My photo
Stories for my three heroes.

Sunday, May 29, 2005

Aku bangun pagi tadi dengan perasaan lega sedikit selepas sakit kepala yang teramat, pada malam sebelumnya.

Lepas solat Subuh, aku turun ke bawah dan teringin menonton musik video lagu-lagu lama. Aku pasang Welcome to the Videos dan khayal dalam pelukan nostalgia lama. Aku tak sedar entah bila Ibu pon turun dan meletakkan Baby Faim berdekatan aku. Sedar-sedar masa W Axl Rose sedang melolong atas piano, Baby Faim pon terjerit-jerit ...’whoooooooo! whaaaaaaaaaa! whoooooooooo!’.

Aku toleh kat Baby Faim, nampak dia tersengeh-sengeh. Aku ambil Baby Faim dan betulkan duduk, supaya dia dapat melihat TV dengan lebih jelas.

Tuesday, May 24, 2005

Nenek minta aku teliti gambar-gambar lama Adik. Sebabnya Abang dan Baby Faim sudah ada scrap book masing-masing. Adik punya belum dibuat sebab dia membesar masa kami di luar negara. Jadi sehari suntuk semalam aku membelek gambar-gambar lama Adik untuk dibuat scrap book. Melihat gambar, lama aku terkenang.

Adik berbeza perangainya dari Abang. Malah kalau nak banding masa bayi, Adik pun berbeza dengan Baby Faim. Ada beberapa perkara yang buat aku pandang Adik begitu.

Adik degil dan keras hati sedikit. Bukan degil jahat tetapi aku rasa dia ada pendirian sendiri. Kalau dia memegang satu pendapat, dia akan terus begitu. Untuk mengubahnya kita perlu lebih berlembut. Dia berani memarahi siapa sahaja tak kira Atuk atau Nenek kalau sesuatu yang dibuat atau dikata, tak dikenan oleh dia.

Adik lebih lasak dan berani. Dia patah tangan dan luka di kening(dua kali). Dia tenggelam dalam kolam renang. Aku yang menarik dia keluar. Dia lebih kerap nak memanjat, melompat, berlari melulu dan meninggalkan kami ditengah kesibukan pusat membeli-belah yang penuh orang. Pernah Ibu nak turunkan dia dari kereta dan suruh balik rumah sendiri. Dia tunjukkan Ibu tempat dia nak diturunkan.

Adik suka tengok cerita Land Before Time. Entah sampai siri ke 5 atau 6 agaknya yang dia suruh aku beli. Aku tak berapa faham kenapa dia suka. Tapi aku rasa dia suka sebab ceritanya menggambarkan pengembaraan sekumpulan dinosaur kecil di persekitaran yang sukar. Mungkin dia suka keadaan begitu.

Dan dia memang suka berkawan. Dari semenjak dia sekolah kanak-kanak di Jakarta sampai sekarang dia suka sangat kalau dapat jumpa kawan-kawan dia. Cumanya sekarang dia lebih kawan perempuan. Ibu kata itu ikut perangai aku. Dia jenis fun boy. Kalau dia syok bercerita, dia akan bercerita tak henti-henti dan dicampur-aduk semua cerita jadik satu. Menengok ropa dia masa bercerita pon kadang aku dengan Ibu akan tertawa.

Tapi Adik juga sensitif dan mudah terasa. Kalau ada sesuatu yang tak kena pada perasaan dia, dia akan beritahu dan tunjukkan dengan facial expression dan kadang sampai menitis air mata. Dia pernah menangis kerana sepupu dia lebih suka bermain dengan Abang dan dia merasa tersisih.

Adik suka mengucapkan sayang kepada Ayah dan Ibu. Dia lebih kerap memberi kucupan mesra. Dan kalau aku tanya samada dia lebih sayang aku atau Ibu, dia akan sentiasa kata ' Both Ayah and Ibu'.... sentiasa!

Saturday, May 21, 2005

" Woof! woof! woof!
Tungggggggg !!!!
Fiuuuuuuuuuuuuu! Dushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Dato, what shall we name this Kingdom?
Hummm.. that is a question!
Dato, what is this tree i am leaning?
Melaka!
Then, we shall name this kingdom Melaka"


Alzaim pergi Melaka dengan rombongan sekolah dia, Khamis dan Jemaat lepas. Apabila aku tanya dia apa yang dipelajari di sana terutamanya tentang sejarah Melaka, begitulah cara dia menjelaskannya pada aku.

Tun Seri Lanang mesti tergerak-gerak dalam kubur kalau dia dengar.

Tuesday, May 17, 2005

Baby Faim dah masuk 7 bulan. Sangatlah comelnya dia sehingga aku terkadang terbayang akan dia, walaupun di puncak Bukit yang Tinggi. Comel dan montel.

Berat Baby Faim aku rasa dah melebihi 10 kilogram. Pada aku dia seorang Baby yang sehat. Yang tersangat suka minum susu. Dan yang sentiasa minta dimanja. Walaupun waktu dia tengah tidor. Dia minta dimanja dan diberi susu.

Baby Faim sangat bertuah. Kerana pada setiap masa, dia akan dilayani oleh seseorang. Abang, Adik, Kakak, Atok dan Nenek akan sentiasa meluang masa meng-agah Baby Faim bila sahaja terluang. Sebab itu jualah, dia akan sentiasa memanggil sesiapa yang berdekatan sekiranya dia merasa kesunyian atau ditinggal sekejapan.

Dia juga dapat menduga bila Ibu atau Ayah akan keluar dari rumah. Apabila dia lihat, Ayah keluar menghampiri kenderaan, dia akan tersengeh-sengeh dan mengangkat tangan. Begitu juga kalau melihat Ibu sudah menggunakan tudung.

Oleh yang demikian, aku mendapati Baby Faim lebih manja dari Abang atau Adik semasa kecil. Pada aku, Adiklah yang paling lasak. Oleh kerana Baby Faim paling manja, maka dia sajalah mendapat hadiah istimewa dari Ibu yang Abang atau Adik tidak pernah dapat semasa kecil.

Baby Faim dihadiahkan buaian yang digantung dibawah tangga untuk menenangkan tidor dia sewaktu Ibu sibuk mengatur hal rumah tangga yang lain.

Monday, May 16, 2005

Aku sampai ke rumah dan disapa oleh Adik di depan pintu.

Adik masih merungut sebab tak dapat menyentuh komputer.

'Are you still being punished by Ibu?', tanya aku.

'Yes...', jawab Adik lemah.

' Then, why did you say those bad words? Ibu told you many times, not to say them, why did you?', aku bertanya lagi.

'Abang made me say it. He said : say it, say it, so I said it', kata Adik menyalahkan Abang.

Hah - kata hati aku. Ini ada perkembangan terbaru. Aku panggil Abang.

'Abang, why you made Adik say those bad words?' aku soal Abang pula.

'I just ask him to say it, why he followed me', Abang cuba mempertahankan diri.

'Do you want him to get into trouble?', aku tanya lagi. ' See how he is now, do you like that?' aku cuba buat Abang rasa bersalah.

'No', jawab Abang tertunduk sambil mencebik.

Melihat Abang diam, Adik pulak mencelah. 'See Abang, you always get me in trouble'.

Aku pandang ke Adik.

'Adik since you like to follow Abang's words so much, I'll ask Abang to forbid you from playing computer forever, will you obey him?', aku bertanya.

Adik macam tak percaya. Dengan kening terangkat, dia separuh menjerit kepada aku,' But, Ayahhhhhhhhhhhh... '. Ayat dia terhenti disitu. Dia terus berjalan menghentak kaki masuk ke bilik nenek.

Aku tengok Abang tersengeh-sengeh.

'And you...wipe that smile off your face. The next time you get Adik in trouble, you'll get the same punishment like Adik', aku beri amaran kepada Abang pulak. ' Now, go to bed'.

Abang bergerak mengikut jejak Adik ke bilik nenek, tanpa banyak bicara.
Semalam petang Adik merengek sebab kata dia ' I am bored. I got nothing to do!".
Adik dihukum oleh Ibu sebab dia telah melanggar peraturan Ibu. Akibatnya dia dilarang dari menyentuh komputer atau playstation sepanjang weekend.

Kesian melihat dia, aku ajak dia dan Abang ke Taman Tasik Permaisuri main bola. Iye la, kalau asyik terperap dalam rumah merenung komputer, playstation, aku rasa eksesais yang dia buat cuma jari dia aja.

Sampai di Taman memanglah ramai orang. Kami bermain bola tendang-tendang aja, sambil aku beri arahan sana-sini. Yang paling seronok aku tengok telatah Adik. Bila dia berlari, kedua-dua tangan dia akan lurus ke bawah dan melekat ke tepi pinggang. Aku dan Abang ketawa melekek-lekek. Memacam komen aku berikan kepada Adik dan seperti biasa ditambah oleh Abang.

'Why you kick so soft?' .'Yea, like a girl'
'Stop the ball first before you kick'. 'He doesn't know how'
'Don't use your hand'. 'That's handball, penalty Ayah, penalty!'
'Stop and kick ... it's easy'. 'He has two left legs, that's why'

Adik merajuk. Dia terus duduk mencangkung atas padang membelakangi kami.
'I don't want to play with you anymore. I just want to sit here and be quiet'. Berapa kali tah dia merajuk. Tapi setiap kali Adik mencangkung, Abang akan tendang bola pelan-pelan ke arah Adik. Dan entah macam-mana, Adik bila lihat bola muncul depan mata dia, akan kembali bermain, marah ke merajuk ke.

Akhir sekali aku cabar Abang dengan Adik, siapa berlari paling pantas ke tanda didepan, akan dapat Slurpee hijau. Abang dan Adik bersiap. Sebaik saja aku kata 'Go', aku tarik baju Abang. Adik menonong berlari dengan tangan dia yang begitu dan tentulah Adik menang. Abang grumble, tapi bila dia ternampak cara Adik berlari, dia ketawa terbahak-bahak.

Sampai kat 7-Eleven, Adik surh Abang beli Slurpee sementara dia nak nak minum Coke Vanilla.

Wednesday, May 11, 2005

Adik ni sangatlah persistent dan penuh dengan trick dan tipu daya.

Aku balik rumah dan lihat dia menunggu dengan muka yang separuh nak hujan.

'What's wrong with you?' tanya aku sebaik aku tutup enjin kenderaan.

'They all laughed at me at school when I was singing', keluh Adik sambil masuk dan duduk di kerusi passenger depan. Dia termenung sebentar.

'Well, maybe they laughed because they really like your songs' aku cuba memujuk. Tapi nampak sangat macam dia sedih.

'I dont think so', jawab dia tanpa menoleh.

'Maybe because you are funny? You really are a funny boy', kata aku masih mencuba.

'No, Ayah. I feel sad' suara dia macam dah nak naik geram pulak.

'OK, I tell you what. After I bathe, we go down to 7-Eleven to get Slurpee. You sing the song again to me in the car. I tell you if you are good or not' aku cuba nak beli jiwa dia.

Adik toleh ke aku. ' ... and after that, can I play computer?' Adik mencuba nasib.

' Hah? ...errrr we'll see lah' kata ku sambil garu kepala. Dalam sedih pon ingat komputer.

Adik keluar dari kereta menuju ke dalam rumah.
Aku tak tau kalau aku dah solve masalah dia ke belum.

Monday, May 09, 2005

MISSION POSSIBLE

‘Troops, you have failed me’, kata aku sambil merenung tajam ke muka Zaim dan Naim.
Mereka diam.

’You disregarded a clear directive from your Commanding Officer. A directive both of you agreed to embark on’, aku kata lagi.

‘But, Ayah we were tired and sleepy’ rayu Naim. Memang betul pon sebab malam sebelumnya lepas balik menonton teater Peter Pan, kami tengok Premier League sampai awal pagi. Adik buat muka sedih.

‘No, but!, but!. You have bring shame to the regiment’ kata aku tetap cuba bermuka serious. ‘What do you have to say, Soldier?’ aku alih suara ke Abang pulak.

Alzaim cepat tangkap mood aku. Dia berdiri tegak dan menjawab tegas,’Sir, we are sorry we failed you, Sir. We woke up late. Because of that Operation Ibu Breakfast could not be launched as planned, Sir. We have no excuse’.

‘…and because of that?’ kata aku lagi.

‘And because of that, our Commanding Officer had to prepare the breakfast alone. We accept any punishment, Sir!’ jawab Abang tersenyum-senyum pulak. Adik masih bermuka sedih.

Aku tengok muka mereka satu persatu dan beri arahan baru. Rasanya mereka faham dah.

‘Alright!. Soldiers, Listen up. I am giving you another chance. This afternoon, we'll launch two new operations, Codename Lunch Alamanda and Codename Sarkas. For Operation Sarkas, we’ll have a new recruit. I want the best behaviour from all of you.’

Diam.

‘Do you get me, soldiers!!!’ jerit aku.

‘Aye, aye Sir!!’ mereka jerit balik sambil berdiri tegak. Adik siap tabik.

‘This is not the Navy’ kata aku kuat.

‘SIR! YES, SIR!’ Abang sahut cepat. Adik masih terkebil-kebil.

‘ALRIGHT.. Troops disss... eerrr what is it, Adik?’, tanya aku melihat Adik mengangkat tangan.

‘Ayah.. Can I go toilet?’ jawab Adik dengan muka sedih.

‘Alright! Troops dismissed’ kata aku sambil separuh nak tergelak.