My photo
Stories for my three heroes.

Friday, October 27, 2006

AIDIL FITRI CRYING

Pagi-pagi kami dah ke masjid di Kampung Cheras Baru. Masuk ke dalam Masjid aku duduk di antara Abang dengan Adik untuk mengelakkan gangguan-gangguan yang mungkin berlaku. Atok duduk sebelah Abang. Tak sampai seminit Adik dah menguap. Aku rasa tentu jap lagi dia akan tewas di pangkuan. Sekejap-sekejap dia main dengan semut di dinding. Aku biar aja sambil terus bertakbir dengan Abang dan Atok.

Bila tiba waktu Sembahyang, aku ingatkan Adik bahawa sembahyang ni lain sikit, walaupun dua raka'at tapi takbir dia banyak. Dia angguk. Waktu imam baca fatihah, aku tengok Adik dah bongkok-bongkok dekat dinding. Aku ingat dia nak terlentok. Tak aleh-aleh dia keluar tangan dan mencuit semut di dinding.

Eh dalam sembahyang boleh kuit semut pulak. Terfikir pulak aku dalam hati. Kemudian satu fikiran lain pulak terlintas. Eh dalam sembahyang buleh terperati anak sembahyang jugak.

Habis sembahyang aku tegur Adik. Dia diam aja. Di rumah lepas bersalam dengan Atok dan Nenek, Abang dan Adik serta Baby Faim dapat duit raya. Memula aku tak berhajat nak bagi duit raya.Budaya bangsa lain tu aku kata ke Ibu. Tapi bila Atok dan Nenek dan beri mereka, aku bagi jugala. Tapi untuk Adik, aku ganti duit kertas dengan duit seposen. Aku bagi envelop Abang dulu, dia buka dan melonjak. Bila Adik buka envelop dia, dia terus nangis.

Tangisan di Aidil Fitri.

No comments:

Post a Comment