Baby Faim dah terseronok dengan satu kebiasaan. Baby Faim sentiasa bangun awal. Dalam aku bersiap nak pergi kerja dia akan bangun dan mengajak bermain. Namun kebiasaan dia yang baru membuat aku berbelah-bagi.
Sebaik aku melangkah keluar pintu untuk ke kereta, Baby Faim akan tersenyum dan tersengeh manja meluru ke arah pintu dengan 'Walker' sambil kedua-dua tangan diangkat. Menurut Ibu, Baby Faim minta dibawa keliling kampung dengan kereta dahulu. Dia seronok naik kereta. Kalau nampak Ibu pakai tudung, dia dah faham Ibu akan keluar dan dia ada peluang naik kereta. Sekarang dia dah faham bahawa bila aku keluar dalam kegelapan Subuh, dia juga ada peluang untuk naik kereta.
Aku cerita dengan Atuk tentang kegemaran Baby Faim terbaru ini. Atuk tersenyum. Atuk kata, 'Memanglah begitu. Ibu dia masa kecik memang suka naik kereta duduk di belakang. Tak sampai 5 minit, Ibu akan tertidor lena'. Mendengar cerita Atok, Ibu tak berkata apa hanya mengangkat piring ke dapur.
Dan Baby Faim pon begitu. Kalau pagi Ahad, aku akan pusing dari Cheras ke Kajang ke Putrajaya dan balik ke Cheras. Baru bayar tol sekali, Baby Faim dah lena. Namun, bila baru nak sampai Cheras dia dah terjaga balik. Melihat gelagat Baby Faim ini, aku akan hanya tersenyum sambil sesekali membisik, ' ANAK IBU'.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment