My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, August 05, 2004


Selingan - Mencari Dia ( work in progress )
'Hey Mord!, where the hell are you going man!', aku dengar suara Zach memanggil dari belakang dalam suasana hingar-bingar musik pecah kepala dari kumpulan punk yang berwarna-warni.
'Fresh air', aku separuh menjawab dan menolak daun pintu Pit Stop. Angin Sejuk dari kawasan Great Lakes menyapa muka aku. Sebenarnya aku dah tak tahan dalam tu. Lagipun badan aku rasa semakin tidak nyaman. Perut aku rasa kembung dan seluruh kepala aku rasa sangat panas dan berpusing-pusing.
'I'll be in here, Man. You know you shouldnt be out there alone after here. Let it wear off first', Zach menepuk bahu ku. 'Kate, talk to him'.
Aku brush aside tangan dia dan berjalan terus.
'Why don't we go back to my place. It's warmer there. You know that', suara Kate pula memujuk aku. 'Thanks Kate but I rather be by myself' jawab aku. Kate is nice tapi aku rasa penat lah dengan dia.
Aku terus berjalan melintas Grand River Avenue masuk ke kawasan sekolah. Sebuah Trans Am merah nyaris nak melanggar aku kalau tidak kerana hon nya yang nyaring memekakkan telinga. Terjelepuk aku sekejap. Nasib baik air yang aku pegang tak tumpah.
Aku teringat sakit kepala aku. Aku ambik ubat dari kocek dan minum dari botol yang aku pegang. Aku buang botol yang kosong ke dalam semak berhampiran sebaik sahaja sebuah kereta peronda melintas depan mataku.
Aku bangun. Seberang sana depan State Stores ada orang menyanyi Carol. Aku sebak sebab serta merta aku teringat lagi kepada Pete dan Cindy. Dua sahabat baik aku. Were sahabat baik ku. Musim begini aku sering teringat mereka dan aku jadi semakin tidak tenteram.
Aku melihat sekeliling. Kepala aku dah lega sedikit. Mana aku nak pergi ni.
Where the hell am I going?

No comments:

Post a Comment