My photo
Stories for my three heroes.

Monday, March 30, 2009

The Zen of Bicycle Repair

Minggu lepas aku bawak Abang bergunting rambut. Aku tak berapa ingat, bila terakhir aku bawa Abang bergunting, mungkin masa dia kecil. Selalunya rambut Abang akan digunting oleh Nenek atau Ibu yang membawa ke kedai Sasi si Tukang Rambut di Cheras tu.

Aku bagitau tukang gunting yang aku mahu rambut Abang sedikit pendek, potong sebelah depan dan tepi di aras telinga. Kemudian aku duduk menunggu sambil pikiran aku mula melayang. Aku tak berapa cerewet kalau anak aku berambut panjang tetapi hendaklah kemas dan bersih. Malah, semasa di kolej pon aku meyimpan rambut antara terpanjang dahulu dan selalunya markah demerit disiplin yang aku dapat di KPP ialah sebab rambut panjang dan bukan atas sebab benda tak senonoh lain. Dan, Bak selalu marah bila aku cerita pasal ini masa cuti.

Sambil memerhati rambut Abang di potong, fikiran aku mengelamun terus. Bak memang tak suka kalau anak-anak dia berambut panjang. Dia amat senang sekali kalau rambut aku dengan Abang aku dipotong pendek serupa rambut rekrut tentera. Dulu, Tukang gunting akan datang ke rumah untuk menggunting rambut kami iaitu aku, Abang aku dan Bak sekali. Kemudian aku rasa, dia dah tak larat.

Aku selalu teringat satu insiden di mana Bak bawak aku dengan basikal ke Batu Lima untuk berbelanja bulan dan menggunting rambut aku yang sudah panjang. Basikal Bak besar dan aku membonceng di belakang. Sedang kami menuruni bukit yang tinggi, tiba-tiba Bak suruh pegang kuat sebab dua-dua brek basikal dah tak jalan. Aku yang berselipar, cuba untuk membantu memperlahankan basikal dengan menyentuh hujung selipar jepun aku ke jalan raya. Cemas juga aku dengan Bak, tapi akhirnya kami selamat juga sampai ke Batu Lima.

Di pekan, Bak pergi menguruskan belanja bulan selepas Bak beritahu tukang gunting memotong pendek rambut aku. Sedang rambut aku digunting, aku perhati selipar aku dua-duanya dah tinggal dua pertiga. Hujungnya hilang semasa aku membrek sepanjang jalan tadi. Selesai gunting rambut, aku teman Bak minum teh di restoren cina. Aku tunjuk pada Bak nasib selipar aku sambil aku ketawa. Bak berkerut dan mengajak ke kedai cina lagi satu cadangnya untuk mengganti selipar yang baru. Selepas bertanya harga selipar dan membelek duit di tangan, muka Bak makin tambah berkerut.

Aku segera faham. Aku tarik tangan Bak ke kedai basikal. Aku minta dia ganti brek basikal dulu. Sebab, Bak pergi kerja naik basikal. Kalau dapat baiki basikal tu, Bak boleh la pergi kerja tanpa perlu jalan kaki. Melihat aku sungguh-sungguh mahu dia baiki basikal, bak bagi 20 sen kepada aku. Dia suruh aku balik naik teksi sapu. Dia akan kayuh balik sendiri lepas basikal selesai dibaiki. Di rumah, bila Bak dah sampai, aku periksa basikal Bak dan dapati brek belakang sahaja yang digantikan. Aku hanya berdiam.

Tiba-tiba Abang dah mula tercegat di depan muka aku. ' Ayah, I'm done. Eh, don't tell me you are thingking about your bike incident with Tok Bak again', kata Abang memandang muka aku.
' No la. Let's go. Ibu is waiting in the car ', kata aku berjalan sambil mengesat mata dengan belakang tangan aku. Sebenarnya aku memang selalu terkenang.

Wednesday, March 25, 2009

Caught Out of Bed

Aku sendirian menatap TV sambil mengerling laptop berharap kalau-kalau ada Habib dari Tanah Arab sudi bercerita sesuatu.

Tiba-tiba muncul Baby Faim mengajak aku bermain Monopoly. Aku ingat dia dah tidor. Aku pon melayan. Dia bukan tau sangat bermain tapi kesungguhan dia sangat menarik minat aku. Dia sungguh-sungguh nak beli 'light bulb', 'sink(water works)' dan semua 'train stations'. Aku pon turut sungguh-sungguh melayan dia. Seronok aku melihat dia mengira bintik-bintik atas dadu dan menjalankan token ke destinasi. Yang peliknya dia suka masuk 'Jail' pulak.

Kadang terlebih minat dia, dia nak beli benda yang tak patut beli.
'Faim, you cannot buy Community Chest or Chance. You have to pick the card and read what it says', aku cuba juga la menerangkan.
'Oh, OK ayah', jawan Faim sambil berkerut dahi cuba membaca apa yang tettulis pada kad di tangan. Sekejap kemudian selepas dia kononnya dah paham apa yang dibaca, dia serah kepada aku, ' OK, now you read what it says'.
Aku pon cuba la mengusik dia,' Oh here it says you must kiss your father on the cheeks'.
So malam tadi, dapat la aku dua tiga ciuman dari Baby Faim.

Tiba-tiba terdengar suara dari atas. ' Faim, I thought I told you to be in bed long time ago', suara Ibu memanggil dengan keras.
Tunggang-langgang Faim berlari ke atas. Habis semua kad, kertas, dadu yang dipegang dia campak bersepah. Aku pulak yang terhegeh-hegeh kena kemas semua tu.

Sedang aku mengemas sambil sedikit membaca kad-kad tersebut, Abang pula masuk dan bertanya, ' Monopoly? Can we?'.
Aku pon terus menjawab,' I think it's time for bed. For all of us'.

Tuesday, March 17, 2009

The Riddler Strikes Again

'Ayah, I have a riddle', kata Adik sebelum tidor.
Alamak. Adik ni jarang nak bagi riddle. Selalunya aku mesti terkena. Aku pon buat tak tahu setakat menjawab sepatah aja, ' Indeed!'.

Tanpa menunggu, Adik terus bertanya, ' What do you call a fish without an eye?'. Muka Adik tersengeh sangat. Muka nak mengena Ayah dia.

'Eh, ini mudah sangat', fikir aku dalam kepala.
'Blind fish!', jawab aku.
'Wrong', kata Adik.
'One eyed fish', lagi aku meneka.
'Wrong again', jawab Adik. Sengihan dia semakin melebar.
'Crazy fish', jawab Faim pula sambil melompat turun dari katilnya.
'Wrong Faim', jawab Adik.

'Fish ada toncit ', jawab aku separuh tergelak mengingatkan cerita P. Ramlee pulak.
Adik terus mengeleng-geleng kepala.
'Do you give up, Ayah?', tanya Adik.
Aku pon terus mengalah. Selalunya teka-teki Adik ni samada terlalu pandai atau tak lojik langsung. 'OK, I give up', jawab aku.
'Me too', sahut Faim pula.

'Well, the answer is FSH. Fish without the 'i'(eye). Get it? Get it Ayah', Adik terkekeh-kekeh ketawa.

'Oh OK', jawab aku sambil tersengeh sedikit.
'Do you get it Faim?', aku tanya ke Faim.
'NO, I want to sleep', Faim merungut sambil memanjat katil semula.
'Me too', aku pon menutup mata.

Monday, March 09, 2009

TAHUN KE LIMA

5 tahun selalunya menjadi pengukur jangka masa sederhana. Di pertengahan tempoh lima tahun tersebut, biasanya ada kajian separuh penggal yang menjadi samada sesuatu perancangan itu perlu diterus atau diperbaiki lagi.

Dalam masa lima tahun, Abang telah mencapai usia anak belasan tahun. Abang mempunyai masa, waktu dan kecenderungan tersendiri. Abang semakin sibuk dengan kerja sekolah. Semakin sibuk dengan rakan dan taulan. Semakin hebat memikir keinginan dan kemahuan dirinya. Aku jarang dapat betul-betul meluang masa dengan Abang mengikut kuantiti dan kualiti yang aku inginkan. Sesekali aku dapat berpeluang, aku gunakan sepenuhnya. Aku suka kalau aku dapat duduk dibirai katilnya dan menemani dia menghabiskan tugasan fizik, kimia atau biologi, matematik dan kemanusian walaupun tanpa perlu mengeluarkan sepatah kata pon. Kadang aku cuba bertanya sesuatu. Dia akan cuba menjawab jua sepatah jua. Lebih dari itu akan berlaku kalau adakalanya sumbatan earphone Ipod di telinganya terlepas. Aku terima ini sebagai peningkatan usia dan kematangan diri Abang yang lahir 15 tahun dahulu.

Kadang aku beransur ke depan TV di bawah dan melayan cecehan berita yang aku pon tak berapa mengikut hujung pangkalnya. Dan, kadang Abang akan datang dan bercerita sedikit. Dan aku akan tersenyum lebar dan berkata-kata hingga dia meminta diri menyambung semula kegiatan di atas.

Beza dengan Adik, Abang akan menyambut aku dan menghulur tangan untuk dicium sebaik aku memasuki pintu rumah dari pejabat. Kalau dia sedang sibuk dengan sesuatu, dia akan datang menghulur tangan sebaik menyelesaikannya. Adik akan menyambut aku lebih kepada permintaan, samada untuk bermain sesuatu atau membelikan dia sesuatu. Namun dia lebih mudah untuk duduk bersama dan melayan aku berbicara ketika aku menanyakan sesuatu. Beza dengan Abang, Adik tidak suka aku menyemak atau membantu kerja sekolahnya. Dia ingin menyelesaikan masalahnya sendiri walaupun tindakan dan jawapannya kadang tidak menepati kehendak.

Baby Faim tidak akan datang kepada aku apabila aku sampai ke rumah. Aku yang akan pergi mencari dia. Selalunya aku akan menjumpai dia berkepit dengan Ibu, di depan TV atau di bilik atas. Dengan Faim, aku yang perlu meminta dicium. Dan semua tergantung kepada kehendaknya. Hanya kalau Ibu tiada di rumah, baru aku boleh mendapat keyakinan menerima ciuman Baby Faim yang akan mencecah usia 5 tahun.

Sangat pantas lima tahun berlalu. Kalau di luar, dunia sepertinya terus bergolak serupa dengan rencam kehidupan yang sama. Namun, bila aku menilai 5 tahun di persekitaran dalam rumah tangga ku, aku dapat saksikan perubahan-perubahan yang nyata. Pemikiran, tingkah-laku dan pendewasaan.

Aku juga ingin melihat diriku.

Tuesday, March 03, 2009

TALKING WITH ABANG

Aku pandang kepada Abang. Dia sedang duduk di depan meja menyelesaikan kerja sekolah dia. Aku tau dia sedang mendengar. Aku beralih dan duduk di birai katil Abang.

'Well, friendship is just not for the good times. It's for all times, in good and in bad. It calls for responsibility too. It will also always demand a judgement call on the friendship. If a friend committed a transgression, do you forgive and let it go. Or is it impending upon you to not let it go and correct it for the sake of friendship. Or is by letting it go means that you treasure the friendship more.

Sure! Everyone is disappointed sometimes by friendship. You are hurt by it. But, do you go ahead and remain friends.

That's the true test of friendship. You see man is by nature a social animal. They need to relate to someone, outside the immediate circle of close family members. We connect to each other in society in a conscious way.

I don't have the answer, Bang!', aku celoteh kepada Abang.


'So, what do I do now?', tanya Abang.

' Well, may be I can give my views but you have to make the call. I think that Ipod is a thing that you really cherished. We gave you that for your birthday last year because you really wanted it. Even if you friend took it just to tease you, he should be responsible now that it is broken, intentional or otherwise. I guess he should be responsible enough to do something about it', aku menjawab.

' He said he is going to look for the person who broke it', Abang berkata dan menoleh kepada aku.

' I think he should be responsible because he took it from you and left it at the lab table. I think you should tell him that. See how he would reply', aku menambah. Susah jugak pada aku sebab mereka juga la kawan-kawan baik dia di sini. Aku yakin kawan Abang cuba mengusik Abang tetapi terlalai dan menyebabkan kerosakan kepada IPod tersebut.

' Should I tell the teacher or his parents?', tanya Abang.

' Hmm, I am sure that would put him in more trouble than he already is. But, it may be necessary, if he remained ignroant of his responsibility here ', kata aku.

Abang mengeluh dan menyambung kerja sekolah.

Aku faham dilemanya. Abang memang sangat menghargai(kedekut) akan barang-barang dia sendiri. Tapi, dia juga sangat setia bila sudah memilih kawan. Jadi dia tak tentu memikirkan dilemanya. Telan mati emak, luah mati bapak. Gitulah.

' Anyway, why don't you tell him first about that responsibility part. Let him mull it over. Maybe, he would be responsible enough to do something honorable. We see from there, OK ', aku memujuk Abang dan bangun menuju ke pintu bilik.

'OK, thanks Ayah', Abang menyahut tanpa menoleh. Kepalanya masih mengadap buku sains.

'Sure Bang. By the way, I like your posters here. Wish I had the same when I was your age', kata aku sambil melihat sekeliling dinding.

Abang menoleh dan berkata, 'You can do it now. Probably not. Your room mate won't allow it, I think', jawab Zaim tersenyum.

'Probaby so, Bang. Finish your work, OK', aku terus berjalan ke luar bilik Abang.