My photo
Stories for my three heroes.

Monday, October 16, 2006

SOCCER LESSONS

Sabtu lepas, Abang main bola di sekolah. Mulanya dia kata ada friendly game aja. Jadi aku tak kesah sangat sebab dia memang pemain simpanan. Jadi takda la sangat dia kena bermain dalam keadaan dia berpuasa tu. Rupa-rupanya, dia sebenarnya patut bermain dalam satu pertandingan antara sekolah di mana dia terpaksa bermain 5 perlawanan selama setengah jam tiap satunya. Dia bermain untuk salah satu dari 3 pasukan sekolah dia yang bertanding. Aku mula risau sebab pasukan 7 sebelah dia hanya ada seorang pemain simpanan sahaja yang datang lambat.

Selepas dua perlawanan, satu seri dan satu lagi kalah 4-0, aku lihat Abang dah mula kepenatan. Dia mula terasa letih atas sebab berpuasa. Aku tanya samada dia ingin menarik diri atau berbuka puasa. Abang tak mahu berbuka sebab dia sayang puasa dia. Dia juga tak mau menarik diri sebab tak mau kecewakan rakan-rakan dia.

Aku tarik Abang ke tepi dan bercakap dengan dia.
'Look, you are not helping anyone. If you play in this condition, you may be a burden to your team mates. In 7 a-side game, they would depend on each player to give their fullest. They are also tiring... I would understand if you want to buka puasa now. But, if you want to go on without breaking your fast, you must give your everything still. You got it?'

Abang serba salah. Dia tak tau nak buat apa. Dia nak terus berpuasa tetapi dia masih nak terus bermain. Dia mendongak ke aku dan berkata, ' I don't know, Ayah! You decide for me, please'. Melihat keadaan dia, aku terus ke kantin dan belikan 100+. Aku buka tutup botol dan letak atas meja depan Abang. 'I think you should drink and continue playing. Your game is starting soon', kata aku.

Lama dia merenung botol terbuka di depan mata. Kemudian dia tutup semula botol tersebut dan berkata,'I want to continue playing... help me, Ayah..please!'.
'Alright, if continue playing is what you want, I tell your coach to put you on reserve. I think another team mate has just arrived. Don't force yourself too much', aku massage badan dan kepala dia. Aku lap muka dia dengan air paip.

'Now, go to your team and baca fatihah 7 times before you enter the field', kata aku.

Abang bermain berganti-ganti dalam game ke 3 dan ke 4. Sebelum game ke 5 dia sudah menjadi sangat lemah. Akhirnya dia akur dengan keputusan aku supaya dia minum air agar dia dapat bermain dengan lebih cergas dalam permainan terakhir dengan memberi aku syarat supaya dibenarkan berpuasa ganti pada raya ke dua. Aku setuju. Dia minum sebotol 100+ dan sebotol air mineral sekaligus.

Akhirnya, pasukan Abang seri 2 kali dan kalah 3 kali. Tapi aku nampak dia puas. Dia buka jersey no 6 dan serahkan balik kepada cikgu. Dia sarung semula baju biasa dan mengajak aku balik tanpa menunggu majlis penyampaian hadiah.

Dalam kereta baru dia bertanya, 'How was I Ayah?'
Aku pandang Abang. Kemudian aku beritahu dia sejujurnya, 'You have improved since the last time I saw you played. You were especially confident and persistent in the last two games. I think you can be better the next time'.

Abang diam sebentar. Kemudian dia bertanya, 'Ayah can you be my school coach?'.
'Why?', tanya aku.
'So you can pick me as a regular player in the next tournament', kata Zaim tersengeh.
Aku pandang Abang tanpa tersenyum, 'I am sure you will be in the regular team in the next tournament'.

No comments:

Post a Comment