Baby Faim dah kena demam.
Aku dah jangka bahawa apabila Faim dalam 5 bulan sure akan kena penyakit. Abang dulu masa usia 5 bulan dok sehari dua kat Pantai Cheras takut kena denggi. Adik masuk HUKM seminggu sebab kena coxsackie. So, bila Faim membesar ke 5 bulan aku dah jangka-jangka.
Tapi alhamdulilah, cuma demam-demam kecil aja. Rasanya pon sebab jangkit Adik minggu lepas. Anyway, Baby Faim dah pandai meniarap dan mencapai semua benda untuk masuk dalam mulut. Jadi tidak heran la kalau mungkin senang nak terkena jangkitan.
Yang tak syoknya, kesian dia asyik merengek-rengek. Ibu dukung ke, Kakak ke, dia tetap menangis-nangis merengek. Yang bestnyer pulak, bila aku nak dukung, dia akan betul-betul berpaut macam koala bear dan diam terus. Kalau tengah malam, senang aja dia terlena.
Malam tadi aku tengok Ibu macam cemburu je akan kebolehan aku menidurkan Baby yang merengek-rengek. Tapi aku kata kat Ibu, jangan risau, kalau Ibu demam nanti aku dukung dia macam Baby. Ibu terus sambung tidur.
Aku dah buat lawak bongok.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment