'When will you arrive, Ayah', tanya Faim dalam telefon.
'Maybe in 30 minutes, Faim. I just got out of the ferry', aku menjawab.
Faim tidak sabar. Hari ini ulangtahun Hari Lahir dia. Yang ke 5. Kami dah beritahu akan ada majlis potong kek yang kecil dan penyampaian hadiah. Kami akan buat lintas-langsung dengan Nenek dan Atuk menggunakan Skype, macam biasa.
Sampai aja di rumah, aku pon terus ke meja makan di dapur. Ibu sudah susun kek dan piring-piring kecil. Atas kek ada gambar Super Mario. Faim suka main Super Mario dalam Nintendo, malah dia sangat mahir berbanding orang dewasa lain di rumah(aku le tu). Atas kek juga ada nama Faim dan Zaim. Birthday Abang awal bulan hari tu. Kami cuma bawa dia makan briyani ayam sekeluarga. Kali ini, kami adakan majlis potong kek bersama. Aku minta Faim dan Abang membuat 'wish' sebelum meniup lilin. Bila aku tanya Faim apa yang di 'wish' kan, dia cuma berkata RAHSIA. ' It's a secret Ayah ', katanya.
Kemudian dengan Nenek dan Atuk sekali melihat melalui Skype, Faim membuka hadiah hari lahirnya. Hanya dua sahaja. Satu dari kami sekeluarga, dan satu lagi dari Atuk dan Nenek. Seminggu dahulu, kami bawa Faim merayau dalam Toy r Us, dan melihat-lihat mainan kesukaannya. Kemudian, waktu aku membawa dia ke luar kedai, Ibu diam-diam membelikan dua mainan tersebut dan simpan dalam but kereta. Terlonjak-lonjak Faim apabila dia membuka dan mendapati bahawa itulah benda-benda yang memang dia inginkan. Terus dia mengajak Abang Cik main bersama sambil makan kek.
Aku kemudian naik ke atas, mandi, salin pakaian, solat dan buka beg kerja. Malam aku lihat Faim dan Naim sudah tidor. Ibu kata sebelum Faim tidor, dia ada bisik ke telinga Ibu.
'Ibu, today I am very happy', katanya.
Aku pon senyum mendengarnya. Aku pandang wajah Faim yang sedang tidor. Memang dia seolah sedang tersenyum sama.
Sudah 5 tahun Faim menjadi 'baby' kepada kami sekeluarga. Dialah penghibur kami, aku, Ibu, Acik, Abang, Atuk dan Nenek, malah Kakak jua. Tapi, Faim paling rapat dan akrab dengan Acik(Adik atau Naim). Dialah rakan bermain dan rakan bergaduh. Yang menyukakan dia dan yang membuat dia naik angin dan menjerit-jerit. Walaupun usia mereka jauh 6 tahun selangnya, namun mereka seolah rakan sebaya. Abang sekarang jarang meluang masa untuk Faim . Dia lebih bertumpu kepada komputer, sekolah dan kawan-kawan sebaya yang semakin ramai. Tapi aku faham, Abang sedang membesar di dunia yang berbeza pergaulannya.
Sekarang Faim sudah ke sekolah. Tadika. Dia tidak mengalami masalah menyesuaikan diri sebab sebelum ini pon kami sudah menghantar Faim ke sekolah asuhan semenjak dia berusia 3 tahun. Walaupun dia boleh bertutur dengan baik, namun Faim kurang banyak bercakap di sekolah berbanding dengan kalau di rumah. Kalau di suruh beratur, dia akan pergi ke depan sekali dan berdiri diam. Kalau di suruh duduk di lantai menghadap kepada cikgu, dia juga akan dengan perlahan dan diam, bersila di barisan paling depan dan dekat dengan guru dan memandang muka guru dengan penuh perhatian. Di padang permainan, Faim akan memilih bermain gelongsor atau jungkang jungkit yang lengang dari anak-anak lain. Kalau ada yang menghampiri mainan tersebut, dia akan perlahan mengundur diri dan tunggu hingga anak lain selesai baru dia bermain semula.
Aku tak merasa yang Faim ini pemalu atau takut. Aku melihat lebih kepada aspek menghormati aturan dan ketertiban. Ini sangat berbeza sekali dengan Adik/Acik yang lebih unggul dalam keadaan berselerakan. Faim akan merungut kalau segala aturannya terganggu, bukunya, bantal, selimut dan mainan yang disusun. Sebagai contoh, sebelum tidur, Faim ada ritualnya iaitu minum susu coklat( guna cawan bukan botol), berus gigi dan buang air. Kemudian dia akan menonton TV di bilik selama lebih kurang 20-30 minit dan selanjutnya baring menutup mata selepas menutup TV. Naim berbeza sekali, selesai memberus gigi, dia akan terbungkus dengan selimut dan terus tidur, tanpa banyak masalah.
Aku faham Faim masih anak kecil. Dan mungkin akan ada perubahan karektor dan peribadi apabila dia mula membesar kelak. Namun, setakat ini, aku suka apa yang aku lihat. Aku sanggup bangun di tengah malam untuk melihat betapa rapinya Faim tidur sambil aku tersenyum di dalam gelap.
No comments:
Post a Comment