My photo
Stories for my three heroes.

Monday, February 28, 2005

Sedang aku meneliti akhbar petang tadi, aku terperasan Ibu berulang-alik depan mata aku berkali-kali. Aku tumpu perhatian kepada Ibu. Kali ini dia keluar dari dapur dengan kain buruk. Rupanya Adik dah tumpah air kat depan TV. Dia beri kain kepada Adik dan minta dilap. Adik mula reluctant tapi akhirnya akur. Aku baca akhbar balik.

Sekejap lagi Ibu turun dari atas. Bila dia naik aku tak sedar. Di tangan ada Baby Faim. Di tangan dia juga ada tuala mandi Abang dan Adik. Waktu mandi la ni. Dia sangkut tuala mandi kat banister tangga dan mengarah kedua-duanya mandi. Lama juga dia memujuk akhirnya kedua-dua anak aku capai tuala dan mandi juga. Selesai, dia letak Baby Faim di bouncer dan ke dapor. Dia tanya kakak kalau dah siap makan. Sudah rasanya. Senyap sekejap. Aku perhati Ibu terus.

Siap mandi dua-dua anak aku turun. Semua baju kotor diletak di belakang. Tuala disidai juga. Itu peraturan Ibu. Ibu sikat rambut adik. Kemudian dia bagi dua pinggan nasi dengan ayam yang diracik tipis oleh kakak untuk dimakan.

Sementara Abang dan Adik makan, Baby Faim menangis minta didukung. Dia ambil Baby. Dia datang kepada aku dan mula bersuara kepada aku.

'Ayah after this the boys will do their homework. Can you go mandi now, pray and then help them with their work' biasa je suara dia.

Aku tersengeh. Tanpa menjawab aku pon naik ke atas sambil mencuit Baby Faim. Ibu tak hilang rentak. Terus aja dia ambil bag buku Abang dan Adik dan keluarkan semua buku dan folder mereka dan letak atas meja.

Aku terus ke bilik mandi sambil berfikir. Ibu macam Ibu orang lain juga rasa aku. Kadang penyayang, kadang garang sangat(aku pon saspen), kadang serba mengetahui dan kadang tak reti. Pada ku Ibu seorang teman, seorang rakan dan seorang tersayang sekaligus.

Ibu adalah Ibu. Walaupun masa dia mengandung Faim dulu Adik panggil dia Fat Lady.

Saturday, February 26, 2005

Aku beli buku tentang sejarah modern Timur Tengah. Bukunya tidak berapa tebal sekadar bacaan ringan sahaja. Nenek terlihat dan meminta untuk membacanya sama. Mendengar semua ini, Zaim pon meminta untuk membacanya. Aku suka anak-anak aku membaca. Aku tidak pernah menghalangnya. Dan Zaim memang minat membaca. Membaca menambah pengetahuan sama seperti kalau dia pi berjalan-jalan keluar atau dalam negeri.

Tapi aku cukup tak suka kalau diorang tak menjaga buku-buku dengan baik. Aku beritahu peraturannya. Buku jangan dicampak, jangan dilangkah, jangan dilipat jangan itu ini. Setiap buku yang aku beli aku minta Ibu sampulkan supaya tahan lama. Aku masih ada buku/novel berusia 20 tahun. Kertasnya dah lusuh tapi covernya masih ada.

Aku melangkah ke arah toilet membawa buku Timur Tengah tersebut.

'Are you planning to open a library, Ayah?', tanya Zaim.

'If I have enough books, I may' jawab aku.

'Maybe you should, cause you are turning our toilet into one already' kata Zaim selamba.

Aku malas nak jawab. Aku kunci pintu bilik air dari dalam dan mula sesi membaca aku. In peace and quiet.

Bila aku keluar dalam beberapa minit kemudian, Zaim dah menunggu di luar dan bertanya,' So Ayah, how are we gonna solve the Middle East problems. Any bright ideas yet?'

Aku jalan terus.

Tuesday, February 22, 2005

Petang Sabtu lepas aku meluang masa mengunjungi seorang sahabat yang ditimpa rezeki kurang baik.

Sahabat aku kehilangan anak yang baru lahir. Aku dengan Ibu dan beberapa orang kawan lain pergi berkunjung. Aku sengaja tinggalkan Abang, Adik dan Baby di rumah. Takut menimbulkan kesedihan.

Sahabat aku nampak tabah dan selalu melihat aspek positif dari kejadian. Berkali-kali aku dengar dia berkata,'Maybe it's for the better'. Tambah teman lain pula, 'dia tak mau Ibu dia susah, jadi dia buat keputusan begitu'. Namun aku lihat sahabat aku nampak tabah. Aku tak sangka dia begitu tabah dan aku bersyukur ke atasnya.

Balik ke rumah, aku disambut oleh pertelingkahan Abang dengan Adik ke atas hak main komputer. Aku renung sejenak rupa mereka berdua sambil mereka menjerit jerit dan berdolak-dalik. Entah kenapa, aku tetiba rangkul kedua-dua sekali anak aku dengan erat. Sekejap kemudian baru aku lepas dan terus naik atas untuk mandi dan solat Maghrib.

Masa aku naik tangga, aku rasa aku tak dengar suara telingkah sekejap.

Thursday, February 17, 2005

Semalam aku duduk dengan Zaim sambil melihat dia membuat kerja sekolah. Aku ambil kertas bertaip dari folder dia dan membaca. Aku tak percaya.

Aku tanya dia ' Did you write this?'
'Which one, oh that...yes' jawab Zaim.
Aku masih tak percaya.
'Did your teacher help you with it. Corrected it or anything'.
'No, I will only submit it on Friday', kata Zaim lagi. 'But she did explain to us about what kind adjectives we should use', tambah Zaim.

Aku geleng kepala macam masih tak percaya. Aku baca lagi karangan Zaim. Di bawah.

My Play Mate

My play mate or my brother, Naim, is very important to me because I feel very lonely without him around. He is smart, funny, fun, and creative. Alnaim is loud and can’t control his temper, but the strongest trait that really shines is that he is fun. Very fun. When he’s not around it gets quiet. I would always love my brother.

It was July 15, 2004 when my brother and I went out to the garden to play with our guns when Naim said he’s so good at everything.
I said “No, you’re not! Nobody is perfect except me!”
“Oh ya! Die from my gun! I’m terrorist!”
“I kill you already. I’m counter-terrorist!”
We played until we started fighting with our fist and legs.
Suddenly someone told us to stop. Simultaneously, we pivoted to investigate. We found our mom.
“You kids been fighting since Naim was born! I can’t believe it!”
That’s when I wondered why my brother and I do this.

Middle of November was when the tragedy happened. We had guests at our house, close relatives. I was bathing in the bathroom at this moment. It was raining, but not very hard. When I was splashing away… I heard a thunk on the pavement outside and right after the thunk happened, crying started. My brother crying. I quickly finished my bath and ran down stairs with my towel. My brother was in the kitchen with a cloth on his forehead and on the cloth was fresh blood. My mom was holding the cloth and my dad was getting water. My grandma called the hospital. Then my dad and my mom went to the hospital, leaving me, my grandma and my granddad behind. I wore my clothes and then we all headed for the hospital. My grandparents went in the operation room. I didn’t, I was too scared. I could hear his screaming from outside. Suddenly, his screaming filled the hall. He came out with a bandage on his forehead. Eight stitches he had. Even today, if you look at my brother’s left eyebrow, you can see the ugly scar.
That’s when I learned I never want to lose him.

It was at the KLIA when I and my brother were playing at the airplane playground near KFC. Me and Naim ran to the airplane and took off our shoes and started playing in the plane. We played at the slide, we played at the not moving, fake, babyish bus, and we climbed up to the controls and turn the buttons. Then my mom called to come out. We shove on our shoes and ran to our parents.
“Time to go Naim!” my dad said.
“Bye-bye everybody.”
I and my mom walked out. Tears rolled down my eyes.
I’ll miss him.

My fun brother is so important in uncountable ways. I love him and will never want him to go. I’ll be a puppy following his mommy. Even if he is angry and annoying he has a warm place in my heart. That’s why he is so important.

Alzaim ------------


Aku masih tak yakin. Bahawa kali ini Anak pula bercerita dengan Ayah.

http://kisahdengananak.blogspot.com/2004_11_28_kisahdengananak_archive.html
http://kisahdengananak.blogspot.com/2004_10_10_kisahdengananak_archive.html

Monday, February 14, 2005

Adik dah minat sesuatu yang aku seronok nak galakkan.

Seminggu sebelum CNY, kami pergi Speedy dan Adik tertegun depan monitor TV menyaksikan pertandingan bertaraf antarabangsa 'Lion Dance Sedunia'. Aku tak dapat menarik dia dari kedai kecuali bila akhirnya aku belikan CD pertandingan tersebut. Dan setiap hari dia akan menyaksi sambil mengayakan tarian dengan selimut Abang. Ahad sebelum CNY, dia paksa aku ke Leisure Mall awal sebab ada Lion Dance. Walaupun sepuluh minit, dia puas. Lepas tu dia gayakan lagi.

Petang semalam lagi aku terkekeh-kekeh ketawa. Sebaik aku pasang musik klasik Chopin, Adik ambik selimut dan menari tarian singa lagi. Dalam hati aku berkata wah ini satu pembaharuan ini. Sure kebudayaan Cina belum terfikir.

Adik si-pencetus idea baru.

Friday, February 11, 2005

Pagi tadi, aku decided nak suruh anak-anak aku cuci kereta. Bukan sebab kedekut, tapi sebab dah lama tak tengok perangai diorang. Jadi ini satu cara aku nak tengok depa bekerjasama. Plannya begitu la.

Abang suka sangat mencuci. Dia tanya aku setiap aspek.

'You have to wash from the top to the bottom' kata aku.
'Why?', tanya Zaim, dia tau nak cuci aja.
'So that the dirt you wash will go from top to bottom. So that you don't have to wash twice', kata aku.
'If I wash from bottom then i have to wash again because when i wash the top, the dirt go down to the bottom?' dia nak confirm.
'Yes', kata aku.
Zaim angguk.

Aku perhati Adik pulak. Adik tak habis-habis menyembur air ke seluruh badan kereta. Memang aku suruh, nak memberus kang lain jadiknya. Tapi aku heran semburan dia selalunya dekat dengan Abang aja. Habis basah badan Abang kena percikan air. Kadang memang dia sembur direct ke Abang pon. Adik ni memang suka bermain dan bergurau.

'Adik don't spray at Abang' kata aku menegur.
'I didn't. Abang so close. I have to spray this part you know' jawab Adik. Tak mengaku.
Aku masak perangai Adik. Kalau aku marah, sekejap lagi dia akan terus letak getah paip tu dan masuk ke dalam.
'Adik you can't spray Abang, you know why?' kata ku lembut.
Adik tengok aku,'Why not Ayah?'.
'Abang is not a plant. He needs no watering' kata ku sambil ketawa.
Abang pon menyahut,' Yes Adik, go and water the plants lah!'.

'Oh ok. I water the plants now', Adik akur dan terus menyembur pokok berdekatan sambil sempat menyembur kucing liar yang masuk laman rumah.

Aku tersenyum. AKu tengok Abang mengeleng-geleng kepala.

Thursday, February 10, 2005

Abang dan Adik balik KL hari ni. Deduanya itam belegam sebab berjemur kat Teluk Batik. Dengan kepulangan mereka juga segala ketengangan dua hari setengah yang ku alami dengan Ibu dan Baby Faim lenyap. Segala perebutan ke atas hak menggunakan komputer, Playstation, DVD dan Cartoon Network meletus kembali. Macam perseteruan Muawiyah dengan Ali.

Tapi aku seronok. Aku perhati dulu sambil tersenyum-senyum sebelum aku cuba menyuraikannya. Terkadang aku terpaksa juga guna kekerasan.

Lepas sesuatu pertelingkahan selalunya aku cari Baby Faim.

Ketenangan hidup yang semasa.

Tuesday, February 08, 2005

Abang dengan Adik dah bertolak ke Air Tawar. Mereka bersama Atuk dan Nenek ke rumah Ama untuk menyambut CNY. Pagi suboh tadi mereka bertolak dan dah sampai pon.

Tinggal lah aku dengan Ibu dan....oh ya Baby Faim.

Apa nak buat 3 hari ni tanpa diorang.

Oh ya... Baby Faim. Hmmmmmmmmm....

Monday, February 07, 2005

Aku balik ke opis setelah seminggu berada di luar. Biasalah kalau sudah lama tiada di pejabat, banyak benda yang bertimbun-timbun menunggu giliran. Dengan Boss, anak buah dan kertas-kertas berkajang.

Sampai ke rumah aku mengeluh.

'I feel so tired, today. There's so many things to catch up. This thing to submit, that thing to be delivered, this to reply, that to discuss... this to settle and that to resolve ...sometimes it's so stressful..' membebel aku dekat Ibu sambil aku makan malam berseorangan tadi.

Ibu diam aja. Dia tau bila aku dalam bebel mood ni, dia terus berdiam.

Dalam aku bercakap aku tengok Zaim berdiri aja berdekatan sambil merenung aku.
' What do you want, Bang!' aku sergah dia perlahan.

'ell, you think you day was stressful? Think about me. I got back from school, Ibu asked me to do my homework. Then Ustaz came for mengaji. The Ibu chased me to mandi. Then I have to do tution with nenek... In between, Atuk asked me to get his papers and you asked me to get your drink... my day is more stressful la Ayah..' Zaim suddenly started satu litany yang panjang sambil melangkah keluar dari dapur...

Aku terkebil-kebil sambil Ibu tergelak kecil...