My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, May 24, 2005

KNOWING ADIK

Nenek minta aku teliti gambar-gambar lama Adik. Sebabnya Abang dan Baby Faim sudah ada scrap book masing-masing. Adik punya belum dibuat sebab dia membesar masa kami di luar negara. Jadi sehari suntuk semalam aku membelek gambar-gambar lama Adik untuk dibuat scrap book. Melihat gambar, lama aku terkenang.

Adik berbeza perangainya dari Abang. Malah kalau nak banding masa bayi, Adik pun berbeza dengan Baby Faim. Ada beberapa perkara yang buat aku pandang Adik begitu.

Adik degil dan keras hati sedikit. Bukan degil jahat tetapi aku rasa dia ada pendirian sendiri. Kalau dia memegang satu pendapat, dia akan terus begitu. Untuk mengubahnya kita perlu lebih berlembut. Dia berani memarahi siapa sahaja tak kira Atuk atau Nenek kalau sesuatu yang dibuat atau dikata, tak dikenan oleh dia.

Adik lebih lasak dan berani. Dia patah tangan dan luka di kening(dua kali). Dia tenggelam dalam kolam renang. Aku yang menarik dia keluar. Dia lebih kerap nak memanjat, melompat, berlari melulu dan meninggalkan kami ditengah kesibukan pusat membeli-belah yang penuh orang. Pernah Ibu nak turunkan dia dari kereta dan suruh balik rumah sendiri. Dia tunjukkan Ibu tempat dia nak diturunkan.

Adik suka tengok cerita Land Before Time. Entah sampai siri ke 5 atau 6 agaknya yang dia suruh aku beli. Aku tak berapa faham kenapa dia suka. Tapi aku rasa dia suka sebab ceritanya menggambarkan pengembaraan sekumpulan dinosaur kecil di persekitaran yang sukar. Mungkin dia suka keadaan begitu.

Dan dia memang suka berkawan. Dari semenjak dia sekolah kanak-kanak di Jakarta sampai sekarang dia suka sangat kalau dapat jumpa kawan-kawan dia. Cumanya sekarang dia lebih kawan perempuan. Ibu kata itu ikut perangai aku. Dia jenis fun boy. Kalau dia syok bercerita, dia akan bercerita tak henti-henti dan dicampur-aduk semua cerita jadik satu. Menengok ropa dia masa bercerita pon kadang aku dengan Ibu akan tertawa.

Tapi Adik juga sensitif dan mudah terasa. Kalau ada sesuatu yang tak kena pada perasaan dia, dia akan beritahu dan tunjukkan dengan facial expression dan kadang sampai menitis air mata. Dia pernah menangis kerana sepupu dia lebih suka bermain dengan Abang dan dia merasa tersisih.

Adik suka mengucapkan sayang kepada Ayah dan Ibu. Dia lebih kerap memberi kucupan mesra. Dan kalau aku tanya samada dia lebih sayang aku atau Ibu, dia akan sentiasa kata ' Both Ayah and Ibu'.... sentiasa!

No comments:

Post a Comment