My photo
Stories for my three heroes.

Sunday, September 03, 2006

LEST WE FORGET


'Look at those three sets of dates. Can you see? Do you know what that means?', aku tunjuk pada Abang dan Adik tarikh-tarikh yang tertera itu. Mereka termangu-mangu.

'Look at the inscription above. To - OUR GLORIOUS DEAD, maybe that would help', tambah aku cuba menolong sambil memandang muka Abang.
Abang cepat menangkap. Mungkin sebab ini bukan kali pertama dia datang ke sini. ' That's the First World War, and then the Second. But, Ayah was there a third world war?' Abang tanya berpaling kepada aku.

'For that we have to go to the other side. Where another story is waiting to be told. But, maybe I can explain a little bit while we walk there. Please hurry up, Ibu', jawab aku sambil mengajak Ibu cepat.

Sambil berjalan aku cerita bagaimana Tanah Melayu mula dilanda Perang Dunia Kedua dan sebab musababnya. Paling utama aku ceritakan tentang pertahanan terakhir Lt Muda Adnan dan pioneers Askar Melayu di Bukit Candu pada 14 Februari 1942, sehari sebelum kejatuhan Singapura.

Kemudian apabila sampai di Monumen utama aku ceritakan tentang perjuangan menentang komunis dan mengapa. Aku ceritakan bahawa Tugu ini memperingati patriot-patriot yang berjuang dan gugur kerana mempertahankan negara yang inginkan kemerdekaan. Bukan sahaja perjuangan orang Melayu, tapi semua bangsa-bangsa termasuk dari negara luar. Aku kata sebab itu tentera kita selalu bersedia untuk bertugas menjaga keamanan di negara lain seperti yang akan berlaku di Lebanon. Sebagai tanda terima kasih kita, pada pandangan aku.

Tentang Monumen aku ceritakan siapa pengukirnya. Dan bahawa pada tahun 70an, ianya telah dibom dan separuh musnah oleh angkara saki-baki komunis. Di sini aku terangkan bahawa titik peluh perjuangan negara perlu dijaga sentiasa atau ianya boleh dikandaskan di tengah jalan.

Abang tampak menerima penerangan aku. Adik seperti biasa lebih minat melihat orang mencuci kolam yang mengelilingi Monumen. (Mencuci kolam di Hari kebangsaan?) Baby Faim berlari-lari ke sana-sini. Aku panggil ketiga-tiganya dan paksa mereka berdiri tegak menyanyi lagu Kebangsaan. Adik mengikut apa yang Abang nyanyikan. Aku cuba menahan tawa tapi mulut Baby Faim yang terkumat-kamit hampir membuat aku tertawa.

Dalam perjalanan keluar, Abang bertanya, 'Ayah!, there's not many people here. And most of them are tourists from other countries'.
Aku lihat sekeliling dan mengganguk, ' Yup, but that's because everybody had slept late last night, celebrating and watching fireworks. Some maybe spent the night karaoking. But, I am certain they will come later, after the parade on TV is over. This year they are celebrating in Kuching. That's ok. Let's go home now'. Aku mengajak pulang.

'Let's go Ayah. And er Ayah... '
Aku menoleh ke Abang.
'Thanks Ayah', Abang berkata selamba dan terus berjalan ke arah kereta.
Aku senyum dan berjalan memimpin Adik sambil mendukung Baby Faim.

No comments:

Post a Comment