My photo
Stories for my three heroes.

Monday, April 18, 2005

FREE TIME

Susah betul aku nak aturkan family outing Sabtu lepas. Pagi lepas ke pejabat lawyer, Abang pulak kena pi tution BM dia kat rumah bawah. Bila Abang balik, petang Ibu pulak pi kelas Mandarin.

Dalam-dalam begitu, aku pandang Adik. Adik mengadap komputer. Abang kena tution Math dengan Nenek.

'Jom Dik, we go Leisure Mall', aku mengajak Adik macam dah takde kawan lain. Bukan 'macam' tapi 'sebab'.

'Will you buy me toys?', Adik menjawab.
Memang itupun soalan Adik selalu kalau diajak keluar.

Aku mengangguk separuh,'Maybe, if there's a good one'.

'OK, soon as i finished this game. It's warcraft, Ayah', jawab Adik tanpa menoleh ke aku pon.

'OK' , jawab aku. Aku baring di katil Adik sambil menunggu.

Tetiba aku terjaga. Depan komputer Abang sibuk surfing mencari maklumat pasal Inca Culture. Adik dah takda. Rasanya di bawah menonton Spongebob .

Aku bangun, mandi dan solat Asar.

No comments:

Post a Comment