My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, June 16, 2004

Selingan - Abang Bersunat

Adik menunggu Abang di rumah balik dari klinik. Sampai aja kami, belum sempat Zaim nak baring atas katil, Adik dah menjerit, ' I want to see Abang punya 'bird'. I want to see Abang punya 'bird''.

Aku tergelak dan berkata,'Adik tak boleh tengok lah. Nanti bila Adik sunat, Adik tengok lah 'bird' Adik sendiri'.

Abang terus menyahut,'Ya Adik, nanti when you sunat, very sakit you know. The Doctor will use a big axe to chop your bird'.

Aku tengok Zaim bangga.

Tuesday, June 15, 2004

Akhirnya 15 jun sampai dan Zaim harus menjadi dewasa.

Dengan tenang dia ikut ke Pusrawi. Atok, Nenek dan Ibu ikut. Sampai di sana aku berurusan dengan klinik sampai la menunggu ketibaan Doktor. Zaim mulanya kelihatan tenang sahaja.

Sampai pada saat pembedahan akan dibuat aku nampak Zaim dah mula menunjukkan sedikit perasaan khuatir. Aku duduk sekejap didalam. Doktor minta kalau boleh jangan ada ramai didalam. Zaim banyak bertanya itu ini dengan Doktor sampai penat Doktor nak melayan. Tapi akhirnya dia selesai. Aku tengok dia berjalan keluar dengan tenang.

Sampai la pagi ni, Zaim tenang dan tabah menghadapi keadaan dia. Ada lah sedikit dia mengerang. Tapi tidak la menangis meraung-raung. Secara umum boleh la aku kata bahawa for a nine year old dia lebih berani dan tabah dari aku masa aku mengalami hal yang sama dahulu.

Berbanding dengan aku..?! Humm...

Dalam menghadapi semua ini, aku dapat juga menilai diri aku dan kesediaan aku sendiri sebagai seorang Ayah. Entah berapa kali aku menelepon kawan baik aku sekadar nak menenangkan hati aku sendiri. Juga, aku baru sedar selepas selesai semua tu yang aku belum pon beritahu keluarga aku di Johor bahawa Zaim akan bersunat pada hari ini. Beberapa perkara lain membuat aku menilai semula lebih banyak perkara yang lain.

Insyallah, aku harap segalanya akan berjalan dengan baik. Insyallah, aku berdoa.