My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, June 13, 2006

GROWING UP ADIK

Ibu kata Adik perlu menjadi dewasa. Aku akur kata Ibu walaupun aku rasa sebenarnya Adik masih lagi 'kanak-kanak kecil'. Selalunya benda-benda begini aku dengar nasihat Ibu. Dia lebih tahu.

Jadi, pada hari Khamis depan, Adik akan di bawa mengadap ke Sang Pertanda zaman moden. Aku akan luangkan masa waktu pagi aku untuk bersama-sama Adik saat itu. Insyallah. Ibu sudah membawa Adik bertemu dengan Doktor itu minggu lepas dan Doktor menasihatkan supaya Adik dilenakan sebentar semasa proses pendewasaan fizikal dibuat. Aku tak berapa setuju sebab pada aku, proses pendewasaan perlu dihadapi dengan semangat kental dan kepahlawanan. Namun, sebab Ibu setuju dengan Doktor, aku tetap akur. Sebahagiannya adalah untuk menyenangkan hati Ibu bukan untuk mengusap ego kebapaan aku.

Aku berdoa segalanya berjalan dengan baik. Aku berharap segalanya berjalan dengan baik. Dan aku memohon dari Nya supaya kami semua diberi kekuatan melaluinya dengan baik.

INSYALLAH.

No comments:

Post a Comment