuk keseluruh rongga-rongga pakaian aku menyentuh semua tubuhku yang terdedah. Sungguhpun sejuk tapi amat menyegarkan badan aku yang sangat panas. Kepala aku terpandang ke kanan. Jauh didepan aku nampak sayup kilauan jalaran ais di sungai Grand River yang membeku. Dihujungnya di Jambatan yang selalu aku lalui, aku nampak satu cahaya yang cantik dan memikat. Putih bergemerlapan. Lama aku amati cahaya tersebut. Kelihatannya seperti melambai mengajak aku. Perlahan aku bangun.

Aku rasa seperti segalanya akan berakhir di situ. It will end there. One way or the other, aku akan akhirinya di situ. Dengan langkah yang berat dan terhoyong-hayang aku melangkah ke arah penamat tersebut.
Selingan - Mencari Siapa ( Work in Progress )

Kali ini kami bertengkar hebat.

'Why do you care? Why are you so meddlesome. Just leave me alone. I can get by on my own now ' jerit aku sambil memaling muka. Aku tak tahan dengan sikap dia yang asyik nak mengambil tahu hal-hal aku. Bertanya itu dan ini. Aku rimas.

' Come on, I am just here to help. To ensure you are ok and to help when you are not. I am not charging anything. Mrs Ainsworth told me about last week. I just wanna see if you are ok', lembut sahaja dia jawab.

Aku masih belum hilang geram aku, ' what makes you think I need you. You, Ainsworth, Zach and every goddamn else? What don't you people just leave me be ' aku teruskan jeritan aku sambil memandang tajam ke mukanya. Kalau dia lelaki dah lama aku melayangkan tangan dan kaki ku.

Dia diam sebentar. Mungkin memikirkan sesuatu.

Tetiba aja dia bingkas bangun dan menuding jari ke muka aku. ' Look.. I am not doing this for charity OK, This thing that I do is part of my course. I am not into this for money or my own health. All I am doing here is to help you. You can just go to hell and everything. But the fact is..'

Aku pintas,' The fact is ... why can't you just leave me alone'. Bentak aku.

'because I couldn't not .... ' suara dia berhenti di situ. Dia tunduk.

Dengan geram aku melontarkan suara sambil menoleh kepadanya,' Why the hell cant .... you'. Suara aku pula tetiba menurun apabila aku lihat kepalanya tertunduk-tunduk ke bawah. Badannya seakan-akan mengigil menahan sesuatu. Tetiba dia mendongakkan muka. Aku terlihat genangan airmata dikelopak mata dia.

Tetiba aja dia nampak sangat fragile. Aku serba salah. Fikiran aku kusut kembali.

Sekejap kemudian aku bersuara perlahan 'Look, I gotta leave this place. I am meeting Zach at Pit Stop. Ok. I can't handle any of these now. Talk to you some other time'. Aku terus melangkah keluar dengan kepala yang kusut dan berkecamuk.




Selingan - Mencari Engkau ( work in Progress )

Muntah aku dah berkurangan. Sudah tiga minggu aku dikeluarkan dari hospital. Aku sudah mula ke sekolah semula. Tapi aku masih belum dapat tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Kalau aku merenung sekejap ke depan, sebentar lagi fikiran aku mula menerawang kepada kejadian yang berlaku.

Aku tak tau macamana yang aku hanya mendapat luka yang paling minima. Aku rasa adalah lebih berpatutan kalau aku bertukar tempat. Aku yang bertanggung jawab. Aku yang menyebabkan semuanya. Bukan mereka. Aku. Aku yang menjahanamkan semuanya.

Aku belum berani nak pergi ke makam mereka. Aku tak tau apa yang terjadi. Rasanya lebih dahsyat nanti gangguannya kepada aku. Aku dinasihat untuk tidak ke sana. Pihak hospital meminta aku berehat dahulu sampai luka aku sembuh, fizikal dan saikologikal. Depa juga memperkenalkan aku kepada seorang pelajar lain yang bertugas secara sukarela untuk post-trauma situation macam yang aku alami. Mereka tak berapa risau pasal luka-luka yang dapat dilihat.

' She's like an Angel who will watch over you. Talk to her when you feel things are not going right. To help you, you need to help her too' begitu kata Doktor yang merawat aku. 'Anyway, she should be able to help as she's from your country'. Aku hanya berdiam. Dalam hatiku berkata ada bidadari untuk menjaga aku. Aku sepatutnya di neraka dan dijaga oleh Iblis bukan bidadari. Namun demikian bidadari aku sentiasa juga bertanya khabar aku walaupun aku tak berapa nak melayan.

Zach ada berjumpa aku sekali dua. Kadang dia dengan Kate, kadang dia seorang. Tapi aku nampak Zach macam tak seperti dulu. Pergaulannya nampak plastik. Aku tak faham mengapa. Tapi aku rasa Zach masih nak menilai aku. Zach pernah kata dia pon merasa bersalah atas apa yang terjadi dan aku tak perlu memikul semua tanggungjawab atas apa yang berlaku. Tapi aku sergah dia dan kata semuanya adalah atas bahu aku dan aku akan memikulnya sendiri. I deal with it myself. My own way. I have so many ways nak deal dengan benda ini.

Atas pendirian aku yang sebegitu, aku rasa Zach jarang mengunjungi aku. Kalau ada pon sekali sekala dan selalunya kami akan berakhir dengan pertengkaran.

Monday, August 09, 2004

HOLD HANDS

Alzaim Sabtu lepas jalan-jalan dengan Ayah, Ibu dan Adik. Baby Faim ikut tapi dia tidak berjalan. Dia ikut mana Ibu pergi.

Ibu susah nak jalan cecepat dan kadang-kadang tak seimbang.

Melihat keadaan itu, aku bisik dengan Zaim. ' Why don't you go and walk next to Ibu. Hold her hand so that she won't fall'. Aku suka Zaim do something with some sort of responsibility. Dia anak sulung, jadi dia mestilah mengambil lebih tanggung jawab.

Zaim tenung muka aku dan menjawab,' Nor can do Ayah. She is your wife. You take care of her'.

Aku pandang Zaim balik. Lepas tu kami semua jalan perlahan-lahan, bersama-sama.

Thursday, August 05, 2004

Selingan - Mencari Cari (Work in progress)

'Where the hell are we going, Zach?', tanya ku sambil berjalan secepat untuk selari dengan dia yang dah jauh kedepan. Salji turun perlahan-lahan tapi dah menebal atas tanah. Jalan tampak kotor dan licin.

'There's a big time party at Holden. Pete and Cindy will be there. They said they got something important to announce. They want us there. Now will you hurry up!', kata Zach sambil menyuruh aku maju ke depan dengan tangannya.

'Ok, but I got an exam tomorrow you know. I got a major crashing to do with the books. I haven't started anything. Hey, Zach, could you help me out. At least for the night. '

'Here take some of these. But be careful Mord. Don't gobble em all at once'. Zach bagi pada aku sambil menasihat.

'Thanks man'.

Akhirnya kami sampai di Holden Hall. Memang parti tu sangat meriah. Banyak makan dan minuman. Pete dan Cindy maklumkan kepada aku dan Zach bahawa mereka dah bertunang dan akan berkahwin pada cuti summer tahun depan. Aku dengan Zach gembira sangat. Kami berbual, berjoget , makan, minum sampai lewat pagi. Aku lupa waktu dan entah apa benda lagi kami buat.
Aku, Zach, Pete dan Cindy kenal semenjak aku sampai ke sini. Depalah yang banyak membantu aku dan mengenalkan aku dengan dunia yang lain di sini. Macam-macam yang kami buat bersama, yang siuman dan tidak siuman. Aku paling ingat waktu kami empat orang masuk ke kolong bawah menakutkan bebudak junior main dungeon and dragons masa Halloween tahun sebelumnya. Mencecet bebudak tu kami baling dengan dakwat merah di baju dan muka. Yang parah lagi lepas tu kami kena tahan dalam lokap semalaman sebab kami kena tangkap oleh Security sekolah. Menggangu ketenteraman awam katanya. Public order.
Selesai parti kami berjumpa di luar.

' Pete, Cindy, I am very happy for you guys. I wish you all the best. ' aku betul-betul choked dengan emotions.
'Come on little man, we'll be just the same, make sure you make it to the wedding, ok' jawab Pete sambil mengingat.
'He'll be there. Pete. We will be there' sahut Zach.
'You better be, Mord' sampuk Cindy.
Kami berempat ketawa mengilai-ngilai. Lama dah kami tidak segembira ini.
' Hey guys, tell you what! To show how happy I am, let me drive you guys home. I can take the bus home from your place. Come on' tak semena-mena datang pulak idea aku.
' Hey, man. Look at yourself. You can't even walk straight and you want to drive?' kata Pete sambil ketawa.
'And you can?' soal aku balik. Sebenarnya takda sorang pon antara kami yang boleh berjalan lurus. ' Come on guys' rayu aku.
'Ok, ok. Come on Zach' akhirnya Pete mengalah sambil menyerah kunci kepada aku.
'Nah, you guys go ahead. I gotta wait for Kate. Take care man, it's cold and slippery. See you guys' Zach minta diri dan masuk balik ke dalam.
Dan itu sahajalah yang aku ingat lepas tu. Ingatan aku lepas tu gelap seolah-olah terpadam oleh sesuatu, sengaja atau tidak. Zach kata aku sedar tiga hari kemudian. Dia tak tau nak buat apa. Siapa nak dikasitahu pon dia tak tahu. Dia kata aku bangun terus muntah-muntah.
Baru dua hari kemudian baru Zach kasitau jawapan kepada soalan yang melekat di kepala aku semenjak aku sedar. Pete dan Cindy dah tiada. Termasuk juga seorang lagi manusia yang belum di tiup roh yang menumpang dalam tubuh Cindy.
Aku jadi tak tentu hala. Aku muntah lagi.

Selingan - Mencari Dia ( work in progress )
'Hey Mord!, where the hell are you going man!', aku dengar suara Zach memanggil dari belakang dalam suasana hingar-bingar musik pecah kepala dari kumpulan punk yang berwarna-warni.
'Fresh air', aku separuh menjawab dan menolak daun pintu Pit Stop. Angin Sejuk dari kawasan Great Lakes menyapa muka aku. Sebenarnya aku dah tak tahan dalam tu. Lagipun badan aku rasa semakin tidak nyaman. Perut aku rasa kembung dan seluruh kepala aku rasa sangat panas dan berpusing-pusing.
'I'll be in here, Man. You know you shouldnt be out there alone after here. Let it wear off first', Zach menepuk bahu ku. 'Kate, talk to him'.
Aku brush aside tangan dia dan berjalan terus.
'Why don't we go back to my place. It's warmer there. You know that', suara Kate pula memujuk aku. 'Thanks Kate but I rather be by myself' jawab aku. Kate is nice tapi aku rasa penat lah dengan dia.
Aku terus berjalan melintas Grand River Avenue masuk ke kawasan sekolah. Sebuah Trans Am merah nyaris nak melanggar aku kalau tidak kerana hon nya yang nyaring memekakkan telinga. Terjelepuk aku sekejap. Nasib baik air yang aku pegang tak tumpah.
Aku teringat sakit kepala aku. Aku ambik ubat dari kocek dan minum dari botol yang aku pegang. Aku buang botol yang kosong ke dalam semak berhampiran sebaik sahaja sebuah kereta peronda melintas depan mataku.
Aku bangun. Seberang sana depan State Stores ada orang menyanyi Carol. Aku sebak sebab serta merta aku teringat lagi kepada Pete dan Cindy. Dua sahabat baik aku. Were sahabat baik ku. Musim begini aku sering teringat mereka dan aku jadi semakin tidak tenteram.
Aku melihat sekeliling. Kepala aku dah lega sedikit. Mana aku nak pergi ni.
Where the hell am I going?

Wednesday, August 04, 2004

Selingan - Mencari Sesuatu ( work in Progress )
Aku rasa macam tak nak keluarkan suara aku. Aku cuma angguk kepala walaupun mata aku memandang ke lain. Aku bosan nak mendengar.
Mrs Ainsworth masih lagi membebel,'do you understand the difficult position you put me in. You have to raise your grade or the Department might have to flunk you out of this course. I dont know what happened to you. Its like you just changed into this.'
Berulang-ulang dia repeat ayat-ayat yang membosankan ini. Aku rasa ancaman macam ni sangat la tidak merungsingkan. Malah menyirap darah muda aku. Persetan la, kata ku dalam hati.
Akhirnya bila tahap kesabaran aku dah tak tertahan,' Are you done, cause i really think this is a waste of time. You don't have the slightest inkling of the real thing. I think I should just leave, Good bye'. Good riddance kata hati ku senyap. Aku bingkas bangun.
'I am not done with you', Mrs Ainsworth cepat bangun mengherdik aku sambil menuding jarinya ke batang hidungku.
Pantang aku orang menuding jari pada aku. ' Well I am done with you' kataku sambil berpusing untuk berjalan keluar.
Mrs Ainsworth tak habis lagi. Sambil aku melangkah aku dengar dia melaung,' You gonna get it young man. You will regret walking out of here'.
Dimuka pintu aku toleh dan menjawab ' I ve already regretted coming in, so long Maam'. Dengan bengangnya aku hempas pintu. Begegar seluruh pelusuk South Kedzie Hall.
Aku keluar dengan kepala bengang. Rasa macam nak lepas marah aku pada seseorang. Ish.. Baik aku cari Zach sebelum aku rosakkan sesuatu atau seseorang. Zach tau macamana nak reduce aku punya kemarahan. Dia ada caranya.
Zach, where the hell are you, man.