My photo
Stories for my three heroes.

Monday, September 25, 2006

Adik mula puasa semalam. Belajar berpuasa. Sebab dia tidak niat dan sahur. Dan bermulalah satu lagi cabaran aku dan Ibu untuk mendidik dia tahan berpuasa.

Aku, Ibu dan Nenek pagi-pagi bertolak ke Sungai Buloh. Oleh kerana Adik belum bangun, Ibu pesan sama kakak supaya kalau Adik bangun dan mintak makan jangan diberi. Suruh Adik telefon Ibu. Kalau boleh suruh dia mandi pagi dulu dan tengok TV. Memang betul, waktu kami sedang memilih pohon-pohon kecil untuk Nenek, Adik dah telefon. Ibu berjaya pujuk Adik supaya tunggu sehingga kami balik.

Jam sebelas lebih kami dah sampai ke rumah. Adik dah mula minta makan. Ibu kata tunggu la tengahari sebab kalau hari pertama puasa separuh, esok boleh puasa separuh lagi. Aku pon ajak Adik tolong aku pindah pohon-pohon Nenek ke dalam pasu.

Selesai semua dekat pukul satu, Adik minta makan lagi. Kali ni aku tawarkan dia main komputer selama sejam. Dengan syarat kalau dia nak main, dia tak boleh makan masa main komputer, hanya selepasnya. Dia setuju. Main komputer lebih penting dari makan. Dekat pukul dua, aku beritahu Adik yang aku tak kesah kalau dia nak main lagi setengah jam untuk habiskan segala orang jahat yang sedang menyerang dia. Dia senyum bersetuju. Kemudian aku pepura minta dia ajar aku main Playstation pulak.

Petang sebelum dia minta makan, aku ajak dia check pokok-pokok bunga yang kami tanam dan siram air. Kemudian Nenek ajak dia pi Pasar Ramadan. Nenek kata bukan main lagi dia minta beli makanan. Kueh lapis, siput sedut, u-chakue semua dia suruh Nenek beli.

Lagi 15 minit nak buka puasa, Adik dah sangat tak tahan. Dia asyik merenung makanan atas meja. Aku takut dia langsung 'ngap' aja bebenda semua tu. Tapi aku dah kehabisan idea nak lalaikan dia dari makan. Aku ajak dia duduk di luar. Entah mana datang ideanya, aku bercerita pasal membela ayam waktu aku kecil. Bukan main seronok dia mendengar cerita yang sudah tentu aku tokok-tambah sedikit supaya menarik.

Sedar-sedar dah azan. Dan Adik makan dengan sepuasnya. Dia berjaya puasa sehari penuh walaupun dia tidak bersahur. Ibu pun senyum dan ingatkan Adik supaya esok dia kena bangun sahur. Esok Adik tak sekolah, jadi satu lagi pusingan akan berulang.

Kemudian, kami sama-sama pandang ke Baby Faim. Lagi enam tahun.

Thursday, September 14, 2006

Satu hari dulu, dalam kereta dari Cheras ke Putrajaya dalam usaha menidurkan Baby Faim yang 'cranky', Abang bertanya kepada aku,' Ayah, they found the fossils of Taung Child and Lucy. Does it mean that there are early humans before Prophet Adam?'

Terkejut aku sebentar. Taung Child. Lucy. Fossils. Otak aku berputar ligat mencapai ingatan dah dah lama lebih dari sepuluh tahun tak diakses. Perlahan-lahan .. Natural Science Building, Musim Luruh, Olduvai, Leakey ... Anthropoly 101. Lega.

'Oh those are early umm.. ummm..'. Aku tersekat lagi, '..ummm .. ha er Hominids!' Perkataan tu terkeluar dari mulut aku serentak dengan dari mulut Zaim.
'Hominids?', tanya Zaim.

' Yup, human like creatures. Very early. According to science they are the early creatures that over time evolves into human as we know, Homo sapiens!', kata aku mengingat kelas antropologi aku dulu.

'So they found their bones and say they are old humans?', tanya Zaim. 'What about Adam?', Zaim banyak soalan.

'Well, Scientist make findings based on observation. They saw the bones, the teeth, skull, and any other identifiable remains and make their findings. Those bones are of certain age and time, so the logical conclusion would be they do indicate early human like creature. And then they found subsequent creatures that are more recent and more resembling modern humans. So, the current findings tend to support scientific evolutionary theory', panjangnya aku cerita.

Aku cerita panjang sebab Zaim sudah mula bertanya tentang suatu konflik yang dia akan terus alami apabila dia membesar dan menjadi dewasa. Suatu yang aku sendiri tiada jawapan yang seratus peratus dapat memuaskan hati aku sendiri. Jika konflik ini dibiar berterusan dan Zaim terus menemui lagi konflik-konflik di masa depannya, sudah tentu dia akan menjadi lebih ragu dan bingung. Dan aku tak mau dia membesar dalam keraguan dan kebingungan. Banyak risikonya dalam pertembungan sains dengan agama ni.

'If you ask me, i can say that that is from the perspective of science. Remember, that it is a scientific theory, based on observable evidence of very ancient bones and things. Though it seems to hold for now, there are still critics and arguments that point to its weaknesses. It still need to be conclusively proven. Just like the dinosaur remember. They keep coming up with new theories on how they were like by digging fossils. Clever raptors, social raptors, slow dim-witted Brontosaurus, feathered sauropods, flying dinosaurs and this and that ... so their views keep changing, as the theories themselves. And the explanation keeps evolving too. Not definite!', aku menyambung balik.

'If you ask me, I say to you that Adam is the first human, created by God and banished to earth just like the way it's written in that Book that you've been reading every week with Ustaz. That is what I believe. If you ask about those fossils, I will say yes they do have some points, but that is science, it's theory is proved and disproved every day. I will take that as a evidence to further study science. No more no less!', aku macam merepek.

Suara Adik menyampuk,'Ayah... I have a question. Can we stop at that Petronas and buy Sprite?'.

Aku pandang jauh ke depan. Rupanya dah kat Presint 16. ' Ok Dik!', jawab aku pendek sambil merenung ke Abang. Muka Abang masih lagi berkerut.

Friday, September 08, 2006

'Are you sure Adik?', tanya aku kurang yakin.
'Yes, I always teach him to count whenever I play with him', jawab Adik beria-ia.
'OK la, that's good then', kata aku sambil menoleh kembali kepada surat khabar. Aku tak berapa percaya tapi Adik nampak betul-betul teruja memberitahu bahawa dia dah mengajar Baby Faim menghitung 1-2-3.
'You can ask him, Ayah!' Adik berkata lagi.

Ye tak ye jugak. Terlintas dalam pemikiran aku.
' Baby Faim come here', aku panggil Faim. Baby Faim datang terkedek-kedek dan mendongak.

'Faim, can you count 1-2-3?', aku bertanya sambil sedikit menjeling ke Adik. Adik tersengeh.
Baby Faim sebut sesuatu. Bunyinya macam' Fapipapo', aja ke telinga aku.

Untuk membantu aku sebut,' one!'
Baby Faim sambut,' tu!'
Aku sebut lagi, 'three!'
Baby Faim sebut,' GO!' dan terus berlari ke dapur.

Aku garu kepala. Adik tertawa berdekah-dekah.

Sunday, September 03, 2006

LEST WE FORGET


'Look at those three sets of dates. Can you see? Do you know what that means?', aku tunjuk pada Abang dan Adik tarikh-tarikh yang tertera itu. Mereka termangu-mangu.

'Look at the inscription above. To - OUR GLORIOUS DEAD, maybe that would help', tambah aku cuba menolong sambil memandang muka Abang.
Abang cepat menangkap. Mungkin sebab ini bukan kali pertama dia datang ke sini. ' That's the First World War, and then the Second. But, Ayah was there a third world war?' Abang tanya berpaling kepada aku.

'For that we have to go to the other side. Where another story is waiting to be told. But, maybe I can explain a little bit while we walk there. Please hurry up, Ibu', jawab aku sambil mengajak Ibu cepat.

Sambil berjalan aku cerita bagaimana Tanah Melayu mula dilanda Perang Dunia Kedua dan sebab musababnya. Paling utama aku ceritakan tentang pertahanan terakhir Lt Muda Adnan dan pioneers Askar Melayu di Bukit Candu pada 14 Februari 1942, sehari sebelum kejatuhan Singapura.

Kemudian apabila sampai di Monumen utama aku ceritakan tentang perjuangan menentang komunis dan mengapa. Aku ceritakan bahawa Tugu ini memperingati patriot-patriot yang berjuang dan gugur kerana mempertahankan negara yang inginkan kemerdekaan. Bukan sahaja perjuangan orang Melayu, tapi semua bangsa-bangsa termasuk dari negara luar. Aku kata sebab itu tentera kita selalu bersedia untuk bertugas menjaga keamanan di negara lain seperti yang akan berlaku di Lebanon. Sebagai tanda terima kasih kita, pada pandangan aku.

Tentang Monumen aku ceritakan siapa pengukirnya. Dan bahawa pada tahun 70an, ianya telah dibom dan separuh musnah oleh angkara saki-baki komunis. Di sini aku terangkan bahawa titik peluh perjuangan negara perlu dijaga sentiasa atau ianya boleh dikandaskan di tengah jalan.

Abang tampak menerima penerangan aku. Adik seperti biasa lebih minat melihat orang mencuci kolam yang mengelilingi Monumen. (Mencuci kolam di Hari kebangsaan?) Baby Faim berlari-lari ke sana-sini. Aku panggil ketiga-tiganya dan paksa mereka berdiri tegak menyanyi lagu Kebangsaan. Adik mengikut apa yang Abang nyanyikan. Aku cuba menahan tawa tapi mulut Baby Faim yang terkumat-kamit hampir membuat aku tertawa.

Dalam perjalanan keluar, Abang bertanya, 'Ayah!, there's not many people here. And most of them are tourists from other countries'.
Aku lihat sekeliling dan mengganguk, ' Yup, but that's because everybody had slept late last night, celebrating and watching fireworks. Some maybe spent the night karaoking. But, I am certain they will come later, after the parade on TV is over. This year they are celebrating in Kuching. That's ok. Let's go home now'. Aku mengajak pulang.

'Let's go Ayah. And er Ayah... '
Aku menoleh ke Abang.
'Thanks Ayah', Abang berkata selamba dan terus berjalan ke arah kereta.
Aku senyum dan berjalan memimpin Adik sambil mendukung Baby Faim.