My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, October 31, 2006

GROWING BABY



Dua minggu lepas, Baby Faim mencapai usia 2 tahun. Kami belikan kek coklat untuk dia dan nyanyikan lagu Happy Besday diringi mainan piano Nenek. Baby Faim tiup sendiri dua batang lilin yang dipacak atas kek. Sukanya dia. Ibu belikan Baby Faim set basket ball dan aku berikan dia set traktor jentolak dan lain-lain. Dalam pada itu, oleh sebab dia suka sangat dengan kucing, kami belikan soft toy kucing untuk dia. Habis dia usung keliling KLCC hari tu tak sempat nak masuk beg plastik.

Kini, Baby Faim dah pandai bercakap dan menyampaikan apa yang di hendak atau tak hendak. Vocabulary dia pon dah bertambah. Titu=susu, dido-tidor, tuk=bantal busuk, nanak=tanak, go=jangan kacau, stop=jangan kacau, ola=bola, ticak=cicak, kakut=takut dan blu ku=blue's clues. Dia juga dah mula bertanya 'tu apa?' dan 'ni apa?'. Kalau dia start mau dia berjam-jam(kalau tak tukar topik).

Oleh kerana dia mula nak cerdik, Ibu cadang supaya dia dihantar ke TADIKA. Aku takda halangan sebab memang kesian dia bila bangun pagi, Abang dengan Adik dah pergi sekolah. Dia dok sensorang melayan Ibu, Atok dan Nenek. Itu yang selalu STOP dan GO tu. So, semalam hari pertama Baby Faim pi TADIKA kat Taman Midah. Oleh kerana aku kena pi kerja, Ibu aja la yang menghantar. Namun setiap beberapa jam, aku telipon Ibu bertanya keadaan Baby Faim sampai la dia balik ke rumah. Satu aja yang buat aku tak tahan gelak. Ibu kata dari mula naik kereta ke sekolah Baby Faim diam aja dan tunduk. Tapi bila sejak keluar sekolah sampai Abang dan Acik dia balik, beg sekolah Blue's Clues dia masih melekat kat belakang dia tak mau disimpan.

Friday, October 27, 2006

AIDIL FITRI CRYING

Pagi-pagi kami dah ke masjid di Kampung Cheras Baru. Masuk ke dalam Masjid aku duduk di antara Abang dengan Adik untuk mengelakkan gangguan-gangguan yang mungkin berlaku. Atok duduk sebelah Abang. Tak sampai seminit Adik dah menguap. Aku rasa tentu jap lagi dia akan tewas di pangkuan. Sekejap-sekejap dia main dengan semut di dinding. Aku biar aja sambil terus bertakbir dengan Abang dan Atok.

Bila tiba waktu Sembahyang, aku ingatkan Adik bahawa sembahyang ni lain sikit, walaupun dua raka'at tapi takbir dia banyak. Dia angguk. Waktu imam baca fatihah, aku tengok Adik dah bongkok-bongkok dekat dinding. Aku ingat dia nak terlentok. Tak aleh-aleh dia keluar tangan dan mencuit semut di dinding.

Eh dalam sembahyang boleh kuit semut pulak. Terfikir pulak aku dalam hati. Kemudian satu fikiran lain pulak terlintas. Eh dalam sembahyang buleh terperati anak sembahyang jugak.

Habis sembahyang aku tegur Adik. Dia diam aja. Di rumah lepas bersalam dengan Atok dan Nenek, Abang dan Adik serta Baby Faim dapat duit raya. Memula aku tak berhajat nak bagi duit raya.Budaya bangsa lain tu aku kata ke Ibu. Tapi bila Atok dan Nenek dan beri mereka, aku bagi jugala. Tapi untuk Adik, aku ganti duit kertas dengan duit seposen. Aku bagi envelop Abang dulu, dia buka dan melonjak. Bila Adik buka envelop dia, dia terus nangis.

Tangisan di Aidil Fitri.

Monday, October 16, 2006

SOCCER LESSONS

Sabtu lepas, Abang main bola di sekolah. Mulanya dia kata ada friendly game aja. Jadi aku tak kesah sangat sebab dia memang pemain simpanan. Jadi takda la sangat dia kena bermain dalam keadaan dia berpuasa tu. Rupa-rupanya, dia sebenarnya patut bermain dalam satu pertandingan antara sekolah di mana dia terpaksa bermain 5 perlawanan selama setengah jam tiap satunya. Dia bermain untuk salah satu dari 3 pasukan sekolah dia yang bertanding. Aku mula risau sebab pasukan 7 sebelah dia hanya ada seorang pemain simpanan sahaja yang datang lambat.

Selepas dua perlawanan, satu seri dan satu lagi kalah 4-0, aku lihat Abang dah mula kepenatan. Dia mula terasa letih atas sebab berpuasa. Aku tanya samada dia ingin menarik diri atau berbuka puasa. Abang tak mahu berbuka sebab dia sayang puasa dia. Dia juga tak mau menarik diri sebab tak mau kecewakan rakan-rakan dia.

Aku tarik Abang ke tepi dan bercakap dengan dia.
'Look, you are not helping anyone. If you play in this condition, you may be a burden to your team mates. In 7 a-side game, they would depend on each player to give their fullest. They are also tiring... I would understand if you want to buka puasa now. But, if you want to go on without breaking your fast, you must give your everything still. You got it?'

Abang serba salah. Dia tak tau nak buat apa. Dia nak terus berpuasa tetapi dia masih nak terus bermain. Dia mendongak ke aku dan berkata, ' I don't know, Ayah! You decide for me, please'. Melihat keadaan dia, aku terus ke kantin dan belikan 100+. Aku buka tutup botol dan letak atas meja depan Abang. 'I think you should drink and continue playing. Your game is starting soon', kata aku.

Lama dia merenung botol terbuka di depan mata. Kemudian dia tutup semula botol tersebut dan berkata,'I want to continue playing... help me, Ayah..please!'.
'Alright, if continue playing is what you want, I tell your coach to put you on reserve. I think another team mate has just arrived. Don't force yourself too much', aku massage badan dan kepala dia. Aku lap muka dia dengan air paip.

'Now, go to your team and baca fatihah 7 times before you enter the field', kata aku.

Abang bermain berganti-ganti dalam game ke 3 dan ke 4. Sebelum game ke 5 dia sudah menjadi sangat lemah. Akhirnya dia akur dengan keputusan aku supaya dia minum air agar dia dapat bermain dengan lebih cergas dalam permainan terakhir dengan memberi aku syarat supaya dibenarkan berpuasa ganti pada raya ke dua. Aku setuju. Dia minum sebotol 100+ dan sebotol air mineral sekaligus.

Akhirnya, pasukan Abang seri 2 kali dan kalah 3 kali. Tapi aku nampak dia puas. Dia buka jersey no 6 dan serahkan balik kepada cikgu. Dia sarung semula baju biasa dan mengajak aku balik tanpa menunggu majlis penyampaian hadiah.

Dalam kereta baru dia bertanya, 'How was I Ayah?'
Aku pandang Abang. Kemudian aku beritahu dia sejujurnya, 'You have improved since the last time I saw you played. You were especially confident and persistent in the last two games. I think you can be better the next time'.

Abang diam sebentar. Kemudian dia bertanya, 'Ayah can you be my school coach?'.
'Why?', tanya aku.
'So you can pick me as a regular player in the next tournament', kata Zaim tersengeh.
Aku pandang Abang tanpa tersenyum, 'I am sure you will be in the regular team in the next tournament'.

Wednesday, October 04, 2006

BIRTH AND IDENTITY

‘Abang, I think it is time’, Ibu berbisik ke telinga aku sambil mengoyang bahu ku perlahan-lahan.
‘Oh, it is? OK, OK let’s go! I go wake up Mummy first’ jawab aku sambil bangun terpisat-pisat. Aku lihat muka Ibu berkerut-kerut menahan sakit. Aku bongkar selimut dan juga lihat di tepi katil mencari sesuatu yang tak ku jumpa dalam kegelapan subuh.
Ibu yang pelik bertanya kepada aku, ‘Abang cari apa?’.
‘Kain yang Abang pakai tidor tadi’, jawab aku selamba.
‘Tu yang pakai tu!’, kata Ibu antara menahan tawa dan sakit. T

Tengahari itu aku mendapat gelaran Ayah.

'Encik, salah la, sini pendaftaran warganegara. Encik kena naik tingkat 2', dengan sopan je Makcik tu bagitau aku. Aku pandang keliling, patut pon semua nampak macam apek dan aya aja kat sini.
'Bang, we gotta go one floor up la...', aku ajak Abang naik ke atas. Abang tenang aja mengikut aku naik escalator.

Tiga hari di Hospital, kami dah boleh bawak Baby Zaim balik ke rumah. Sampai di rumah dan selepas ambik Tok Mak dan Tok Bak, Baby Zaim menangis. Muka dia merah dan badan dia terasa panas. Ibu yang masih baru, risau dan terus membawa Abang ke Klinik Kanak-kanak. Doktor yang merawat cuma senyum dan kata Baby panas dan muka merah sebab baru minum susu. Baby nangis sebab mungkin perlu tukar diaper. Tok Mak pon senyum bila Ibu cerita kemudian. Namun, itu bukan kali terakhir kami risau dan gusar tentang Abang. Setiap malam apabila dia menangis tak henti-henti, aku akan mendukung dan memeluk dia dan mencuba berbagai tingkah untuk mendiamkan anak sulong aku supaya tenang dan tidur semula dengan lena. Jatuh sedikit, luka sedikit, sakit sedikit ... tahap kerisauan aku melebihi dari yang sepatutnya.

'Do you think they will ask me to speak in Malay?', Abang tiba-tiba bertanya. Muka dia nampak pucat sedikit.
Aku nak tergelak tapi aku buat serius, ' Of course. This is to prove your citizenship. You better speak properly or they may deport you back to India'.
'Ayah, I am not from there la. I am Malaysian, you know', Abang jawab walaupun dia nampak risau.
'Ayah, please don't tease your son like that', Ibu mencelah tetiba.
Abang tersenyum lega.

Alzaim was twelve yesterday. Today I took him to get his identity card.

Dear Alzaim.

I am your father. I see you grow since you were such a little helpless baby. Ibu and I teach you everything we want you to know. We support your every effort, clapped at your success and cry your every dissapointment. We lavish you with all the love and all the toys we could afford. We cuddle you every minute of the night when you are upset, feverish or scared.

You are bigger now. As tall as I am, probably taller. You can think on your own, say what you want and shout at what you don't want. You are becoming more intelligent and I hope you will be all that I can ever hope to achieve. I accept all these changes in you. I love you all the same. For you are my firstborn and will always will be. Since the day you were born until I die, everything that I do, it will be for you.

Monday, October 02, 2006

WHITE WASH

'Ayah, why must it be white?', tanya Adik ingin tahu.
'I just paint it white because the old color is white. So, it is easier, Dik', aku jawab kepada Adik sambil terus mengecat batang-batang besi untuk meletak pasu bunga.

'Did you plant all these trees too?', tanya Adik lagi.
'Yup', jawab aku pendek sambil terus meneruskan kerja.
'And i planted all those bendi trees that just coming out from the ground', tambah aku melihat Adik tidak lagi berganjak.
Abang pulak mencelah, 'The one at the side? Aren't those weeds?'. Zaim tersengeh.
'No, Abang. Its a kind of vegetable. You don't eat veggie, so you won't know', aku jawab. Muka aku berkerut.

'Ayah, is Ibu making you do all these? Are you being punished?', tanya Abang lagi.
'What's make you say that. I am doing this for myself. Just thought I want to do something different with my time', aku berhenti mengecat dan memandang ke Adik dan Abang. Banyak benor soalan mereka ni. Bukannya nak menolong.

Aku tambah,' In fact, after this I am gonna dig a hole for the Bunga Raya. You guys can help me there'.
Mendengar ajakan aku, Abang cepat bangun dan menjawab,' Err.. I think my show is starting. See you Ayah!'.
'Yea, see you Ayah', Adik pon menyahut.

'Hey, I thot you guys are interested', aku mengusik.
'Hehehe... some other time, Ayah', Abang berjalan tanpa menoleh dan cecepat masuk ke dalam diikuti Adik.

Aku senyum melihat mereka melangkah. Aku sambung balik mengecat.