My photo
Stories for my three heroes.

Friday, July 22, 2005

TAKE A NUMBER PLEASE

Aku sampai rumah dari kerja semalam dan disambut di muka pintu oleh Abang dan Adik. Dua-dua nampak berebut-rebut nak berkata sesuatu.

Abang buka mulut dulu,' Ayah, I want to tell you something, I was so cool you know ...' Tapi belum dia habis Adik dah mencelah,' Ayah, I want to ask you something first'. Abang nak marah, 'Adik! wait your turn, I want to tell Ayah something first'. 'No Abang! I want to talk to Ayah first'. Dan begitulah mereka bercakar mulut sambil aku memandang aja mereka dengan mata separuh penat.

Ibu nampak aku berdiri di luar dan terus bercakap,' Boys, at least let Ayah enter the house first'. Aku pandang ke Ibu dan mengucapkan terima kasih dengan mata aku. Abang dengan Adik tanpa mengubah rentak terus aja ke tepi memberi laluan.

'Let me take your bag, Ayah', kata Abang.
'Have you eaten Ayah!', kata pulak Adik.

'Thanks boys, but I just wanna go up, bathe and pray' kata aku. 'Mana Baby Faim?', tanya aku sambil pandang ke Ibu.

Serentak Ibu, Abang dan Adik menyahut,' He is sleeping upstairs and don't disturb him'. Aku hanya sengeh dan melangkah ke atas.

Kemudian selepas selesai semuanya baru aku panggil Abang dan Adik dan bertanya apa yang mereka mahu. Abang cuma mahu beritahu bahawa dia dah semakin baik dalam latihan dram dan mahu aku datang ke sesi latihan dia akan datang. Aku janji akan cuba. Adik kata sebenarnya tadi dia banyak nak tanya aku tapi dia dah lupa. Cumanya yang dia ingat ialah nak tanya samada dia boleh main komputer atau playstation. Aku kata tak buleh terus dia turun ke bawah dan menonton Codename Kids Next Door ke apa.

Aku pon turun dan baring sebelah dia sehingga terlelap.

No comments:

Post a Comment