My photo
Stories for my three heroes.

Monday, November 29, 2004

Alnaim jatuh kat dapur dan luka besar dekat kening kiri dia. Waktu tu aku baru selesai solat maghrib dan Alnaim baru selesai mandi.

Kami rushing ke hospital terdekat dan Adik diberi jahitan sebanyak 8 kali. Adik menangis dan meraung sedikit kerana sakit dan tapi lebih kerana takut melihat darah yang banyak mengalir. Sambil tu dia sempat marah atuk dan nenek suruh keluat dari bilik surgery.

Malam itu. sambil menonton Disney Channel dengan adik aku berfikir kenapa Adik selalu 'accident prone'. Apa salah budak kecik 6 tahun mengalami banyak cabaran sebegini. Adakah kerana dia lebih nakal. Adik memang garang sedikit. Tapi nakal, aku rasa tidak, cuma dia suka bermain dan kadangkala lupa diri. Ada masa juga Adik tak mau mencuba aktiviti-aktiviti fizikal yang aku suggest sebab dia tak berapa berani.

Adik sering tertimpa kemalangan. Sepanjang yang aku ingat, masa dia Baby dia duduk HUKM seminggu lebih sebab kena demam panas. Pernah luka pertama kali kat kening yang sama sebab jatuh juga. Pernah luka di dahi kerana jatuh di lapangan tenis. Pernah patah pergelangan tangan kanan sebab jatuh masa di Jakarta. Yang aku paling tak boleh lupa ialah dia jatuh dalam kolam renang yang 6 kaki dalam

'Ayah, Adik is made of sterner stuff. That's why it happened to him' kata Zaim bila dia melihat aku merenung TV tanpa ekspresi. 'I can't imagine how it would be if those things happened to others. To me for example. I guess Adik is tougher' kata Zaim lagi.

Aku cuma diam. Aku pegang Adik dengan lebih erat. Dalam hati aku berdoa adalah lebih baik kalau ianya tidak berlaku langsung.

Friday, November 12, 2004

Semalam aku ajak Zaim ke bandar untuk belikan dia baju Melayu baru seperti yang dipinta. Kami pergi dengan LRT sebab jalan sudah tentu akan sesak di bandar. Sambil berjalan dalam panas terik Zaim terpandang nama jalan.

Dia bertanya,' Ayah why they put people's name as street names?'.

'That is to honor the individuals who have done a great service to our country. It's a honored tradition', jawab aku sambil terus memimpin Zaim melintas jalan.

'So Tuanku Abdul Rahman was a hero?' tanya Zaim lagi.

'Yup, he was our first Prime Minister. It was under his leadership that our country gained independence from the British' aku menjawab sambil memerhati kenderaan yang sedang menunggu lampu melintas bertukar merah.

Sampai di seberang, Zaim menoleh balik dan berkata, ' Is it also a tradition to litter the streets named after our hero?' .

Aku pandang Jalan TAR. Penuh dengan sampah, puntung rokok, kotak rokok, cawan kertas, plastik itu dan ini. ' I guess its a cultural thing', jawab aku. ' Let's get your baju Melayu quickly and go'. Aku tarik tangan Zaim dan berjalan ke hadapan.



Tuesday, November 09, 2004

Apa maksud Hari Raya? Apa yang aku diberitahu semenjak kecil ialah ianya merayakan kemenangan kita sebagai individu dan sebagai satu umat, menahan nafsu makan dan syahwat di siang hari sepanjang satu bulan berpuasa. Itu yang aku tau dan itu yang aku beritahu kepada Zaim.

'What do we normally do on Hari Raya, Ayah?', tanya Zaim lagi.

Aku merenung lama. Apa selalunya yang aku buat? Yang aku ingat sembahyang raya, menziarah kubur, memohon maaf dan menziarah saudara-mara dan sahabat handai. Tapi semua itu ialah kegiatan yang aku buat semasa kecil. Masa sudah tua begini, di pagi raya, pernah aku tak ke mesjid. Pernah aku tak berziarah ke kuburan. Pernah aku tak berziarah ke saudara mara dan sahabat handai. Pernah aku tak berziarah ke kuburan saudara mara dan sahabat handai. Apakah aku sudah kehilangan maksud hari raya. Semangat hari raya.

Di mana aku selama ini?

Tahun ini aku tak akan balik ke kampung. Aku tak akan dapat bersembahyang raya di kampung. Aku tak akan dapat menziarahi pusara Ibu dan pusara kakak. Aku tak akan dapat bersalam dan memohon maaf dari Bak. Aku tak dapat berjumpa adik beradik, anak saudara, sepupu dan saudara.

'Ayah, you take me to the masjid again, like last year, ok?' , Zaim merayu aku. Naim pula mencelah,'when i salam you, you give moneeeeeey?'

' Sure, Im', jawab ku sambil masih mengerut dahi.

Monday, November 08, 2004

Sabtu lepas aku pasang pelita kat Pagar rumah. Actually bukan aku tapi Adik dan Abang yang letak. Aku cuma isikan minyak tanah yang aku beli kat kedai cina kat bawah. (Aku dapat diskaun 20 sen sebab aku pakai seluar pendek cabuk dan tshirt putih pagoda style). Malam aku pasang pelita-pelita dan edarkan bunga api kepada dua-dua anak aku. Seronok mereka bermain dan berlari. Aku cuma perhati aja. Ibu kat dalam dengan Faim.

Sambil bermain aku cerita dengan Zaim dan Adik tentang puasa kat kampung aku di Tampoi, Johor Baru.

Aku imbas kembali. 25 tahun dulu.

Mula tu lepas buka tunggu sekejap, tunggu signal. Dekat setengah jam lepas buka, dentuman meriam buluh ( actually besi ) dekat rumah Pak Mail mula berbunyi. Kami semua pergi ke sana. Masa tu rasa seronok dapat mendengar bunyi letupan yang memekak telinga dan menghidu bau kabaid. Sekarang aku tak tau. Kemudian kami semua berlari ke Masjid untuk mula semayang Isya dan Tarawikh. Sambil tu sempat petik mini petai kat tepi masjid. Tapi sebenarnya masa semayang tu kami tak khusyuk langsung. Sebab diluar atas bukit kedengaran bunyi mercun roket nyaring diakhiri dengan ledakan-ledakan lunak ... thom!!! Kalau mercun tu tersasar terlalu dekat ke masjid, semua mata anak-anak yang semayang akan beralih ke tingkap. Adakalanya dia meletup dekat sangat dengan masjid, aku tengok sorang pakcik tua macam tergoyang-goyang, terkejut agaknya.

Sehabis semayang, kami cepat-cepat beredar nak menyertai geng yang sedang bermain mercun. Selalunya mereka ada dua team berperang dari satu hujung bukit ke satu lagi. Melihat kami berlari-lari ke atas bukit kami pula menjadi sasaran. Ini menjadi cabaran untuk kami dan siapa yang dapat sampai dahulu ke atas akan disambut semacam pahlawan.

Dan kami bermain sampai lewat malam baru balik ke rumah untuk tidor. Dah tentu kena leter dulu dengan Mak. Dah tentu esok terhegeh-hegeh nak bangun sahur. Dan dah tentu kami akan tidor kat belakang kelas sebelum kelas bermula sebab kami mengantuk. Tapi seronoknya.

Aku tersintak sebab tetiba suasana senyap. Aku bercerita sendirian dalam kepala rupanya. Zaim dan Naim dah lama masuk ke dalam. Aku tengok Zaim tengah menghadap buku sementara Adik tengah menyusun mainan Faim. Aku kutip kertas bungkusan dan batang-batang besi bunga api menuju kerumah. Sebelum masuk, aku toleh balik ke arah api pelita yang meliuk-liuk menari. Macam terdengar pulak suara Shukur, Sahaq, Ahmad, Is, Jenggo, Udin dan lain-lain yang aku dah tak ingat.

Aku berkelip mata dan masuk.

Saturday, November 06, 2004

Baby Faim dah masuk 3 minggu usia dia.

Belum banyak yang dia sudah boleh buat. Yang aku nampak dia banyak hisap susu. Hisap susu pagi, tengahari, petang, malam, malam buta dan Subuh. Menangis pon jarang, kalau menangis pon, yelah, kerana nak hisap susu jugak. Susu, susu, susu.

Zaim perasan akan tabiat Baby Faim suka sangat hisap susu. Satu masa tu aku perati Zaim duduk dekat dengan Baby Faim dengan mulut berkumat-kamit. AKu cuba mendengar.

'Faim, you know you have been drinking more milk than any of us. Milk is so expensive now you know. You gonna cost Ayah a bundle to buy more milk for you. Know what, maybe we should buy a cow for you' aku dengar begitulah lebih kurang perbualan Zaim dengan adik kecil dia tu.

Aku hanya tersenyum sebab aku rasa aku pernah sebut benda tu sebelum ini. Mungkin itu cara Zaim bonding dengan adik dia. Yang aku perati Zaim sangat prihatin dengan Baby Faim. Usia mereka berbeza 10 tahun. Naim pulak 6 tahun lebih tua dari Faim.

Hmmm. Aku harap Abang boleh jadi role model yang baik kepada Adik dan Baby.

Insyallah.

Tuesday, November 02, 2004

Aku tengah menonton satu filem di TV bila skrin menunjukkan pemandangan kota Berlin.

Zaim menyampuk,' Where's the Nazi ayah?'.

Aku jawab, ' This is the present. There's no Nazi now in Berlin'.

Kemudian aku pelik. Aku tanya balik,' Where do you learn about Nazi?'.

'They are bad people right. They tortured the Jews, right Ayah?', tambah Zaim, membayangkan kepada aku yang dia memang terdedah kepada maklumat itu samada dari bacaan dia atau pelajaran di sekolah. Aku belum pernah bercerita tentang kejahatan Nazi dan kesengsengsaraan Yahudi kepada Zaim. Kalau ada pun mungkin secara seimbas sewaktu menonton filem juga seperti cerita-cerita Perang Dunia Kedua. Aku rasa dia belum bersedia.

Aku belum bersedia lagi untuk menceritakan panjang lebar tentang kekejaman manusia ke atas manusia yang lain. Samada semasa Perang Dunia Kedua, Perang Dingin atau sepanjang sejarah manusia, bertamaddun atau tidak. Aku rasa aku ingin Zaim memahami perkara ini sendiri. Dari bacaan dia bila dia sedikit dewasa nanti dan membuat kesimpulan dia sendiri tanpa aku mencorakkan apa-apa. Aku membisu sahaja sambil meneruskan menonton.

Melihat aku berdiam, Zaim bertanya lagi mungkin ingin menunjukkan sebanyak mana dia mengetahui tentang peristiwa hitam manusia. 'Who is Anne Frank, Ayah? Do you know Anne Frank?' tanya Zaim sambil mencuit bahu ku.

'Yes' kata aku sepi. Anne Frank ialah gadis belasan tahun yang menulis dalam diary nya tentang kehidupannya semasa Perang Dunia Kedua sewaktu dia dan keluarganya terpaksa bersembunyi dari kekejaman Nazi di Occupied Holland. Tapi aku masih belum mahu menceritakan semua itu kepada Zaim. Aku pasti Zaim sudah ada sedikit pengetahuan tentangnya. Dia cuma sekadar ingin membayangkan kepada aku yang pengetahuan dia sudah mencakup kepada ini.

Aku terus diam. Mata Zaim merenung kepada ku. Melihat aku diam, dia terus menoleh kepada layar TV dan diam.

Aku rasa dia sedang berfikir.