Baby Faim dah besar, hampir 6 1/2 bulan. Dan pandai bergolek, telungkup dan terlentang. Kalau dia menangis dan meradang, dia akan melonjak-lonjak badan sampai kepala dia termasuk bawah kerusi. Kekuatan nangis dia dan kemudahan ketawa dia buat aku pelik. Sangat berlawanan.
Baby Faim selalu menangis malam. Bila dia menangis, Ibu akan biar dia nangis sampai penat sebelum memujuk dia tidur balik. Aku tak boleh. Kalau aku terjaga(kadang-kadang), aku akan terus dukung sampai Faim tidur balik. Aku berbahas dengan Ibu kenapa dia biar Faim menangis sementara Ibu pula berdebat kenapa aku cepat mengangkat Baby yang baru berbunyi. Aku sebab tak mau Baby sakit, Ibu pula kerana tak mau Baby manja. Satu jangka pendek, satu jangka panjang. Sangat berlawanan.
Entah, tak tau siapa yang betul. Aku rasa dedua kami betul. Sebab dedua kami hanya fikirkan apa yang baik untuk Anak kami ni. Seerti. Tapi aku yakin Baby Faim lebih sokong aku. Apa takya nya, dengan aku dia dapat didukung dan didodoi.
Patut pon la ni selalu hujan.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment