My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, August 05, 2004

Selingan - Mencari Cari (Work in progress)

'Where the hell are we going, Zach?', tanya ku sambil berjalan secepat untuk selari dengan dia yang dah jauh kedepan. Salji turun perlahan-lahan tapi dah menebal atas tanah. Jalan tampak kotor dan licin.

'There's a big time party at Holden. Pete and Cindy will be there. They said they got something important to announce. They want us there. Now will you hurry up!', kata Zach sambil menyuruh aku maju ke depan dengan tangannya.

'Ok, but I got an exam tomorrow you know. I got a major crashing to do with the books. I haven't started anything. Hey, Zach, could you help me out. At least for the night. '

'Here take some of these. But be careful Mord. Don't gobble em all at once'. Zach bagi pada aku sambil menasihat.

'Thanks man'.

Akhirnya kami sampai di Holden Hall. Memang parti tu sangat meriah. Banyak makan dan minuman. Pete dan Cindy maklumkan kepada aku dan Zach bahawa mereka dah bertunang dan akan berkahwin pada cuti summer tahun depan. Aku dengan Zach gembira sangat. Kami berbual, berjoget , makan, minum sampai lewat pagi. Aku lupa waktu dan entah apa benda lagi kami buat.
Aku, Zach, Pete dan Cindy kenal semenjak aku sampai ke sini. Depalah yang banyak membantu aku dan mengenalkan aku dengan dunia yang lain di sini. Macam-macam yang kami buat bersama, yang siuman dan tidak siuman. Aku paling ingat waktu kami empat orang masuk ke kolong bawah menakutkan bebudak junior main dungeon and dragons masa Halloween tahun sebelumnya. Mencecet bebudak tu kami baling dengan dakwat merah di baju dan muka. Yang parah lagi lepas tu kami kena tahan dalam lokap semalaman sebab kami kena tangkap oleh Security sekolah. Menggangu ketenteraman awam katanya. Public order.
Selesai parti kami berjumpa di luar.

' Pete, Cindy, I am very happy for you guys. I wish you all the best. ' aku betul-betul choked dengan emotions.
'Come on little man, we'll be just the same, make sure you make it to the wedding, ok' jawab Pete sambil mengingat.
'He'll be there. Pete. We will be there' sahut Zach.
'You better be, Mord' sampuk Cindy.
Kami berempat ketawa mengilai-ngilai. Lama dah kami tidak segembira ini.
' Hey guys, tell you what! To show how happy I am, let me drive you guys home. I can take the bus home from your place. Come on' tak semena-mena datang pulak idea aku.
' Hey, man. Look at yourself. You can't even walk straight and you want to drive?' kata Pete sambil ketawa.
'And you can?' soal aku balik. Sebenarnya takda sorang pon antara kami yang boleh berjalan lurus. ' Come on guys' rayu aku.
'Ok, ok. Come on Zach' akhirnya Pete mengalah sambil menyerah kunci kepada aku.
'Nah, you guys go ahead. I gotta wait for Kate. Take care man, it's cold and slippery. See you guys' Zach minta diri dan masuk balik ke dalam.
Dan itu sahajalah yang aku ingat lepas tu. Ingatan aku lepas tu gelap seolah-olah terpadam oleh sesuatu, sengaja atau tidak. Zach kata aku sedar tiga hari kemudian. Dia tak tau nak buat apa. Siapa nak dikasitahu pon dia tak tahu. Dia kata aku bangun terus muntah-muntah.
Baru dua hari kemudian baru Zach kasitau jawapan kepada soalan yang melekat di kepala aku semenjak aku sedar. Pete dan Cindy dah tiada. Termasuk juga seorang lagi manusia yang belum di tiup roh yang menumpang dalam tubuh Cindy.
Aku jadi tak tentu hala. Aku muntah lagi.

No comments:

Post a Comment