My photo
Stories for my three heroes.

Friday, August 26, 2005

Aku balik semalam disambut Abang dengan berita kecewa.
'Ayah, I was not selected', katanya sambil menunduk muka.

Abang berminat untuk menyertai pemilihan ahli teater sekolahnya. Dia telah melalui 3 kali trial dan semalam adalah penentuan 15 orang pelajar yang akan terpilih untuk menyertai teater tersebut. Nampaknya Abang tak terpilih. Aku tau Abang memang minat teater. Dia telah banyak kali menyertai teater peringkat darjah dia dan dia sangat serious dalam lakonannya. Aku teringat pertama kali dia berlakon Gingerbread House di mana seorang kawan yang sangat teruja terlanggar dia dan dua lagi kawan lain langsung tergolek atas stage. Semua orang tergelak. Lepas persembahan tu dia kata, 'Ayah, the show just now was not a comedy'.

Tapi kali ini dia tidak terpilih. Aku dapat rasa kekecewaan dia. Dia teringin sangat untuk menyertainya. Mungkin kerana salah satu aktivitinya ialah membuat persembahan di Jakarta. Aku pon dah janji kalau dia terpilih, aku akan ikut rombongan dia. Aku rasa Zaim memang ada sedikit kebolehan. Namun, mungkin sebab dia dari Darjah yang terendah, maka lebih ramai lagi murid yang lebih dewasa yang lebih sesuai.

'So, you are out of it then', aku saja bertanya sambil mencari idea memujuk.
'They only put me on reserve list', kata Zaim dengan suara tertahan.
'Well, that's not too bad... at least you still got a chance', aku membuka bujukkan.
'...If somebody got sick or something', kata Zaim masih muram.

'Humm... maybe I could do something. Anybody there you don't like?', tanya aku ngusik.
'No la Ayah, don't you go put a curse on someone la.. You are not Harry Potter?', jawab Zaim.
'Oooo... I was thinking of maybe some bone breaking exercise ..hehehe', kata aku sambil ketawa kecil.
'No need la Ayah', jawab Zaim bosan.

Aku diam sekejap. Zaim pon diam.
'OK, if not, then what can I do for you?', aku tanya selepas tengok Zaim diam aja memandang alas meja.
Zaim dongak. Muka dia tetiba bertukar ceria. 'Actually, there is something you can do', katanya sambil berjalan ke piano. Dia capai satu pamphlet dan beri pada aku.

Aku belek pamphlet. Ianya merupakan catalogue TAMA Drum Set dari pelbagai saiz, kaler dan apakebenda lagi. Sambil aku membelek halaman catalogue, Zaim sibuk menerangkan kepada aku kelebihan atau keunikan setiap set yang aku tanya.

'This standard one is the cheapest', beria-ria Zaim menerangkan.
'Well.. how much is cheap?', tanya aku berhati-hati.
'2000 Ringgit only', kata Zaim sambil tersengeh.
'RM2000? That's darn expensive. I don't think I can afford that. Why don't you work in the salt mines to earn that much money', kata aku jengkel.
'But... but.. I am sad', Zaim buat muka sedih balik.
'Yea right', kata aku sambil melangkah naik tangga ke atas untuk mandi.

Tuesday, August 16, 2005

Beberapa malam yang lalu, Adik terjaga malam, menangis-nangis dan meracau-racau. Aku dikejutkan oleh Ibu dan disuruh melihat Adik yang masih menangis di bilik Nenek. Bergegas aku ambil dan dukung Adik masuk ke bilik tidur dia dan membaring sambil merasa dahinya. Memang panas.

Nenek datang membawa ubat dan menyuapkan Adik. Aku mengesat-ngesat badan Adik dengan tuala basah untuk menurunkan suhu. Sambil mengesat, aku menasihat Adik, ' You must bathe on time, eat according to schedule and don't play outside during Maghrib'. Adik mengangguk kepala seperti faham walaupun aku lihat pandangan dia tak terfokus. Aku baring sebelah Adik mengesat sana-sini sambil sesekali meletak telapak tangan di dahi Adik hingga aku terlena.

Aku terjaga. Terasa ada benda sejuk melekat di dahi aku dan muka aku. Aku buka mata dan melihat muka Bak tersenyum sambil memegang hirisan timun ditangan. Dia menghiris timun tersebut dan meletak di muka ku untuk menurunkan panas badanku. Aku berasa tenang dan menutup kembali mata.

Aku terjaga. Aku menoleh kepada Adik yang sedang lenyak tidor. Aku rasa dahi dia dan dapati panasnya sudah berkurang. Aku pandang muka jam dan semula kepada Adik dalam kegelapan malam. Aku harap dia tidur dengan tenang. Setenang aku semasa sakit di waktu kecil dirawat oleh Bak.

Aku bangun menuju ke bilik air. Aku solat Isya.

Monday, August 08, 2005

‘Say that again, Bang!. Did I hear you right?’, aku tanya pada Abang sambil mengorek telinga dengan jari. Betul ke apa yang aku dengar.

‘I said, I would probably marry a foreigner la Ayah!’, kata Zaim separuh mengeluh. Aku terus ketawa berderai-derai. Aku tengok Ibu yang tengah memandu pon ketawa sama.

‘Why do you say that?’, aku tanya lepas aku dapat tahan ketawa aku dengan susahnya.

‘Well, there are not many Malay girls at my school you know’, jawab Abang dengan tenang. Itu satu fakta.

'But surely there are some nice girls at school from here' aku menambah.

‘Yeah.. but they are not so HOT!’, jawab Zaim.

Aku terhenti ketawa.

‘They are not so WHAT?. Abang, members of the opposite sex must be treated with great kindness and respect, no matter how they may look to you' aku kata pada Abang. Aku heran mana dia belajar perkataan tu.

Ini datang dari Zaim yang baru nak menyambut harijadi ke sebelas dalam masa dua bulan. Zaim yang bertanya 793 jenis soalan kepada doktor yang nak sunatkan dia tahun lepas. 'Abang, you are still small la Bang! Stop thinking about getting married. And please don't use that word anymore', aku beri ingatan.

Zaim tak banyak cakap.
‘Okay’, katanya menutup mulut.

Thursday, August 04, 2005