My photo
Stories for my three heroes.

Saturday, September 27, 2008

KUEH RAYA

Selepas berbuka dan solat Maghrib bersama, Aku, Abang, Adik, Ibu dan Faim duduk di depan TV. Ibu melayan Faim menulis angka-angka di doodle-board dia. Adik menempel dekat aku sambil mata memandang Mystery Hunters di kaca TV. Abang sedang membaca the Province berkaitan penemuan Bigfoot di hutan berdekatan.

Tiba-tiba Adik bertanya, 'Ibu, are we making any Raya cookies?'.
Ibu mendongak. Nampak plaster di kelopak mata ibu menutup luka yang diberikan 6 jahitan pagi tadi. Kesian Ibu.

'Maybe not this year. Anyway, here is so different la Naim', kata Ibu.
Aku hanya mengganguk.
'How different Ayah. How was it when you were small?', tanya Adik ke aku pula.

Aku merenung jauh. 30 tahun dulu jauhnya. Di rumah, Mak buat sendiri semua kueh-kueh yang kami jamukan pada Hari Raya. Selalunya Mak akan mula membuat kueh apabila tiba 4 atau 5 hari sebelum Hari Raya. Sebabnya selalu Mak akan tunggu Bak buat belanja beli barang-barang dapur. Yang aku tau selalu akan ada beli majerin lebih, telur, esen merah dan vanila, kismis, buah cheri, baking powder dan untuk sekali itu aja, cornflake. Dan selalunya produk majerin yang Bak beli yang dapat la pinggan ke, mangkuk ke sebagai hadiah promosi Hari Raya.

Selalu Mak buat kueh sebelah malam. Waktu kami semua pi terawikh, Mak buat dengan Kak Limah. Untuk mengelak kami mengacau la. Tapi selalunya selesai terawikh, kami masih dapat kacau Mak untuk batch yang last-last. Dan Mak pon selalu bagi kami tolong dan yang mana yang hitam-hitam hangit tu, Mak bagi la kami sebagai upah. Dulu, Oven Mak special. Mak akan guna oven hitam yang ada cap kupu-kupu. Depan dia kaca dan ada macam meter. Oven ni kena letak atas dapur minyak tanah. Bagi kueh-kueh yang kecik-kecik, Mak dan Kak Limah akan susun adunan yang dah ditekap tu atas tudung periuk sebelum dimasukkan ke dalam oven. Selalunya adunan dia sama aja, cuma bentuk kueh tu je yang beza, ada bentuk ayam la, itik la daun la.. Beza satu lagi ialah samada mata dia tu guna cheri merah atau hijau atau guna kismis.

Tapi aku suka kalau Mak buat kueh baulu. Yang ni sebab kena lama sikit nak godek adunan dia, so semenjak asar lagi kami dapat tolong Mak. Yang ni memang di minta kami semua godekkan adunan dalam baldi kecik. Lepas tu guna la dapur arang sebab panas dia nak kena atas bawah acuan tembaga yang berat tu. Tapi aku suka bau adunan tu sebab sedap dan wangi. Apatah lagi bila buka tudungnya aja kueh nya yang lembek lotek dah jadi tembam. Seronok aku.

Seingat aku, kueh Raya kami yang selalu ada ialah samprit, baulu dan kueh goyang. Kueh goyang ni menarik. Sebab kita kena goyang dia untuk tanggalkan adunan dia dari melekat kat acuan tu dan terus masuk ke dalam kuali panas penuh dengan minyak. Mana yang tak menjadi iaitu kembang dia tak betul, senget ke, patah ke, Mak akan beri kami makan. Yang elok-elok terus masuk dalam bekas iaitu tin-tin Milo, Ovaltin, Susu Tepung Dutch Lady dan sebagainya. Dalam dia alas dulu dengan kertas dan Mak dan Kak Limah akan susun elok-elok. Kemudian sebelum tutup, Mak akan lapik lagi satu kertas lubang tin dan tutup untuk bagi kedap udara. Selalunya Mak akan susun tin-tin berisi kueh ni nun jauh kat atas Gobok Pak Awang supaya kami tak dapat curi senyap-senyap.

Lama-lama bila Adik-adik perempuan aku dah besar dan Mak pon dah tua, maka kerja kerja buat kueh tu semua dan diserah kepada mereka. Apatah lagi dengan resipi-resipi modern dari majalah Wanita la, Jelita la, maka suasana kueh Raya kami dah berubah. Tapi dalam semua tu Mak masih akan buat untuk aku, kueh beskut gunting. Khas sebab aku yang mintak. Masa ni aku dah tak duduk JB dan bila balik semula ke KL, mak bungkuskan aku dalam satu tupperware penuh, of course yang kedap udara. Masa ni, kalau aku minta, adik-adik aku akan buatkan. Adik-adik aku jugakla yang menggantikan membuat kueh raya di rumah bila Mak dah takda. Ni pon Kak Limah dah dua tahun takda. Cumanya acara buat kueh mueh raya ni memang dah lama berkurang kat rumah sebab bila diorang dah berkerja dan dah berumah tangga, susah la nak datang atau luang masa buat kueh kat rumah untuk Bak. Lagi pon zaman modern ni lagi senang beli kueh aja. Order aja.

Aku tak kesah itu semua. Sebab kat di KL pon Ibu lebih cenderung order kueh-kueh dari kawan kawan dia. Tapi, tentunya aku tetap berasa nostalgia bila ketika Hari Raya semakin mendekat. Aku sentiasa teringat Mak membuat kueh dengan Kak Limah dan aku tergodek godek adunan kueh baulu. Dan bau kueh yang semerbak di dapur keluar dari oven hitam beralaskan tudung periuk. Indah sekali.

Abang bersuara memecah lamunan aku, 'Ayah, that's a nice and VERY LONG.. LONGGGGGGGG story. Now I am wondering whether I should ask you about how you celebrate Raya. I think not!'
Adik terus menjerit, ' Some other time, some other time'. Gaya dentist dalam Sesame Street.
Aku hanya tersengeh. Fikiran aku melayang balik.

No comments:

Post a Comment