My photo
Stories for my three heroes.

Monday, June 26, 2006

WALKING ABOUT

Petang semalam Abang ajak aku berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Nak berjalan keliling rumah ni sedikit berat sikit sebab kena naik turun bukit. Aku selalu bawa Baby Faim naik kereta aja. Tapi sebab Abang dah ajak, aku tak menolak. Adik yang dah baik bersunat pon nak ikut sama. Oleh sebab kat kawasan aku ni takda orang bela ayam ( setau aku), aku benarkan Adik ikut.

Abang berjalan di depan cuba menjadi penunjuk jalan. Sementara Adik masih nak memegang tangan aku. Bila disalak anjing jiran-jiran, Abang dengan Adik jalan seiring dengan aku. Abang dengan mata merenung ke depan kerana dia ingat nasehat lama aku supaya buat tak tahu dalam keadaan begini. Adik lain. Dia merenung dan membelalak mata kepada anjing-anjing yang melalak. Bila aku tegur supaya jangan berbuat begitu, dia pandang ke depan, tapi mata dia masih cuba melirik ke anjing-anjing tersebut.

Abang berbual dengan aku. Tentang kerja aku, tentang rumah, sekolah dia dan juga perangai dia dan Adik. Aku cuma mengangguk dan sesekali menjawab soalan Abang bila perlu.

'Sometimes I intentionally make things hard for you and Adik. Cause I think it is very important for you to learn as fast as you can about responsibility and start thinking about what you want to do when you grow up', kata aku dengan perlahan sebab sebenarnya aku kepenatan naik bukit.

'But why? I am still a kid you know', Zaim mencebik.
'Yes you are. I don't deny that. But you are also the eldest. You have to show things around to your two brothers. You can't mess things up for you will mess them up as well', aku bercakap perlahan tapi menarik nafas cepat.

'Yes you are a kid. You are all my kids. Somehow, I think that the three of you are destined to do something great. I don't know what, but it is just the feeling I have. So, it would not be right if I dont guide you now and be tough once in a while', aku cerita perasaan aku.

'What is it ?', tanya Abang.
'I don't know. We'll have to find out' jawab aku lemah.

Sesekali mata aku memerhati Adik. Bila kami lalu kawasan tiada anjing, Adik dah meluru ke depan, lompat sana sini dan segalanya. Kerap juga aku kena tegur Adik supaya melihat kereta di depan, jangan pergi ke longkang atau memanjat pokok depan rumah orang. Sesekali Abang geleng kepala.

Tak lama kami berjalan, lebih kurang 45 minit. Tapi aku berharap ada lagi peluang begini hujung minggu depan.

No comments:

Post a Comment